Wednesday, January 28, 2015

PKD PETALING MELETAKKAN PERANGKAP NYAMUK DI SETIAP BLOK

PKD Daerah Petaling telah meletakkan perangkap nyamuk disetiap blok bangunan (area meter paip air dan diatas peti penal lampu) untuk membuat kajian selama seminggu.

Diharap smua penduduk ambil perhatian dan memberi kerjasama agar perangkap itu tidak terganggu atau diambil sehingga pihak PKD sendiri yg mengambilnya.





Saturday, January 17, 2015

Gambar-gambar sepanjang aktiviti Advokasi denggi Anjuran NR Uitm

Gambar-gambar sepanjang aktiviti Advokasi denggi bersama Non Resident (NR) UiTM, PKD Petaling, JMB dan Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7 (PKS7) Januari 2015 dijalankan


Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan Jutaan terima kasih kepada semua diatas kerjasama ini....








PROGRAM ADVOKASI DENGGI 17 JANUARI 2015 WAKTU 2PM


Mohon Perhatian!.....

kepada semua warga penduduk Pusat Komersil Seksyen 7. kawasan kita adalah HOTSPOT denggi yg terlalu tinggi dan telah ada kes kematian berlaku...
Oleh itu pihak NR UiTM bersama Jmb Pusat Komersil dan Persatuan Penduduk Pusat Komersil seksyen 7 akan mengadakan advokasi denggi....
Jadi mari lah kita warga PKSS7 bersama2 berganding bahu menjayakan program ini agar dpt mencegah wabak ini drpd merebak...
Fikir2 kan lah.....

PROGRAM ADVOKASI DENGGI  
TARIKH : 17 JANUARI 2015
WAKTU : 2 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN PERSATUAN PENDUDUK (HADAPAN BLOK E); PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM




Sunday, January 11, 2015

ZIARAH MANGSA DENGGI DI Y1/21-A BLOK H BERSAMA PIHAK PKD PETALING

AJK JMB diwakili oleh En Tahir Saleng telah bersama pihak PKD Petaling yg diketuai En Hadi dan KKM melawat rmh mangsa kes kematian disebabkan oleh deman denggi di rumah sewa Blok H Pusat komersil seksyen 7. 

Rakan arwah turut menyampaikan informasi bekenaan perihal keadaan arwah sebelum dijangkiti. 

Arwah adalah pelajar Unisel dan diberitakan juga kes pertama di kawasan ini yg melibatkan kes kematian sejak 20/08/2014 sehingga setakat hari ini 12/01/2015....

Alfatihah buat mangsa smoga rohnya dicucuri rahmat..


 







Thursday, January 8, 2015

ADUAN PENGHUNI AC1/1-B DAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN SUMBAT MAINHOLE BLOK B

Aduan telah diterima dari penghuni unit rumah AC1/1-b blok B mengenai air bertakung di kawasan yard area beliau. 

Hasil siasatan kami mendapati telah berlaku sumbatan di bahagian belakang kedai dan kerja kerja pembaikan dilakukan segera dan masalah telah berjaya diatasi.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan








Wednesday, January 7, 2015

PEMBAIKAN BUMBUNG BANGUNAN

Kerja pembaikan dijalankan berikutan terdapat aduan dari pemilik tingkat teratas mengenai kebocoran rumah mereka dan pihak penyelenggara telah membuat siatan dan mendapati terdapat beberapa atap bumbung telah mengalami masalah.  

Kerja-kerja membaiki, menampal simen dan menyusun kembali jubin atap tersebut dilakukan pada 7 dan 14 Januari 2015.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.






Friday, January 2, 2015

CUTI 3 JANUARI 2015 SEMPENA MAULIDUR RASUL

MEMO PENDUDUK

Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 3hb Januari 2015 (sabtu) Maulidur Rasul dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 5hb Januari 2015 (isnin) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti ini anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’: 012-979 6536

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107) “Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka.
Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. (al-Quran s. Ali Imran: 159)

Ikhlas dr kami
Badan Pengurusan Bersama
Jmbpksek7committee
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam