Thursday, October 17, 2013

Penghantaran Jubin/ tiles kawasan tangga oleh pihak SEACERA Ceramics Sdn Bhd

Berikutan cadangan yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Agung ke 5 yang telah diadakan pada 11 Mei 2013, setelah mendapat mandat secara majoriti penduduk yang hadir, maka pihak Pengurusan JMB telah menjalankan projek pemasangan jubin tiles pada kawasan tangga seperti yang telah diamanahkan. 

Penghantaran pertama oleh pihak Seacera Ceramis Sdn Bhd (SCSB) telah dilakukan pada 17 Oktober 2013 dan ianya dilakukan secara berperingkat. Berikut adalah gambar sebagai rujukan anda..





Pihak Pengurusan JMB telah mengupah 3 orang pekerja indonesia untuk memunggah dan menyusun kemasukkan jubin-jubin tersebut dari luar ke dalam stor simpanan.