Pages

Thursday, January 30, 2014

PENGURUSAN DITUTUP SEMENTARA SEMPENA CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

MEMO PENDUDUK


Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : PENGURUSAN DITUTUP SEMENTARA
SEMPENA CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 31 Januari 2014 (Jumaat) & 1 Februari 2014 (Sabtu) Sempena Perayaan Tahun Baru Cina dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 3 Februari 2014 (Isnin) seperti biasa.

Sehubungan dengan cuti perayaan ini, sekiranya anda pulang bercuti, diminta untuk memastikan perkara-perkara berikut;-
  1. SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
  2. SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
  3. SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA; DAN
  4. PERINGATAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti perayaan anda boleh menghubungi:-
HOTLINE ‘ON CALL’
012-979 6536

DIKESEMPATAN INI KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2014 & SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA KHASNYA KEPADA WARGA PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, 
SHAH ALAM 

Sunday, January 19, 2014

AKTIVITI PEMBERSIHAN AIRWELL DILAKUKAN OLEH AJK BERTUGAS

Aktiviti part time pembersihan airwell dijalankan pada 19 Januari 2014 yg pertama dilakukan oleh AJK sendiri setelah mendapat kata putus melalui mesyuarat AJK yang lalu. Mereka dipertanggungjawabkan dan amanat demi menjaga kebersihan dan keharmonian penduduk dalam membenteras wabak denggi.

Terima kasih diucapkan kepada EN Tahir, En Syamaizar dan En Rahmat yang begitu komited menjalankan amanat yang diberi.

Terima kasih juga diucapkan kepada pada penghuni blok D tingkat satu yg memberi kerjasama, memberi laluan masuk ke Airwell (melalui rumah mereka) untuk kakitangan AJK membuat pembersihan tersebut.







komen positif yang diterima.. terima kasih diucapkan

Gambar ihsan dari Facebook En Tahir Bin Saleng



Thursday, January 16, 2014

CUTI SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM 2014

MEMO PENDUDUK

Kepada :  Semua Penduduk/ Penyewa Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam


PER : CUTI SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM 2014

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada 17hb Januari 2014 (Jumaat) sempena Hari Perayaan Thaipusam dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada
18hb Januari 2014 (Sabtu) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada warga Hindu khasnya dan Selamat Bercuti kepada semua...

“Jagalah keselamatan diri dan harta benda anda sepanjang perayaan ini.”

Sekian, selamat bercuti.

Pihak Pengurusan

JMB "PK SEK:7 COMMITTEE”

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor

Pihak Penyelenggara bertugas untuk Blok L, N  dan Q iaitu En Huzairi bin Rosli telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter Syabas.



Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada 13 Januari 2014 waktu 10:30 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit V3/1-A (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 142766938

2. Meter Syabas unit V1/44-B (Blok N)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 142766931

3. Meter Syabas unit V2/38-A (Blok N)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 142766935

4. Meter Syabas unit U3/49-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 142766925

Melalui Operator/ Receptionist Syabas En Izwan, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam.  

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

BANJIR KILAT 15 JANUARI 2014: KAWASAN TERLIBAT SURAU, PARKING KERETA DI HADAPAN PASARAYA GIANT

Banjir kilat beserta hujan lebat pada kali ini (15/01/2014) jam 7 petang adalah yg terburuk dari kejadian banjir sebelum-sebelum ini. 

Ribuan terima kasih kepada Y.B. Hj. Khalid bin Abdul Samad selaku Ahli Parlimen Shah Alam dan petugas2 dari dewan pemuda PAS Shah Alam, Y.B Tuan Dr. Hj. Yaakob bin Sapari selaku Adun Kota Anggerik bersama para petugas MBSA bertindak pantas membantu dalam menyumbangkan tenaga serta ahli2 kariah surau dan Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7 kerana membantu membersihkan surau As-Siddiq sehingga boleh digunakan utk solat subuh.

Terima kasih juga diucapkan kepada Restauran Barra yang sudi menaja minuman para petugas. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha anda semua..



















Gambar ihsan dari facebook En Tahir bin Saleng

Wednesday, January 15, 2014

ADUAN KEPADA MBSA - ANJING LIAR BERKELIARAN

Hasil pemerhatian kami mendapati beberapa ekor anjing liar berkeliaran disekitar Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam. Aduan secara online telah dibuat dan berharap agar pihak MBSA dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


Pihak penduduk sekitar Shah Alam terutamanya penduduk Pusat Komersil Seksyen seksyen 7 boleh membuat aduan terus ke http://aduan.mbsa.gov.my/ untuk sebarang aduan.

