Monday, January 31, 2011

Pembaikan & Penggantian Paip Baru V2-50B Blok N




Aduan dari pemilik unit V2-50B mengatakan bil air tinggi. Pemeriksaan pihak maintenance dan syabas mendapati mungkin kebocoran dari paip bawah tanah. Keputusan diambil untuk mengganti paip baru bagi mengelak risiko. Kerja siap sepenuhnya pada 27/1/2011

Status : Selesai

Friday, January 28, 2011

Kebakaran Unit X1-12A Blok K




Aduan daripada pemilik dan penyewa unit X1-12A telah terbakar pada 18/1/2011 lebih kurang jam 8.00 malam dan berjaya dipadam pihak bomba .

Pihak pengurusan mengambil tindakan segera menghubungi pihak insuran dan telah menghantar "Adjuster" untuk menilai kerosakan tersebut. Kerja pembaikan akan dilakukan dalam masa terdekat. Pemilik dan penyewa dinasihat untuk memastikan perkara berikut:-

1- Sila pastikan permium insuran bangunan dibayar kepada pihak pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE"
2- Sila pastikan insuran bangunan/kebakaran diperbaharui.
3- Sila pastikan pemilik mempunyai salinan sijil insuran tersebut (Dapatkan dari pihak pengurusan)
4- Sila periksa secara rutin keadaan saluran hos gas ke dapur masak tersebut dalam keadaan baik dan kepala gas dicabut jika tidak digunakan.

Status : Selesai

Anda juga boleh ke link di sini untuk mengetahui Kempen Kesedaran dari Pihak Bomba.

Wednesday, January 19, 2011

CUTI SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM PADA 20 JANUARI 2011



Untuk makluman, pada 20 Januari 2011 Pihak Pengurusan ditutup sempena Perayaan Thaipusam, dan jagalah keselamatan diri anda dan harta benda anda sempena hari perayaan ini.

Di kesempatan ini, Pihak Pengurusan ingin mengucapkan selamat menyambut Thaipusam buat semua penganut agama hindu.

Artikel selanjutnya mengenai Thaipusam, sila klik di--> sini

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN THAIPUSAM PADA 20 JANUARI 2011

Thaipusam - 20 Januari 2011

2011 Thaipusam Festival Batu Caves Selangor Malaysia
Thousands of devotees & visitors throng Batu Caves during
Thaipusam day

Celebrated on the 10th month of the Hindu calendar, Thaipusam, which falls in January or February each year, is a day of penance and thanksgiving for Hindus. The festival is celebrated in honour of Lord Muruga (also known as Lord Subramaniam) and Hindus believe that sins can be cleansed during Thaipusam.

2011 Thaipusam Malaysia - Lord Muruga Statue at Batu Caves

Many who take part in the festival prepare themselves by cleansing their bodies through fasting and abstinence, usually observing a vegetarian diet for a certain period of time. On the eve of the festival, the image of Lord Muruga, on a be jewelled silver chariot, is pull along by 2 bulls. As the traditional abode of Lord Muruga is a hill or mountain, in Kuala Lumpur this grand procession culminates at Batu Caves where many devotees carry the image of Lord Muruga up 272 steps to the temple cave.

2011 Batu Caves Thaipusam Kavadi Selangor Malaysia

Many devotees carry 'kavadis' - ornate frames supported by metal spikes and hooks inserted into their bodies- without blood being let. Thousands of fresh coconuts are also smashed along the route of the procession.

Batu Caves

Batu Caves, located in Gombak district, is said to be the most popular tourist destination in Selangor. It has never ceased to attract visitors, both local and foreign.

Only 15 km north of Kuala Lumpur, the caves consist of three main caves and a number of smaller ones. Visitors could reach the top cave via the 272 steps built specially to scale the steep, jagged face of the limestone outcrop.

Thaipusam Celebration at Batu Caves, Selangor Malaysia

During the Thaipusam festival, Batu Caves hosts the largest gathering of Hindu devotees in Malaysia. Thaipusam is a religious festival where Hindus pay annual homage to Lord Muruga. The highlight of this celebration is the kavadi procession. Close to 800,000 people throng Batu Caves for this celebration.

Friday, January 14, 2011

Kerja Pembaikan Tandas Tersumbat Blok N





Aduan penduduk blok N tandas tersumbat sehingga menyebabkan rumah beliau banjir dengan air najis.Pihak pengurusan dengan segera telah bertindak dan keadaan tersebut kembali pulih.Sebagai peringatan kepada penduduk yang lain anda dinasihat tidak membuang sisa makanan,sisa simen,botol mineral dan benda yang pejal kedalam saluran tandas...

Status : Selesai

Thursday, January 13, 2011

Kerja Penggantian Tombol Pintu Tandas Surau





Aduan daripada jemaah surau pusat komersil pintu tombol tandas rosak.Pihak pengurusan segera mengambil tindakan untuk menangani masalah tersebut.

