Friday, August 26, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011


MEMO PENDUDUK


Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa                           
                        Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam


PER :  CUTI RAYA AIDILFITRI 2011

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pihak Pengurusan akan ditutup sempena Perayaan Aidilfitri bermula dari tarikh 30hb Ogos 2011 sehingga 1hb September 2011 dan pejabat pengurusan akan dibuka semula pada  2hb September 2011 (hari jumaat) seperti biasa.

Sehubungan dengan cuti perayaan yang panjang ini, anda diminta untuk memastikan beberapa perkara berikut;
  1. Sila pastikan tong gas dan semua alat-alat elektrik telah ditutup dan dimatikan; 
  2. Sila pastikan semua tingkap, pintu dan gril besi telah dikunci dengan kemas dan jangan tinggalkan barang berharga di dalam rumah; 
  3. Sila pastikan semua pili air ditutup terutama pili air di meter syabas yang terletak di bawah blok unit anda; dan 
  4. Kepada mereka yang tidak balik kampung atau tidak ke mana-mana, jika ada sebarang kacauganggu dan aktiviti mencurigakan, segera laporkan dengan kadar segera kepada balai polis yang berhampiran.

Untuk sebarang masalah berkaitan & pertanyaan anda boleh menghubungi:-

HOTLINE : 012-979 6536
Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB "PK SEK:7 COMMITTEE” dengan seikhlasnya mengucapkan Selamat Menyambut Hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada anda semua…

Sekian, terima kasih.


Pihak Pengurusan      
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”




Monday, August 22, 2011

Merdeka 2011: "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”


 "Merdeka.. Merdeka... Merdeka....!!!

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 54 tahun bakal kita sambut pada 31 Ogos 2011( mengikut kalender jatuh pada Sambutan Raya ke 2) akan datang Pihak Pengurusan telah menghias dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai usaha memartabatkan dan memperingati kemerdekaan negara kita...   

Tema Kemerdekaan tahun ini ialah:-
"Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

Pihak Pengurusan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka 2011 kepada seluruh RAKYAT MALAYSIA tidak kira di mana jua anda berada.... 






Sajak Kemerdekaan:-

Riang Ria Merdeka

Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?

Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas

Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi

Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..

Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.

Nurkilan Md.Rz @ Mohd Rozaimie..Ogos07







Tuesday, August 16, 2011

Selamat Menyambut Nuzul al-Quran : 17 Ramadan 1432/17 Ogos 2011

Adalah dimaklumkan bahawa 17 Ogos 2011 ( Rabu) merupakan cuti Hari Nuzul Quran 1432 yang merupakan cuti umum bagi syarikat seperti kami yang berada di Selangor.

Sehubungan dengan itu semua staf akan bercuti pada hari tersebut dan mula bekerja semula pada 18 Ogos 2011 ( Khamis ).

Kami yakin ramai yang akan mengambil kesempatan pada cuti ini dengan aktiviti 'shopping' maklumlah persediaan menyambut rayalah katakan....

Dikesempatan ini Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Quran dan selamat ber'shopping' (jangan boros ye...)

Berikut ialah sedikit lampiran mengenai Nuzul Quran 1432 Hijrah...


                                              
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran kita baca pada hari ini. 
 
Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Wednesday, August 10, 2011

Kerja-Kerja Pembersihan & Pencucian Tangga 12 Blok 8/8/2011


Kerja pembersihan oleh pihak kontraktor untuk bermula dari blok D sehingga blok P dijangka siap dalam masa 14 hari. Minta kerjasama pemilik & penyewa tidak meletakkan barangan atau halangan di kawasan hadapan unit. Kerja tersebut akan sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan untuk memperolehi hasil yang baik.

Status : Progress