Friday, October 19, 2012

Pemilik banglo runtuh bakal berdepan tindakan undang-undang

BERITA/ KERATAN AKHBAR 


2012/10/19 - 15:45:49 PM

SHAH ALAM: Pemilik banglo di Seksyen 7 di sini yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja pengubahsuaian semalam sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata pemilik banglo terbabit gagal memohon kelulusan pelan pengubahsuaian mengikut Seksyen 70(1) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974. 

"Kes ini kita akan bawa ke mahkamah kerana ada mangsa yang meninggal dunia. Di bawah peruntukan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM250,000. 

"MBSA bertindak tegas dalam hal ini kerana pemilik rumah sepatutnya mengemukakan permohonan untuk melakukan kerja pengubahsuaian yang hanya mengambil tempoh 24 jam untuk diluluskan sekiranya permohonan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan warga Indonesia, Totok Mochamd Anthony, maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh. 

Seorang daripada mangsa putus kaki kanannya sementara 10 lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang ketika kesemua 16 pekerja binaan terbabit sedang melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian dalam dan aras atas banglo dua tingkat itu. 

Mohd Jaafar berkata, banglo yang terbabit dalam kejadian runtuh itu adalah antara 26 unit banglo yang dibina dalam lima reka bentuk berlainan atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga jualan RM1.2 juta ketika diiklankan. 

Beliau berkata, proses kelulusan pelan pembinaan bangunan utama membabitkan dua kali pindaan iaitu pada 11 April 2011 dan 12 Julai 2011, dengan kedua-duanya diluluskan. 

"Semua 26 unit banglo ini juga sudah memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek yang bertanggungjawab pada 29 Disember 2011," katanya. 

Beliau berkata, daripada 26 unit itu, empat banglo sedang dalam pengubahsuaian tetapi hanya dua saja yang memperolehi kelulusan pelan pengubahsuaian sementara dua lagi termasuk banglo yang terbabit dalam runtuhan itu tidak mempunyai kelulusan. - BERNAMA


Konkrit banglo di seksyen 7, Shah Alam, diubah suai runtuh, satu maut 5 selamat


ISMADI ISMAIL
18 Oktober 2012






[DIKEMAS KINI, JAM 12 TENGAH MALAM] SHAH ALAM - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang tadi.


Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.
Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.
Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.
Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut.
Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.
Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu.
Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.
"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.
Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.
Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini.
Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.
Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.
“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.
“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui  di lokasi kejadian.



Thursday, October 18, 2012

Paip Utama SYABAS bocor di depan Blok P UG/1 & UG/3

Pihak penyelenggara bangunan melalui Encik Huzairi telah melaporkan terdapat salur utama paip pecah di dalam tanah di hadapan Restoran Khalifah & Kedai Motorsikal Wee Biker. Pihak pengurusan dengan pantas mengambil tindakan dengan menghubungi pihak Syabas talian 1800-88-5252 pada:

Tarikh : 18 Oktober 2012
Rujukan Aduan : 2194229 & 2194431

Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak Syabas atas tindakan pembaikan segera yang telah dilakukan.












Keratan Akhbar: 'Sila Serah Dokumen' oleh JMB Apartment Lestary



KUALA LUMPUR: “Kami desak supaya ahli jawatankuasa sebelum ini menyerahkan segala dokumen berkaitan termasuk membentangkan laporan kewangan kepada penduduk. 

“Jika tidak, kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana penyelewengan berjumlah lebih RM2 juta dilakukan selama ini,” kata Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Lestary, Zainol Abideen Katchee Mydin.

Sejak empat tahun lalu, katanya, lebih 540 pembeli pangsapuri berkenaan ditipu JMB sedia ada dan ia terbongkar selepas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memotong bekalan air ke kawasan perumahan itu selama dua hari bermula 18 September lalu.

Menurutnya, ia berlaku disebabkan kegagalan pengurusan itu membayar bil tertunggak sejak 2008 termasuk bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan notis sudah dikeluarkan 11 kali sepanjang tempoh itu.

“Kami pernah suarakan rasa tidak puas hati dan membantah tindakan itu dan pengerusi JMB membayar sebahagian daripada bil berkenaan.


“Tetapi, tidak lama kemudian, kami adakan mesyuarat agung luar biasa bagi mendesak jawatankuasa sedia ada meletakkan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada mereka dan ketika itu kami menemui bukti semua notis terakhir TNB masih berada dalam peti surat bermakna tiada tindakan diambil,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat agung luar biasa, semalam Zainol Abideen berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, kali terakhir mesyuarat diadakan mengikut Akta Bangunan dan Harta Bersama ialah pada 2008 dan sejak itu, tiada makluman atau ketetapan baru dibuat mengenainya.

