Status : Selesai
Pages
Tuesday, February 22, 2011
Kerja Membuat & Mengganti Main Hole Cover Hilang Yang Telah Dicuri
Status : Selesai
Monday, February 14, 2011
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Masihi, sambutan yang akan diadakan pada hari esok hari selasa iaitu dengan TEMA KEBANGSAAN 2011 “1 MALAYSIA 1 UMMAH” yang bertujuan umat Islam diseru untuk bersatu dengan menyayangi agama, bangsa dan negara di samping menanam azam bagi melahirkan satu ummah yang mampu membawa kedamaian dan keadilan berpaksikan kepada al-Quran dan sunah.
Majlis sambutan di peringkat kebangsaan sama lokasinya di Putrajaya iaitu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Selasa ini (esok beb!).
Siapa yang ada?
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan tersebut. Syukur Alhamdulillah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan dari luar negara juga dijadual menghadiri majlis tersebut.
“Majlis ini merupakan salah satu acara rasmi negara dan ia merupakan usaha kerajaan bagi menegakkan syiar Islam.
Berapa orang kontijen esok??
Apa yang difahamkan, seramai 10,135 peserta daripada 112 kontinjen akan menyertai perarakan dan perhimpunan pada majlis sambutan tersebut.
”Ia terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.”
Aktiviti lain?
Pelbagai persembahan menarik akan diadakan seperti deklamasi sajak, syair rakesh, nyanyian gabungan bahasa Arab dan Inggeris, bacaan rawi, nazam dan selawat beramai-ramai serta pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul.
Oleh yang demikian, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang akan bermula pukul 7.30 pagi dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi. Seeloknya pakai pakaian yang sopan, dan digalakkan lagi memakai baju melayu bagi lelaki dan perempuan baju kurung.
Dalam pada itu juga, ada sekolah-sekolah yang membuat aktiviti menyambut maulidur Rasul di seluruh tanah air kita. Sama-samalah kita memeriahkannya. Insyallah.
Penghargaan kepada Blogger Zikrihusaini.com atas artikel asal beliau.
PENGURUSAN DITUTUP SEMENTARA SEMPENA CUTI MAULIDUR RASUL 1432H
MEMO PENDUDUK
Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
PER : CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL 1432HMerujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 15 Februari 2011 (Selasa) sempena Maulidur Rasul dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 16 Februari 2011 (Rabu) seperti biasa.
Sehubungan dengan cuti perayaan ini, sekiranya anda pulang bercuti, diminta untuk memastikan perkara-perkara berikut;-
- SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
- SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
- SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA; DAN
- PERINGATAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti perayaan anda boleh menghubungi:-
HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-9796536
(Maintenance ‘On Call’)
Di kesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua penduduk terutamanya yang beragama Islam.
Selamat Bercuti.
Ucapan Ikhlas dari: Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”
Sunday, February 13, 2011
APAKAH ITU SINKING FUND?
Info Pengguna - Kumpulan Wang Pelepas - Sinking Fund |
Ramai yang masih berasa keliru dan tidak mengetahui mengapakah kita membayar Kumpulan Wang Pelepas atau dikenali sebagai “Sinking Fund” untuk pangsapuri sedangkan dalam masa yang sama kita juga membayar yuran penyelenggaraan. Dalam hal ini terdapat empat persoalan yang terlintas dalam fikiran penghuni rumah bertingkat seperti ini.
