Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA =)
Beberapa
 hari Allah menduga dengan kepanasan, ditambah dengan persekitaraan 
jerebu yang berbahaya. Langit tidak selalu cerah, Alhamdulillah selepas 7
 hari berpanasan akhirnya turun juga titisan-titisan hujan. Bumi kembali
 disirami, hati terus saja memanjatkan rasa syukur. Adat insan, apabila 
tidak memperoleh sesuatu pasti banyak saja keluhan serta rungutan. 
Tetapi lupa ketika dalam keselesaan, makin jauh makin tersimpang.
Cuaca
 yang panas mengajar sebuah erti kesyukuran, erti sebuah kenikmatan. 
Yang kadang2 dipandang biasa-biasa. Yang kadang2 dipandang sepi. Kembali
 rasa di hati, moga2 menjadi insan yang sentiasa bersyukur dalam apa jua
 keselesaan dan kesusahan =) 
Siti Aisyah berkata kepada nabi, “Ya Rasulullah, kenapalah sampai  kamu teruk-teruk beribadah hingga bengkak kaki, sembahyang lama-lama,  menangis lama-lama, tidakkah Allah telah ampunkan dosa kamu dahulu dan  kemudian?”. Nabi menjawab “Kalau demikian adanya mengapa aku tidak menjadi hamba yang bersyukur”.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu,
 kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis 
buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57) 
 http://www.mohamadazhan.com/2011/05/hujan-mengajar-erti-syukur.html
 
No comments:
Post a Comment