Selain itu, lebih mengejutkan, baki terakhir akaun pengurusan tidak sampai RM40 sedangkan kutipan semasa sepatutnya berjumlah RM62,100 meliputi bayaran penyelenggaraan dan bil Syabas.

“Oleh itu, kami menuntut mereka kemukakan laporan kewangan seperti sepatutnya atau berdepan tindakan pihak berkuasa,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pudu berhubung kejadian itu.


Artikel ini disiarkan pada : 18 OKT 2012
Oleh : Yusmizal Dolah Aling 
yusmizal@hmetro.com.my








Sunday, October 14, 2012

Projek Penukaran Tangki Bocor


TARIKH SIASATAN : 14 OKTOBER 2012 
TARIKH MULA KERJA : 28 NOVEMBER 2012
TARIKH SIAP KERJA : 23 DISEMBER 2012

Laporan Projek Penukaran Tangki


Berdasarkan dari keputusan Minit Mensyuarat AJK BIL. (06) 2012/2013 pada 14 Oktober 2012, sebanyak 17 buah tangki yang telah mendapat persetujuan dari pemilik unit / rumah untuk menukar tangki lama yang telah bocor sebelum ini kepada tangki baru termasuklah mengukuhkan lagi base atau tapak tangki yang asal. 

Disertakan juga senarai unit-unit yang telah bersetuju untuk kerja-kerja di atas.


No
No. Unit
Blok
Nama Pemilik
Tarikh Siap
1
AA2/12B
D
NURBAYA BT MOHD ARIS
23 Dis 2012
2
Y3/9B
F
MOHAMAD IKHSAN SELAMAT
23 Dis 2012
3
Y1/13A
F
NASYAIRI BIN MAT NASIR
23 Dis 2012
4
Y3/45A
G
ROHAIDI BIN OMAR
23 Dis 2012
5
YG/49
G
KS WONG PROPERTIES SDN. BHD.
23 Dis 2012
6
Y1/26B
H
MOHAMED ZAHRI BIN MANAF
23 Dis 2012
7
X2/19A
J
IDRIS BIN SHAHUDDIN
23 Dis 2012
8
X1/21A
J
AZIZAH BT MOHAMMAD
23 Dis 2012
9
X2/2B
K
MOHD HANAFI BIN JUNOH
22 Dis 2012
10
X2/14B
K
MONA BT MUSTAFA
22 Dis 2012
11
X2/26A
K
AZAHIR BIN ABDUL ADZIS
23 Dis 2012
12
V2/24A
M
MAZLAN BIN MARKON
22 Dis 2012
13
V4/26B
N
ROSZAHARAH BT ABDUL KARIM
22 Dis 2012
14
V3/36B
N
ADIAH BT MOHD
22 Dis 2012
15
U2/1A
P
FAUZIAH BT NOORDIN
22 Dis 2012
16
U2/3B
P
EDISHAM BIN MOHD SUKOR
22 Dis 2012
17
U3/23B
P
NORZATON AINI MOHD KASSIM
22 Dis 2012

Kerja-kerja mengangkat tangki, meletakkkan tapak dan juga pemasangan paip mula dijalankan pada 28 November 2012. Kerja-kerja tersebut dijalankan selepas waktu bekerja. Jadual kerja adalah seperti berikut:-

·       Isnin hingga Jumaat       - 6.00 pm hingga 8.00pm
·       Sabtu                             - 2.00pm hingga 6.00 pm
·       Ahad                              - 10.00 am hingga 6.00 pm

Proses penukaran tangki ini telah selesai sepenuhnya pada 23 Disember 2012. Berikut dilampirkan gambar-gambar untuk rujukan pihak tuan/puan.

LAMPIRAN

Persiapan barang-barang







1.  Barangan diasingkan secukupnya bagi memudahkan kerja mengangkat barangan ke tangki.

Kerja-kerja mengangkat tangki ke blok-blok








1.   Tangki dan base ditempatkan di bawah Blok sebelum dinaikkan ke bumbung

Kerja-kerja menyusun dan meletakkan tangki, base/ tapak tangki baru


1.    Kedudukan tangki asal yang telah bocor. Hanya diletakkan di atas kayu tanpa plywood untuk menyokong kedudukan tangki.




1.    Base / Tapak tangki yang asal digunakan semula dan dikemaskan susunannya. Tambahan 6 batang kayu bersaiz 2” x 4” x 5’ yang baru beserta plywood setebal 10mm untuk mengukuhkan lagi kedudukan tangki.





1.    Kedudukan tangki baru yang berisipadu 200gallon beserta base yang diperkukuhakn dengan plywood dan kayu yang baru.

Kerja-kerja penyambungan paip












1.    Sebahagian kerja-kerja penukaran tangki dan pemasangan paip telah siap dijalankan.







STATUS : SELESAI