Wednesday, February 29, 2012

Majlis perpisahan pekerja pembersihan - Penamatan Kontrak

Majlis kecil-kecilan telah diadakan di pejabat pengurusan sempena penamatan kontrak perkhidmatan mereka yang akan berkuatkuasa pada bulan Mac 2012.

Pengerusi JMB iaitu Hj Shahrir bin Shahodin telah  memberi sepatah dua ucapan penghargaan kepada mereka.

Sekalung tahniah atas usaha dan kerjasama pihak pembersihan dalam memastikan kawasan sekitar bangunan Pusat Komersil Seksyen 7 dalam keadaan yang bersih dan selesa. dan pihak  pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" amat menghargai dan menyanjungi sumbangan mereka selama ini.



Status kontrak pekerja pembersihan yang baru bermula pada 1 Mac 2012, sila klik ----> di sini.




Kebakaran Unit V1-2A Blok M

PENGUMUMAN / MAKLUMAN KEPADA PENGHUNI & PEMILIK


Peristiwa Kebakaran Unit  V1-2A Blok M


Aduan daripada penyewa unit V1/2-A Blok M telah terbakar pada 28/2/2012 waktu kebakaran lebih kurang jam 2.45 petang dan berjaya dipadam oleh pihak bomba.

Pihak pengurusan mengambil tindakan segera menghubungi pihak insuran untuk menilai kerosakan tersebut selanjutnya menguruskan urusan tuntutan. Pihak pengurusan juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak tuan rumah. 

Pihak pengurusan juga mengingatkan pihak tuan rumah agar menyelesaikan yuran penyelenggaraan beliau dan membayar premium insuran rumah beliau di pejabat pengurusan agar memudahkan pihak pengurusan dan pihak insuran melakukan tindakan yang sewajarnya.

Sila rujuk gambar di bawah:-










Aduan rasmi daripada pihak penyewa telah pihak pengurusan terima beserta laporan polis bagi melengkapkan dokumen urusan tuntutan insuran. Kerja pembaikan akan dilakukan dalam masa terdekat. Pemilik dan penyewa dinasihat untuk memastikan perkara-perkara berikut:-

Keselamatan Ketika Memasak

Jangan memasak apabila anda berasa mengantuk, pening, keracunan atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
  • Jangan biarkan aktiviti memasak tanpa diawasi.
  • Elakan pemegang periuk, tuala atau sebarang kelengkapan diletakan berhampiran dengan alat pembakar seperti ketuhar.
  • Jangan biarkan kanak-kanak atau binatang peliharaan anda bermain berhampiran dengan dapur yang sedang digunakan (amalkan kawasan zon bebas kanak-kanak, jarak tiga kaki atau satu meter).
  • Jangan letakan sebarang bahan mudah terbakar seperti kain, kertas, plastik terlalu hampir dengan dapur memasak.
  • Pastikan rak dapur anda bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak dan dapur (tumpahan bahan masakakan) boleh disambar api.
  • Gunakan pakaian yang tidak longgar beserta lengan pendek bagi mengelakan pakian dari bersentuhan dengan api semasa memasak.
  • Selalu gunakan sarung tangan yang mempunyai ketahanan api. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan yang basah kerana air pada sarung tangan akan menjadi stim yang boleh menyebabkan tanagn anda melecur.
  • Pusingkan pemegang periuk kearah dalam bagi mengelakan dilanggar atau ditarik oleh kana-kanak.
  • Makanan yang dimasak dalam microwave boleh menghasilkan tahap kepanasan yang terlalu tinggi. Bukakan penutup dengan cermat bagi mengelakkan sebarang stim.
  • Ingatkan kanak-kanak bahawa penutup yang panas amat merbahaya.
  • Belajar cara-cara untuk memadam kebakaran kecil.
  • Tanggalkan kepala gas sekiranya anda pulang bercuti atau tinggalkan rumah dalam jangkamasa yang panjang. 

Gas Memasak

(LPG - Liquified Petroleum Gas / Gas Petroleum Cecair)
  • Gas LPG lebih berat dari udara
  • Tidak berbau
  • Tidak berwarna
  • Gas yang mudah terbakar (contoh: percikan suis elektrik)
  • Kandungan utama dalam LPG adalah adalah gas propane dan butane dimana kebakaran wap gas-gas ini diruang udara boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 2,000°C.
Terdapat bauran yang dicampur iaitu ethyl mercaptane. Biasakan dengan bau yang dikeluarkan oleh gas LPG yang disengajakan/tidaksengajakan.
  • Gas yang bebas dari selinder akan mencari tempat yang terendah dan mengalir sejauh yang mungkin. Jika dalam pengalirannya ia bertemu dengan percikan api, maka gas akan terbakar sehingga titik mula bocor. Jika percantumannya dalam kuantiti yang banyak, kemungkinan berlakunya letupan adalah tinggi.
    Dokumentasi:-

    • Sila pastikan premium insuran bangunan dibayar kepada pihak pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" 
    • Sila pastikan insuran bangunan/kebakaran diperbaharui. 
    • Sila pastikan pemilik mempunyai salinan sijil insuran tersebut (Dapatkan dari pihak pengurusan)
    Temujanji pembaikan oleh pihak kontraktor (insurance) bersama pihak penyewa/pemilik akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.