STATUS TERKINI: MASIH DALAM SIASATAN


RESPON TERKINI OLEH MBSA : 19 MAC 2014




Sekian.

ADUAN KEPADA MBSA - JALAN ROSAK DAN BERLUBANG MENGANCAM KESELAMATAN PENDUDUK DAN PELAWAT

Hasil pemerhatian pihak pengurusan JMB pada 15 Januari 2014, 11:00pagi mendapati bahawa beberapa kawasan jalan sekitar Pusat Komersil Seksyen 7 didapati berlubang dan rosak dan keadaan ini mengundang kemalangan dan justeru itu kami telahpun membuat aduan kepada pihak MBSA agar mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beberapa kawasan yang terlibat adalah:- 



Gambar diambil dilorong antara blok G dan blok F




Gambar diambil dilorong antara blok G dan blok F

Keadaan yang sama turut berlaku disepanjang jalan berhadapan blok M dan bersebelahan Pasaraya Giant







Aduan online 

Pihak penduduk sekitar Shah Alam terutamanya penduduk Pusat Komersil Seksyen seksyen 7 boleh membuat aduan terus ke http://aduan.mbsa.gov.my/ untuk sebarang aduan.

Sekian.

ADUAN KEPADA MBSA - SISA BANGUNAN DI BELAKANG KEDAI MASIH BELUM DIBERSIHKAN

PEMBERITAHUAN/ PENGUMUMAN/ MAKLUMAN

Hasil pemeriksan En Junaide bin Abdul Salam selaku ketua pihak penyelenggaraan pada 13 Januari 2014, mendapat bahawa beberapa kawasan dibelakang kedai masih tidak dibersihkan oleh pihak MBSA semenjak tindakan mereka meruntuhkan struktur binaan yang tidak mendapat kelulusan MBSA. Sila rujuk link --> ini untuk makluman.





Aduan online juga telah dibuat 



Pihak penduduk sekitar Shah Alam terutamanya penduduk Pusat Komersil Seksyen seksyen 7 boleh membuat aduan terus ke http://aduan.mbsa.gov.my/ untuk sebarang aduan.

Sekian.


Monday, January 13, 2014

14 JANUARI 2014 CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL 1435H


MEMO PENDUDUK

Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa  Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL 1435H

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 14hb Januari 2014 (selasa) Sempena Maulidur Rasul 2014 dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 15hb Januari 2014 (rabu) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti ini anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’: 
012-979 6536


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MAULIDUR RASUL 2014 
DARIPADA KAMI
PIHAK PENGURUSAN
JMB PUSAT KOMERSIL

Wednesday, January 8, 2014

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/2-B BLOK K

PEMBERITAHUAN/ PEMGUMUMAN

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT X1/2-B BLOK K

Unit rumah yang terlibat:

X1/2-B
X2/2-B
DAN
X3/2-B


Tarikh : 28 Disember 2013

LAPORAN ADUAN SALURAN KUMBAHAN DI UNIT X1/2-B BLOK K TERSUMBAT

Pada 23 Disember 2013, pihak pengurusan telah mendapat aduan dari penghuni unit X1/2-B iaitu En Mohd Zul berkenaan saluran bilik air utama dan kawasan yard tersumbat. 




Air kumbahan (air najis) telah melimpah keluar dan mengakibatkan kawasan ruang tamu, dapur dan kawasan yard terjejas (gambar diatas)

Pada hari yang sama, pihak pengurusan telah mengeluarkan notis larangan penggunaan air di kawasan di atas untuk unit X2/2-B, X3/2-B dan X4/2-B untuk sementara waktu sementara pihak pengurusan berusaha untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan menservis saluran kumbahan utama tersebut.

Pada 24 Disember 2013, pihak pengurusan telah membuat pemeriksaan dan pembersihan kawasan lubang mainhole dan mendapati saluran tersebut telah tersumbat. Cubaan pihak pengurusan telah gagal menyelesaikan masalah tersebut walaupun telah beberapa kali mencuba. Pada hari yang sama, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk memanggil kontraktor luar supaya masalah ini dapat di atasi dengan cepat.

Pada 27 Disember 2013, pihak kontraktor yang bertauliah telah datang untuk menjalankan kerja-kerja servis lubang salur utama yang tersumbat dan telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Sila rujuk lampiran gambar di bawah sebagai rujukan anda.






Sisa bendaasing dan gumbalan lemak yang telah mengeras


Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. 

Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum..

Laporan disediakan oleh penyelenggara bertugas: Encik Muhammad Huzairi bin Rosli dan telah dikemaskinikan oleh Pentadbiran iaitu En Shamsul.

STATUS: SELESAI..