Jawapannya Akta 46 Hakmilik Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 menjelaskan sinking fund ataupun kumpulan wang pelepas diungkapkan sebagai tabung istimewa “special fund” dan ia boleh dikutip untuk memenuhi keperluan penting bangunan. Pembeli rumah tidak harus keliru dengan kedua dua pengutipan wang oleh badan pengurusan ataupun management corporation iaitu sinking fund dan juga maintenance charge kerana masing masing mempunyai fungsinya tersendiri dimana kutipan wang maintenance ataupun penyelenggaraan digunakan untuk perkhidmatan penyelenggaraan bangunan ataupun apartment sendiri misalnya untuk kerja-kerja pembersihan, dan untuk menyelenggara surau, dewan serbaguna, pengurusan dan sebagainya. Sebaliknya sinking fund pula digunakan sebagai wang kecemasan /reserve fund dimana wang tersebut digunakan khas untuk membaiki kerosakan utiliti dan penggantian baru di apartment, selain itu sinking fund juga digunakan untuk mengecat keseluruhan bangunan beberapa tahun sekali untuk mengekalkan kualiti bangunan. Pembeli rumah bertingkat secara peringkatnya, hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong “vacant position” mencarum kepada kumpulan wang penjelas dengan sepuluh peratus (10) daripada bayaran perkhidmatan. Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu. Mengikut Akta Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 hanya membenarkan beberapa perkara terhad untuk Badan Pengurusan menggunakan wang sinking fund ini adalah demi kepentingan pencarum dan agar penggunaan wang yang adil dapat dijamin. Namun apa yang membimbangkan Pembeli rumah bertingkat adalah penyalahgunaan kutipan tersebut, setelah meneliti undang-undang berkenaan adalah didapati terdapat beberapa kekurangan misalnya kekurangan panduan dalam isu cara pengumpulan dan penggunaan standard dan tidak dijelaskan dengan lebih terperinci lagi penggunaanya dan hadnya. Selain itu tidak juga dijelaskan dengan baik bagaimana wang itu harus di urus dengan transparensi yang lebih baik atau tanggungjawab badan Pengurusan untuk memberi penjelasan teliti akaun. Walaubagaimanapun pembeli ataupun konsumer secara umumnya harus diberi pengadilan yang lebih baik dengan memberi lebih tanggungjawab kepada badan pengurusan untuk menjadi lebih akauntabiliti dan untuk mencapai motif pengumpulan sinking fund yang lebih mantap dan objektif. Klausa 20 Jadual H mengatakan bahawa pemaju seharusnya menyimpan kutipan wang penjelas sebagai amanah sehinggalah badan Pengurusan ditubuhkan. Pemaju atau ejennya seharusnya memberikan audit tahunan kepada semua pembeli untuk menjelaskan berapa jumlah wang yang yang disimpan dan digunakan untuk keperluan bangunan. Dengan ini kami pihak NCCC berharap Pembeli atau konsumer menjadi lebih peka dan bijak dalam masalah sinking fund dan perumahan bertingkat. Kami menerima banyak panggilan daripada Pembeli dan penghuni rumah beringkat untuk mendapat nasihat mengenai masah Perbadanan Pengurusan mereka yang menyalahgunakan wang sinking fund mereka, untuk pengetahuan ramai ini adalah salah disisi undang undang kerana sinking fund mempunyai matlamat tertentu dan didefinasikan oleh undang-undang mengenai pengunaannya. Sekiranya terdapat penyalahgunaan wang sinking fund ajukan aduan kepada NCCC dan Kementerian Perumahan untuk tindakan lanjut ini adalah kerana penyalahgunaan wang tersebut adalah pecah amanah dan salah disisi undang undang. Ms. Matheevani Marathandan Legal Executive/ Complaint Handling Manager Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional National Consumer Complaints Centre E-mail : vani@nccc.org.my Sumber Artikel: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it |
Wednesday, February 9, 2011
CAJ PENYELENGGARAAN (MAINTENANCE FEES) MENGIKUT AKTA 663
SEBAHAGIAN PETIKAN MENGIKUT AKTA 663, Bahagian VII, DEPOSIT & MENDAPATKAN CAJ :-
--------------------------------- tamat----------------------------------
Untuk mengetahui cara-cara pembayaran yuran penyelenggaraan untuk Badan Pengurusan Bersama Pusat Komersil Seksyen 7,Shah Alam, sila klik --> di sini
FIRE INSURANCE - FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)
FIRE INSURANCE FOR STRATA-TITLED PROPERTIES
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)
[Q1]
I have been informed that the fire insurance taken by the Management Corporation is compulsory. At the same time, the bank where I took a housing loan for the unit of condominium I have purchased also requested me to pay for fire insurance policy which has been arranged by the bank. Do I need two insurance policies ?[A1]
Under the Strata Titles Act, it is mandatory for the Management Corporation (MC) of buildings such as apartments and condominiums to purchase fire insurance for the whole building. The individual unit owner is required to pay to the MC his respective premium portion. If the unit is purchased through a loan, the financiers would also normally require the borrower to obtain an insurance policy for the unit. There is the possibility of a situation of double insurance under these circumstances.
However, if you have obtained the loan from a bank or finance company under the supervision of Bank Negara Malaysia (BNM), it has been agreed that borrowers will not be required to buy another insurance policy for their unit. Instead, these financial institutions will accept the insurance policy already purchased by the MC subject to certain terms and conditions. If your loan is not from a lending institution under the supervision of BNM, you will need to negotiate the insurance arrangements with the lending institution concerned.[Q2]
Can I get a refund for cancellation of my insurance policy due to double insurance for the same unit?[A2]
An insured is entitled to cancel his or her insurance policy under the provisions of the policy. In the event that the insured is able to provide evidence that there has indeed been double insurance on the same building, the insured can request for termination of the policy to the insurer concerned. A pro-rata refund (for the remaining period of the insurance) may be granted to the insured by the insurer in the event the policy of insurance is terminated on the insured's request.
