Saturday, April 30, 2011

Perjalanan Mesyuarat Agung ke 3


Haji Shahrir bin Shahodin selaku Pengerusi JMB sesi 2010/2011 memberikan ucapan aluan.


Yg. Bhg Puan Sarimah Binti Lisut selaku Pengerusi MPP/Ahli Majlis MBSA Zon 3 turut  memberikan kata-kata aluan



Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg. En Said Bin Ibrahim selaku Pesuruhjaya Bangunan




Tetamu yang hadir




Agenda Mesyuarat:
a)       Ucapan Pengerusi
b)       Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu
c)       Membentangkan laporan aktiviti tahunan JMB“PK SEK: 7 COMMITTEE”
d)       Membentangkan laporan kewangan
e)       Perkara berbangkit
f)        Perlantikan Jawatankuasa sesi 2012/2013
g)       Lain-lain hal
h)       Cabutan bertuah

Status hasil perbincangan mesyuarat tersebut hanya akan dilampirkan di dalam booklet AGM akan datang.

















Hamper sumbangan pihak Giant 


Sumbangan hamper dan minuman telah disampaikan oleh En Khairuddin wakil Pihak Pasaraya Giant.

Terima kasih diucapkan kepada Pihak Giant kerana sudi memberikan sumbangan kepada pihak Pengurusan JMB dan menjayakan mesyuarat Agung yang ke 3.


Bekalan Air mineral turut di sumbangkan oleh Pihak Pasaraya Giant.

Penghargaan turut diberikan kepada beberapa penyumbang dari pihak kontraktor (tiada dilampirkan gambar)

En Sanusi 
S@N VISION (M) Sdn Bhd
No. X1/17-A, Blok J, Tingkat 1, Jalan Plumbum X7/X,
Pusat Komersil Seksyen 7, 40000 Shah Alam

Puan Fazinah
MSIG Insurance (Malaysia) Berhad
Level 3, Tower B, PJ City Development
No. 15A, Jalan 219, Seksyen 51A
46100 Petaling Jaya, Selangor


TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG KE 3

BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE"

KERJASAMA ANDA SEMUA AMAT KAMI HARGAI & SANJUNGI

Tuesday, April 19, 2011

PEMBAIKAN PANEL METER TNB YANG TERBAKAR DI BLOK J






Kerja-kerja pembaikan telah dilakukan segera oleh kontraktor bermula pada tarikh kebakaran iaitu 10 April 2011 dan telah siap sepenuhnya pada 13 April 2011.

Terima-kasih diucapkan kepada penghuni diatas kerjasama yang diberikan dan bersabar sepanjang tempoh kerja pembaikan tersebut dijalankan.

Monday, April 18, 2011

Kebakaran Panel Meter TNB Blok J





Pada 10/4/2011 berlaku kebakaran panel meter TNB di kawasan tangga blok J.Mengikut maklumat pihak bomba kebakaran tersebut mungkin berpunca dari penggunaan elektrik melebihi beban. Oleh itu pihak pengurusan berharap dan memberi nasihat kepada pemilik & penyewa premis kedai supaya dapat menaik taraf meter dari 1 fasa ke 3 fasa untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku pada masa hadapan.

Status : Tuntutan kepada pihak insuran

Status Pembaikan terkini: Sila klik di-----> sini

Monday, April 11, 2011

Pembaikan/ Penggantian Paip Baru V1/50-A Blok N





HASIL PEMERIKSAAN MAINTENANCE

Pada 5-4-2011 waktu 4:15pm, pihak maintenance telah melakukan pemeriksaan bulanan secara berkala dikawasan koridor untuk memastikan kawasan koridor bersih dari sampah-sampah dan secara tidak sengaja pihak maintenance telah terpandang meter air unit V1/50-A (N) bergerak dengan laju dan ianya tidak seperti normal.

Hasil siasatan mengenai perkara tersebut, pihak maintenance telah memeriksa kawasan tangki tersebut dan didapati tiada apa-apa kebocoran tetapi air yang masuk ke tangki adalah amat perlahan manakala paip di kawasan airwell pula tidak kelihatan apa-apa kebocoran. Pihak maintenance telah mengesyaki terdapat kebocoran dalam tanah.


TINDAKAN PENGURUSAN:

Pengurusan telah menghubungi pemilik rumah iaitu Encik Hj Salleh pada 6-4-2011 dan menasihatkan beliau perlu mengadu kepada pihak syabas.

Laporan siasatan Aduan dari pihak syabas pada tarikh 8-4-2011 telahpun kami terima beserta bil air terkini sebanyak RM 200 lebih dilampirkan. Hasil siasatan pihak Syabas mengesyaki terdapat kebocoran pada paip dalaman dan perlu dibaiki segera.

Merujuk kepada laporan pihak syabas disyaki terdapat kebocoran dan pihak pengurusan akan melakukan pembaikan sekiranya kebocoran tersebut adalah selepas meter.

Pihak pengurusan telah menjelaskan kepada Tuan rumah bahawa pihak pengurusan tidak akan menanggung bil air tersebut.


STATUS PEMBAIKAN:

Telah memanggil kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut & kerja-kerja pembaikan telah pun selesai dijalankan.

Saturday, April 9, 2011

Pembaikan/ Penggantian Paip Baru U4/41-B Blok Q





ADUAN PENDUDUK:

Pihak Pengurusan telah menerima aduan dari pemilik rumah iaitu Pn Ruhana bt Mat Nor pada 30-3-2011 mengenai bil air tinggi hingga mencecah RM 700 lebih. Hasil siasatan pihak maintenance, bermula dari paip bahagian airwell hingga ke tangki tiada sebarang kebocoran pada tangki mahupun kerosakan valve pelampung.

Aduan kepada pihak syabas telahpun dibuat oleh pemilik rumah dan pihak syabas telah melaporkan siasatan aduan pada 8-3-2011. Merujuk kepada laporan pihak syabas disyaki terdapat kebocoran dalaman dan perlu dibaiki segera. Pihak pengurusan tidak akan menanggung bil air tersebut.


STATUS PEMBAIKAN:

Telah memanggil kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut & kerja-kerja pembaikan telah pun selesai dijalankan.

Tuesday, April 5, 2011

Pembaikan/ Penggantian Paip Baru V4-50B Blok N




ADUAN PENDUDUK:

Pihak Pengurusan telah menerima aduan aduan pada 31-3-2011 dari penyewa bernama En Azwan Valti mengenai bil air tinggi hingga mencecah RM 700 lebih. Hasil siasatan pihak maintenance, tiada sebarang kebocoran pada tangki mahupun kerosakan valve pelampung.


TINDAKAN PENGURUSAN & MAINTENANCE:

Pengurusan telah menasihatkan pengadu/ tuan rumah perlu mengadu kepada pihak syabas dan pada 1-4-2011 pemilik rumah iaitu Mdm Mary Lee Kok Sim telah mengadu kepada pihak syabas.

Merujuk kepada laporan pihak syabas disyaki terdapat kebocoran dan pihak pengurusan akan melakukan pembaikan sekiranya kebocoran tersebut adalah selepas meter. Pihak pengurusan tidak akan menanggung bil air tersebut.


STATUS PEMBAIKAN:

Telah memanggil kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut & kerja-kerja pembaikan telah pun selesai dijalankan.