    Akhir kata, " Sila jelaskan yuran penyelenggaraan, cukai tanah & premium insuran rumah anda "

    Status : progress

    Thursday, February 23, 2012

    Kerja Pembaikan Saluran Kumbahan Tersumbat Di kedai WESTAR Blok J

    Pada 21/02/2012 waktu 10 pagi, pihak penyelenggara telah menerima aduan dari unit pekerja kedai XG/5, nama pengadu iaitu Ms Linda (beliau juga menyewa di unit X1/5-A) menyatakan bilik air bilik utama mereka telah tersumbat.

    Salah seorang penghuni unit tersebut telah menjolok lubang paip dari unit X1/5-A dan menyebabkan penutup 'cap' paip telah tercabut dan berlaku limpahan air kumbahan terus ke bahagian koridor di hadapan unit kedai terbabit.

    Pihak penyelenggaran telah menegur penghuni tersebut agar jangan membuat tindakan sedemikian kerana tindakan tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Segera hubungi pihak penyelenggara untuk kerja-kerja pembaikan.

    Setelah siasatan dibuat pihak penyelenggara mencadangkan agar memanggil kontraktor untuk menyelesaikan masalah tersebut.







    Status: SELESAI.


    Laporan Pihak kontraktor:-


    To provide labor, tools to open up the effected house / shop lot floor trap, main hole covers and use the high-pressure water jetter to clear all the harden grease/ debris which suspected in the PVC pipelines to the main hole.


    The clearing, cleaning and servicing of the effected UPVC piping and mainhole was sucessfully done.


    We found that the clogged are mainly due to the hair, harden grease and debris (sponge) in effected UPVC pipe.




    Pihak penghuni dinasihatkan supaya lebih bertanggung jawab di masa hadapan. Pastikan, rambut, tuala wanita, sampah dan bendaasing jangan dibuang di dalam lubang tandas ataupun di lubang floortrap (penutup lubang lantai). Jika tidak sumbatan tersebut pasti akan berlaku lagi. Sila buang sampah di tempat yang sepatutnya.


    Wednesday, February 22, 2012

    Penyelenggaraan di Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam oleh Indah Water Konsortium

    Pengumuman Khidmat Masyarakat


    Penyelenggaran Pihak Indah Water Konsortium

    Pihak Pengurusan mendapati pada hari ini 22 Februari 2012 pihak Indah Water Konsortium ada melakukan
    kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

    Diharap pihak pemilik/penghuni melakukan tanggung jawab masing-masing dengan membayar yuran penyelenggaraan indah water agar dapat mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kita semua.





    Sekiranya anda masih inginkan maklumat tentang apa sebenarnya yang pihak Indah Water Consortium lakukan, anda bolehlah meluangkan sedikit masa membawa kenyataan di bawah ini. Selamat membaca...

    (kenyataan di bawah ini dipetik dari : http://web6.bernama.com/client/iwk/faqBm.php )


    * Pelanggan Domestik
    * Pelanggan Komersial, Perindustrian & Kerajaan Tahukah Anda? 

    01. Pelanggan IWK Sepertimana yang telah ditakrifkan di dalam Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993, pelanggan IWK ialah orang, firma, badan korporat atau entiti yang telah ditetapkan di bawah undang-undang sebagai pemunya atau penghuni premis yang terletak di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan dan menggunakan sama ada tangki septik individu atau sistem pembetungan jenis bersambung (ke loji rawatan kumbahan awam) yang telah diserahkan kepada IWK oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi atau pengguna yang menggunakan sistem pembetungan yang telah ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Pembetungan. 

    02. Definisi Premis Domestik Premis domestik ertinya mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman penduduk. 

    03. Definisi Kuarters Kerajaan Kuarters kerajaan ertinya mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman kakitangan Kerajaan di Gred A, B, C, D, E, F, G, H & I, sepertimana yang ditakrifkan di dalam Perintah Am Kerajaan (Bab E) 

    04. Premis Bertangki Septik Premis yang mempunyai tangki septik akan dikenakan caj setiap enam bulan sekali sebanyak RM36.00 atau RM6.00 sebulan. IWK akan menjalankan perkhidmatan pengosongan secara berjadual lebih kurang setiap dua tahun sekali. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh meminta perkhidmatan ini, selepas perkhidmatan pertama atau sebelum perkhidmatan yang akan dijadualkan, tanpa caj tambahan melainkan caj pembetungan yang dikenakan setiap enam bulan sekali. 

    Sila hubungi IWK di talian 1-800-88-3495 atau pejabat operasi IWK yang berhampiran dengan anda jika tangki septik premis memerlukan perkhidmatan pengosongan. 

