Saturday, September 20, 2014

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B (KALI KE DUA)

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B

Unit-unit rumah yang terlibat: AC1/9-B, AC2/9-B, AC3/9-B dan AC4/9-B)

Lokasi: atas unit kedai Cermin (ACG/9)

26/08/2014 - Aduan dari orang ramai dan pihak pembersihan bangunan mendapati air berbau kumbahan mengalir di kawasan tangga. pemilik unit AC1/9-B blok B iaitu Nik Ahmad Faris Bin Nik Ahmad dihubungi kerana pihak kami mendapati unit tersebut tidak berpenghuni. Pemilik telah dimaklumkan bahawa ianya bukan tanggungan pihak pengurusan dan pihak kami hanya membantu dalam menguruskan kontraktor dimana caj perkhidmatan akan dibayar oleh penghuni yang terlibat. 

06/09/2014 - Pemeriksaan oleh pihak maintenance (En Ikhman & En Huzairi)  melakukan siasatan dari dalam kedai ACG/9 dan rumah AC1/9-B mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik di kawasan dapur hingga lantai ruang tamu rumah tersebut. Pihak penyelenggara mencadangkan memanggil kontraktor yang bertauliah agar kerja-kerja dapat dijalankan dengan segera. Sila rujuk gambar dibawah. 









 10/09/2014 - Kontraktor hadir untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.

















Kerja-kerja telah berjaya diselesaikan oleh kontraktor mengambil masa selama hampir  3 jam. 



Pihak kami mendapati masalah berpunca daripada pihak penduduk/ pemilik rumah yang tidak mengasingkan rambut yang terkumpul dibahagian floor trap tandas hingga menyebabkan gumpalan rambut telah bercampur dengan bendaasing hingga tersumbat.


Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum...

Monday, September 15, 2014

16 SEPTEMBER 2014 CUTI UMUM SEMPENA HARI 1 MALAYSIA

PEMBERITAHUAN


PER : CUTI 1 MALAYSIA

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada 16hb September 2014 (Selasa) sempena Hari 1 Malaysia dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 17hb September 2014 (Rabu) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.

Semoga keharmonian, kesejahteraan dan perpaduan yang terjalin dapat dikekalkan demi Malaysia tercinta. Selamt Hari Malaysia..

Ikhlas dari kami,
Pihak Pengurusan

JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”

Saturday, September 6, 2014

MASALAH KEKOTORAN TANGGA AKIBAT PAIP BOCOR DI AIRWELL BLOK G BERHAMPIRAN RESTORAN NASI LEMAK CINTA SAYANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, pihak pengurusan telah menerima aduan pada 3hb September 2014 dari Puan Faridah selaku salah seorang pihak pemilik rumah di blok G.

Beliau mengadu bahawa tangga naik ke unit rumah beliau terdapat kekotoran yang sangat ketara pada jubin tangga. Gambar dilampirkan sebagai rujukan.



Beberapa kawasan tangga yang sama hingga ke tingkat atas juga kelihatan tidak bersapu 




Ditambah pula dengan masalah barangan terbuang diletakkan di sekitar tangga menyukarkan kerja-kerja pembersihan. 




Pihak pemilik barangan terbuang tersebut telah dimaklumkan agar tidak membiarkan barangan tersebut di kaki lima. Ianya turut menganggu laluan penghuni melalui kawasan tersebut. Kami berharap agar semua penghuni dapat bekerjasama dan perihatin tentang perkara tersebut.

Pihak pembersihan segera dipanggil bagi menyelesaikan masalah tangga kotor. Berikutan kesan kekotoran tersebut agak kritikal pihak pembersihan telah menggunakan cecair khas (asid) bagi menanggalkan kesan tersebut.



GAMBAR SEBELUM


GAMBAR SELEPAS PEMBERSIHAN 


Sebelum itu, pihak pentadbiran dengan kerjasama pihak penyelenggara telah membuat temujanji bersama pemilik rumah Y1/49-B  pada 4 September 2014 4:30 petang agar membenarkan pihak penyelenggara melakukan kerja-kerja pemasangan paip di kawasan airwell. 

Pihak penyeenggara yang diketuai oleh Encik Ekhman selaku ketua Penyelenggara telah bersiap sedia menyediakan barangan yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kebocoran sebenarnya adalah berpunca dari kebocoran saluran paip dari tangki ke rumah pemilik Y1/49-A. 





 Untuk makluman semua, kawasan airwell hanya boleh dimasuki melalui rumah tersebut kerana rekabentuk bangunan menempatkan kawasan airwell di bahagian sebelah dapur pemilik menyukarkan kerja-kerja pembaikan dilakukan setiapkali berlaku masalah yang sama pihak pengurusan perlu membuat temujanji.

Alhamdulillah pemilik tersebut sangat membantu dalam memberi kerjasama dan faham akan kerja-kerja rutin pihak penyelenggara bangunan. 

Kerja-kerja dimulakan dengan menutup pili air pada meter syabas bagi memberhentikan punca air memudahkan kerja-kerja dilakukan.

Pembantu penyelenggara iaitu Encik Izat telah bersiap sedia di kawasan dalam bumbung tempat letaknya tangki air dan kerja pemyambungan paip segera dilakukan.





Paip yang telah di sambung diletakkan selari bersama paip yang lain. 


Gambar di ambil dari atas bumbung - paip yang telah berjaya disambung 


Keadaan paip sambungan ke bahagian tangki yang akan disambung


Encik Ekhman akan membuat kerja-kerja penyambungan di dalam kawasan airwell. Lihatlah kesukaran pihak penyelnggara bangunan dalam menyelesaikan masalah kebocoran pihak penghuni. Mujur pihak pemilik rumah menyediakan grill yang berpintu (boleh ditutup dan dibuka). Ada juga pemilik yang membuat grill mati (tidak boleh dibuka) di tingkat satu diharap dapat mengubahnya dengan grill yang berpintu dan boleh dibuka. Memudahkan kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh penyelenggara bangunan. 




Gambar kedudukan paip di airwell di ambil dari bawah


Encik Ekhman segera membuat kerja-kerja penyambungan (by pass) 



Alhamdulillah.. kerja-kerja telah berjaya diselesaikan. Di kesempatan ini kami mengucapkan terima kasih kepada pemilik Y1/49-B kerana memberi kebenaran pihak penyelenggara memasuki rumah beliau dalam menjalankan kerja-kerja pembaikan tersebut dan juga Puan Faridah kerana perihatin memaklumkan mengenai kebersihan kawasan tangga beliau.

Kerjasama semua penghuni amat kami perlukan dalam memberi makluman dan aduan mengenai masalah sekitar Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

-selesai-