Tuesday, August 30, 2016

CUTI SEMPENA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN YANG KE 59 (TAHUN 2016)




Tema dan gambar logo Hari Kebangsaan 2016 Malaysia

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2016 turut sama menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa masih dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia untuk tahun 2016. 

Dalam satu kenyataan media, Kabinet telah bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti tahun lalu ‘Sehati, Sejiwa’ kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Sementara, Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan. 

Dalam pada itu, antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016 #sehatisejiwa 

SehatiSejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun lalu (2015) sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun. 

GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN 2016 MALAYSIA


RASIONAL ATAU KETERANGAN LOGO MERDEKA 2016



LAGU TEMA HARI KEBANGSAAN / KEMERDEKAAN 2016



Pautan Sumber Asal » http://www.mysumber.com/tema-dan-gambar-logo-hari-kebangsaan-2015-malaysia.html

Friday, August 12, 2016

NOTIS PEMBERITAHUAN SEMBURAN 'FOGGING' BLOK A HINGGA BLOK J


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..

Makluman dari Tuan Saiful, Pegawai Kesihatan MBSA, memaklumkan bahawa info terkini terdapat 2 kes diterima kurang dari 14 hari di blok L dan blok B.
Oleh yang demikian pasukan kawalan denggi akan membuat pemeriksaan di blok K, L dan B.


Pihak pengurusan JMB berharap agar anda semua terutamanya pemilik/penyewa/penghuni dan penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dapat memberi keizinan dan kebenaran kepada kakitangan kesihatan MBSA dan kakitangan JMB memasuki rumah/ kedai anda bagi tujuan membuat pemeriksaan, membubuh abate dan melakukan semburan (fogging di airwell).



Notis dilampirkan sebagai rujukan pihak anda semua..



Kerjasama pihak anda semua dalam membenteras Demam Denggi amat kami hargai..

Terima kasih..