    05. Mengenalpasti Tangki Septik Tangki septik biasanya dibina di bawah tanah dan berada di luar premis sama ada di bahagian hadapan, tepi atau belakang premis. Ia mempunyai 2 - 4 penutup logam yang bersegi empat tepat. Penghuni atau pemilik premis bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan tangki septik tersebut. IWK hanya menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik sahaja. 

    06. Pengosongan Tangki Septik Mandatori Penghuni atau pemilik premis yang enggan menerima perkhidmatan pengosongan tangki septik oleh IWK adalah akan dikenakan saman jika didapati bersalah sepertimana yang terkandung di dalam Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993. 

    07. Perkhidmatan Pembetungan Bersambung Premis yang mempunyai sistem pembetungan jenis bersambung ke loji rawatan kumbahan akan dikenakan caj pembetungan sebanyak RM48.00 setiap enam bulan atau RM8.00 sebulan. Anda boleh mengenalpasti perkhidmatan bersambung ini jika anda lihat adanya satu penutup logam bersegi empat tepat, dipanggil lurang pemeriksaan, di luar rumah anda sama ada di bahagian tepi, hadapan atau belakang. Seluruh kawasan anda dianggap mempunyai sistem pembetungan jenis bersambung sekiranya terdapat lurang pembetungan dengan penutup logam bulat di atas jalan raya di sekitar kawasan premis anda. 

    Di dalam lurang pembetungan, terdapat paip-paip pembetungan yang menyambungkan sistem pembetungan premis-premis ke loji rawatan kumbahan. Ia juga digunakan untuk memeriksa masalah pembetungan dan membersihkannya. Adalah salah di sisi undang-undang jika orang awam membuka lurang pembetungan tanpa kelulusan daripada IWK atau Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi. 

    Kebiasaannya, anda tidak akan berjumpa dengan kakitangan IWK di premis anda kerana kerja-kerja kami adalah di loji rawatan kumbahan awam dan penyelenggaraan paip-paip pembetungan di atas jalan raya awam. Anda akan berjumpa dengan kakitangan atau wakil IWK apabila anda memanggil kami untuk membersihkan paip pembetungan awam yang tersumbat atau mengalami masalah pembetungan.




    IWK boleh dihubungi di :- 







    Address : :Indah Water Konsortium Sdn Bhd (Company No. : 211763-P)
    Level 1-4 Block J, Pusat Bandar Damansara,
    50490 Kuala Lumpur,
    MALAYSIA
    Tel : :+603 27801100
    +603 27801101
    For Billing Enquiries : :Tel: +603 2080 3130
    Toll free: 1 800 88 3495
    Fax: 03-2095 6002 / 03-2095 9005
    care@iwk.com.my
    For Billing and Sewerage Services : :Customer Service Centres
    SMS 36399 (IWK<space>Message )

    Thursday, February 16, 2012

    Aduan Moto Terbengkalai



    Aduan kepada pihak MBSA






    Maklumbalas/ status oleh pihak MBSA : Merujuk kepada kandungan MASALAH anda yang berlaku di lokasi berikut, 1- JALAN PLUMBUM X7/X BLOK J BERHADAPAN RESTOREN SALMIE MANJA (1 BIJI )
    2- JALAN PLUMBUM V7/V BLOK N BERSEBELAHAN KLINIK MEDIVERON ( 4 BIJI ).

    Berikut adalah makluman/pesanan dari Bah. Audit Dalam & Pengaduan Awam MBSA:

    Untuk makluman, siasatan telah dijalankan pada 15.2.2012 jam 3 ptg dilokasi aduan dan mendapati terdapat 5 buah motosikal. Tindakan notis amaran telah dikeluarkan atas kesalahan Akta 133 Seksyen 46 1 (e). Tindakan penundaan akan dijalankan setelah mendapat maklumbalas daripada pihak polis. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Norazlan dari Bhgn. Penguatkuasaan di talian 03-55105133 samb. 226.
    Sekian terima kasih
    =====================================================
    Makluman/Pesanan ini dihantar secara automatik kepada anda oleh
    Sistem Aduan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam. Kemukakan aduan anda ke http://aduan.mbsa.gov.my atau pun hubungi kami 
    di talian berikut 03-55105133 samb. 254, 437, 501, 285


    Komen-komen melalui facebook:-

    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.290271427706779.72716.100001717728937&type=3

    Printscreen dari facebook JMB Pusat Komersil Seksyen 7:-

    Saturday, February 4, 2012

    Cuti sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam


    MEMO PENDUDUK

    Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa                               Tarikh: 3hb Februari 2012
                            Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

    PER : CUTI SEMPENA MULIDUR RASUL DAN THAIPUSAM

    Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada 6hb (Isnin) dan 7hb Februari 2012 (Selasa) sempena Maulidur Rasul & Thaipusam dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada  8hb Februari 2012 (Rabu) seperti biasa.

    Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-
    HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-9796536
    (Maintenance ‘On Call’)
    Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB ”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.


    Sekian, terima kasih.

    Pihak Pengurusan
    JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”