Status : Selesai

Wednesday, January 12, 2011

Pembaharuan Sijil Insuran Kebakaran 2011/2012

Kepada Pemilik unit kedai & apartment yang dihormati,

Harap Maklum, Pihak Pengurusan telahpun memperbaharui Insuran Kebakaran Bangunan untuk tahun 2011/2012.

Terdapat 2 salinan sijil insuran yang anda akan terima iaitu:-
  1. salinan pertama adalah untuk simpanan dan rujukan pemilik; dan
  2. salinan ke 2 harus diberi kepada pihak bank (pemegang gadaian/Mortgee/Chargee)
Berikut adalah butiran selanjutnya:-

RE : FIRE INSURANCE POLICY/

POLISI INSURAN KEBAKARAN

- MSIG INSURANCE (M) BERHAD

- Policy No. DC-07832811-FC1

- Tempoh/Period: 21 MARCH 2011 TO 20 MARCH 2012

Please note that the Fire Insurance certificate for shop & apartment Insurance for the period 21 MARCH 2011 TO 20 MARCH 2012 - ready for collection.

Certificate may be collected at the Management Office after settlement of insurance premium.

Sila beri perhatian bahawa sijil insuran kebakaran bagi unit kedai dan unit rumah telahpun diperbaharui dari tempoh 21 MARCH 2011 sehingga 20 MARCH 2012 dan boleh didapati di pejabat pihak pengurusan.

Sijil hanya akan diberi di Pejabat Pengurusan selepas pembayaran premium insuran tersebut dibuat.

Sekian, terima kasih.


PEJABAT PENGURUSAN

JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”


Official MSIG Website klik --> HERE

MSIG Customer Service Hotline: 1-800-88-MSIG (6744)

Tuesday, January 11, 2011

PEMBAIKAN DAN PENUKARAN PELAMPUNG SETIAP BLOK



Kerja-kerja pembaikan dan penukaran pelampung dilakukan bermula pada 11 Januari 2011 secara berperingkat untuk semua blok.


Kerja-kerja tersebut dilakukan setahun sekali.

Tuesday, January 4, 2011

PENGURUSAN TIDAK MELANTIK KONTRAKTOR SEMBURAN NYAMUK & SERANGGA


PEMBERITAHUAN

Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER :PENGURUSAN TIDAK MELANTIK KONTRAKTOR SEMBURAN NYAMUK & SERANGGA

Untuk makluman semua warga penduduk, Pihak Pengurusan tidak melantik mana-mana kontraktor untuk melakukan kerja-kerja semburan ubat nyamuk (fogging) & serangga di dalam rumah dan di mana-mana kawasan di dalam Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Pihak tersebut mendakwa telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, MBSA dan Pihak Pengurusan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut dan mengenakan bayaran.

Oleh itu Pihak Pengurusan menasihati penduduk supaya berwaspada dan lebih berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya penipuan dan sekiranya keadaan tersebut berlaku, anda diminta mengadukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Sekian, harap maklum.

PIHAK PENGURUSAN JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”

Monday, January 3, 2011

193 kes denggi dalam tiga minggu di Shah Alam

193 kes denggi dalam tiga minggu di Shah Alam

Monday, 01 February 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 1 Feb: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima 193 laporan kes demam denggi di seluruh kawasan pentadbirannya sepanjang tiga minggu pertama Januari lalu.

Daripada jumlah itu, 86 kes disahkan positif menghidap demam denggi, 77 membabitkan kes demam denggi (DD), manakala sembilan kes demam denggi berdarah (DDB).

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata antara kawasan yang dikenal pasti mencatatkan bilangan kes demam denggi yang tinggi ialah Seksyen U2 (TTDI Jaya), Seksyen U7, Seksyen U12 (Desa Alam) dan Seksyen 7.

Sepanjang tempoh sama, katanya, MBSA membuat pemantauan dan mengadakan pemeriksaan di 2,220 premis, termasuk rumah kediaman, kedai, sekolah, kilang, tadika, tapak binaan, projek perumahan terbengkalai, tempat pembuangan sampah, taman permainan dan rekreasi serta tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Hasil pemeriksaan mendapati 108 premis positif menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengeluarkan 69 kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKT 1976). Mereka yang sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun RM500.

“Kami juga melakukan semburan kabus di 39,745 premis untuk mengawal pembiakan Aedes daripada merebak. Langkah proaktif ini selaras arahan kerajaan supaya pihak berkuasa tempatan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tempat pembiakan aedes dihapuskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shahrin berkata, daripada pemerhatian pihaknya, punca utama pembiakan Aedes adalah disebabkan sikap cuai masyarakat yang gagal menjaga persekitaran kediaman dengan baik apabila sampah sarap seperti tin dan botol tidak dibuang secara sempurna, selain membiarkan kolah mandi dan pam tandas bertakung.

Sehubungan itu, katanya, MBSA menggalakkan penduduk mengadakan gotong-royong secara berkala untuk membersihkan kawasan kediaman seperti membersihkan longkang dan semak-samun.

Katanya, MBSA terbabit secara langsung untuk menyediakan tenaga kerja dan pelbagai peralatan gotong-royong seperti lori sampah, penyapu, sabit, parang dan cangkul.