However please take note that a policy of insurance issued for dwelling risk is subject to a minimum premium of RM60. This is to cover the administrative and operational expenses of the insurance.[Q3]
What are the covers provided under the insurance policy issued to the Management Corporation?[A3]
Usually, a Master Fire Insurance Policy is issued to the Management Corporation for Strata-Titled Properties and the following are the minimum covers under the said policy:-
i) Fire
ii) Subsidence and Landslip
iii) Riot Strike and Malicious Damage
iv) Bursting or Overflowing of Water Tanks Apparatus or Pipes
(NB: Covers under items (ii), (iii) and (iv) are the minimum covers to be taken as required by the Association of Banks and the Association of Finance Companies of Malaysia).
[Q4]
The Management Corporation would usually issue debit notes advising unit owners for the payment of their share of the fire insurance premiums for his/her unit. However, insurance details such as period of insurance are not stated in the debit note advice slip. How do I get these information?[A4]
The full details of the insurance are stated in the master insurance policy issued to the Management Corporation. Therefore, unit owners should be able to obtain these details from their respective Management Corporation to check on the insurance taken for your unit. It is advisable for unit owners to request these information from the Management Corporation in each occasion that they pay their insurance premiums.[Q5]
Can the individual unit owner purchase additional insurance for his/her own unit apart from the insurance taken by the Management Corporation?[A5]
Other than the requirements under the Strata Titles Act, a unit owner may choose to effect additional insurance coverage for his/her unit and/or contents of the unit, in addition to the coverage under the Master Fire Insurance Policy taken up by the Management Corporation.[Q6]
How will I be compensated under the master policy taken by the Management Corporation in the event of a loss?[A6]
In the event of a loss, the insurance company will compensate the Management Corporation as the master policy owner. The Management Corporation has the responsibility to reinstate the building with the compensation paid to it. In the event that reinstatement of the building is not possible, the Management Corporation will consult with all the unit owners on the best solution that is in the interest of all the unit owners.
Article taken from http://www.piam.org.my/news/piamnews/p017.htmOr click HERE for Persatuan Insurance Am Malaysia (PIAM) Website.
For Persatuan kebangsaan Pembeli Rumah/ National House Buyer Association (HBA) Website & Strata Title Act information, please click HERE.
Monday, February 7, 2011
CARA PENCEGAHAN KES PECAH RUMAH DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Kepada : Semua Pemilik/Penduduk
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Pihak pengurusan telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan meminta pihak Pemilik rumah/ penduduk agar lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah walaupun pada tempoh masa yang singkat seperti keluar makan, pergi ke kuliah, pergi kerja dan tempoh balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah pada lampiran ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat.
Bagaimana boleh berlaku
• Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
• Menggunakan "jack' untuk membuka jerjak besi pintu/ tingkap.
• Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
• Menggunakan kunci pendua.
Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
• Pintu/ grill besi yang tidak berkunci/terbuka.
• Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
• Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing,
• Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar (seperti Komputer Riba, Laptop/ Notebook, telefon bimbit dan lain-lain barang berharga)
• Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
• Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
• Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
Cara Pencegahan
• Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
• Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
• Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga(yang berkualiti) dan selak keselamatan.
• Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
• Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
• Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
• Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
• Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/bangunan.
• Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
• Membawa bersama barang berharga seperti laptop, telefon bimbit dan barang kemas.
Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah
• Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
• Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.
# sebahagian sumber diperolehi dari pihak Polis Diraja Malaysia.
Akhir kata, pihak Pengurusan berharap agar komuniti penduduk dapat bekerjasama dalam menangani kes tersebut demi keharmonian dan kesejahteraan kita bersama.
“BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KESELAMATAN DIRI & HARTA BENDA KITA”
Sekian, Harap Maklum.
Khidmat Nasihat oleh,
Pihak Pengurusan
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”
Wednesday, February 2, 2011
Cuti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2011
MEMO PENDUDUK
Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
PER : CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINAMerujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara bermula pada 3 Februari 2011 (Khamis) dan 4 Februari 2011 (Jumaat) sempena Perayaan Tahun Baru Cina dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 5 Februari 2011 (Sabtu) seperti biasa.
Sehubungan dengan cuti perayaan ini, sekiranya anda pulang bercuti, diminta untuk memastikan perkara-perkara berikut;-
- SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
- SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
- SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA; DAN
- PERINGATAN SUPAYA JANGAN BERMAIN MERCUN ATAU MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti perayaan anda boleh menghubungi:-
HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-9796536
(Maintenance ‘On Call’)
Di kesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina kepada semua penduduk.
Selamat Bercuti.
Ucapan Ikhlas dari: Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”
Happy Chinese New Year...
Year 2011 is the Year of the Rabbit by the Chinese calendar.