Pages

Wednesday, December 3, 2014

ADUAN KEPADA TELEKOM MENGENAI WAYAR KABEL TIDAK DIKEMAS OLEH KONTRAKTOR TM

Hasil pemeriksaan pihak penyelenggara bangunan dengan kerjasama AJK JMB iaitu En Tahir Bin Saleng telah bersama dalam pemeriksaan tersebut mendapati hampir keseluruhan blok wayar/ kabel Telekom tidak diuruskan dengan baik oleh pihak kontraktor telekom yang hadir untuk membuat pemasangan telefon dan internet.

Aduan mengenai perkara tersebut telah dibuat dan tindakan oleh pihak TELEKOM yang hadir pada 3 Disember 2014 telah berjaya mengemaskinikan dan menyusun kembali wayar tersebut dan dimasukkan kedalam peti wayar yang sedia ada. Terima kasih pihak TELEKOM kerana memandang serius perkara tersebut. Diharap agar pada masa hadapan perkara tersebut tidak berulang lagi.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.





No comments:

Post a Comment