“MBSA juga kerap mengadakan komunikasi secara bersemuka iaitu memberi ceramah atau dialog bersama penduduk, mengadakan perbincangan kecil bersama penduduk dan pekedai untuk berbincang mengenai bahaya aedes serta langkah pencegahan.

“Penjualan `abate’ di tempat awam seperti stesen minyak, pasar raya (bahagian racun serangga), kedai, kedai perkakasan juga digalakkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya untuk membasmi aedes,” katanya.

Dipetik dari SelangorKini Online

FOGGING DI KAWASAN MBSA PERCUMA

PEMBERITAHUAN

Tajuk : Fogging di kawasan MBSA percuma
(petikan/keratan akhbar)

AKHBAR : UTUSAN MALAYSIA

SEKSYEN : DALAM NEGERI

TARIKH : 17-Dec-2004

HARI : JUMAAT

ISU : KERAJAAN TEMPATAN

KUALA LUMPUR 16 Dis. ­Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meminta orang ramai membuat laporan kepada polis jika didatangi individu atau kontraktor meminta upah bagi perkhidmatan semburan nyamuk (fogging) di kawasan mereka.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai mengenai syarikat dan juga kontraktor swasta yang melakukan fogging secara haram di kawasan pentadbiran MBSA.

Beliau berkata, sebenarnya fogging MBSA mahupun kontraktor swasta yang telah dilantik tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana ia dilakukan secara percuma.

"Tetapi ada syarikat mendakwa diarahkan oleh MBSA untuk kerja fogging dan meminta bayaran daripada orang ramai, ini tidak benar. Ia sebenarnya percuma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut boleh menghubungi Jabatan Kesihatan MBSA di talian 03-­55105133 sambungan 273 dan 274. Waktu fogging ditetapkan antara pukul 6.30 pagi hingga 7.30 pagi atau 6.30 petang hingga pukul 8 malam.

TATACARA MENANGANI WABAK DENGGI


PEMBERITAHUAN

Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : TATACARA TINDAKAN MENANGANI WABAK DENGGI

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan pada 10hb Mac 2010 yang lalu, Pihak Berkuasa Tempatan MBSA telah menjalankan OPERASI WABAK DENGGI & KEBERSIHAN PERMIS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), ALAM FLORA, MPP dan PIHAK PENGURUSAN JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” untuk memeriksa permis perniagaan, restoran dan kawasan kediaman, longkang, dan sebagainya yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Berikut adalah tatacara sebagai panduan agar punca pembiakan nyamuk dapat dihapuskan:-

a) Memeriksa dan membersihkan bekas kosong di dalam rumah atau permis yang mungkin menjadi tempat air bertakung seperti pasu, bekas hiasan atau sebagainya;

b) Memastikan tong dan sistem pam tandas berfungsi dengan baik dan sekiranya tidak berfungsi, pastikan tong tersebut kosong;

c) Menggunakan semburan aerosol di dalam rumah atau permis pada awal pagi dan senja;

d) Jangan membuang sampah atau bekas makanan dikawasan ‘airwell’ iaitu ruang kosong disebelah dapur untuk mengelakkan saluran air keluar dari tersumbat;

e) Diminta kerjasama pihak penghuni/penyewa agar membuka pintu semasa pemeriksaan Aedes dilakukan dan aktiviti semburan ‘fogging’ dapat dilakukan dengan lebih berkesan oleh pihak berkuasa tempatan;

f) Amalkan kempen 10 minit setiap minggu untuk membersihkan rumah atau permis untuk hapuskan aedes & perangi denggi. Ingatlah:-
“HAPUSKAN AEDES MEMANG MUDAH. HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI DAN CHIKUGUNYA”.

Kerjasama pihak tuan/puan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

PIHAK PENGURUSAN
JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”

LALUAN TANGGA DAN KORIDOR

PEMBERITAHUAN

Kepada : Pemilik Kedai/ Penyewa/Restoran

Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : LALUAN TANGGA DAN KORIDOR

Merujuk kepada perkara diatas adalah dimaklumkan pihak pengurusan “JMB PK SEK: 7 COMMITTEE” ingin meminta kerjasama daripada pemilik kedai/restoran supaya tidak meletakkan barang jualan, meja, kerusi atau apa-apa objek yang menghalang laluan koridor dan tangga bertujuan untuk:-

  1. Mewujudkan persekitaran koridor yang bersih dan mengekalkan keselesaan untuk semua penduduk dan penghuni;
  2. Membentuk dan mewujudkan komuniti restoran yang proaktif untuk menjaga kebersihan kawasan tangga dan koridor;
  3. Memberi akses kepada penduduk serta penghuni menggunakan kawasan koridor dan tangga jika terdapat kes kematian atau urusan pemindahan; dan
  4. Kawasan koridor dan tangga adalah “harta bersama”. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada semua Komuniti Pusat Komersil Seksyen 7 untuk menjaga dan mengekalkan keharmonian kawasan ini.
Kerjasama pihak Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Sekian, harap maklum,


PIHAK PENGURUSAN

JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”