Pages

PENGENALAN

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera..


 LOGO RASMI 
BADAN PENGURUSAN BERSAMA
JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE"

Tujuan utama blog komuniti ini diwujudkan oleh Pihak Pengurusan adalah kerana merasakan blog adalah satu medium atau wadah terbaik untuk menyalurkan maklumat dan berkongsi informasi berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam kepada semua ahli-ahli komuniti PKS7.

Untuk makluman, Badan Pengurusan Bersama JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" telah berjaya didaftarkan pada 7hb Mei 2008 dan bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan kawasan awam dan harta hakgunasama (Common Area & Common Property) -unit rumah dan kedai sebanyak 14 blok- D, E, F, G, H, J, K, L, M, N, P dan Q dan kemasukkan blok A dan B di bawah pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" mulai Januari 2013 iaitu penyerahan secara rasmi oleh PCM Bina Sdn Bhd yang diluluskan oleh pihak MBSA. Kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam ini diuruskan sendiri oleh pemilik tanpa menggunakan khidmat 'agen pengurusan'. 

Pelaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] bertujuan bagi memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan semua jenis bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata bermula dari peringkat penyerahan milikan kosong (Vacant Possession-VP) oleh pemaju sehinggalah ke peringkat selepas Perbadanan Pengurusan (MC) diwujudkan. Akta 663 ini telah diwartakan di peringkat Persekutuan pada 13 Februari 2007 dan mula berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 12 April 2007 setelah mendapat persetujuan daripada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui persetujuan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-57 yang telah diadakan pada 23 Mac 2007.

Penguatkuasaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) menggantikkan Akta 663 yang tealah digunapakai sejak 2009 akhirnya setelah hampir 2 tahun menunggu, akta baru ini tealah mula dikuatkuasakan pada 1. 6. 2015. Semua negeri kecuali Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan akan mula menggunapakai akta yang komprehensif ini.
Bermakna dengan rasminya akta harta bersama (pengurusan dan penyenggaraan) 2007 atau Akta 663 akan dimansuhkan.
Antara penambahbaikan akta adalah penubuhan tribunal pengurusan strata, penubuhan sub-mc, kawalan kutipan caj yang lebih ketat, perlantikan ejen pengurusan dan kadar penalti yang tinggi serta keseragaman peraturan.
Selamat menuju era baru dalam pengurusan strata. Bagi WP, dan Penang diharap dapat selesaikan isu tertuggak dan umumkan tarikh penguatkuasaan secepat mungkin.
Admin berharap dengan adanya AKTA 757 ini, akan memberi kebaikan untuk semua pihak yang terlibat dala pengurusa strata. Diharap pihak pemaju dapat memproses "submission" Strata Title Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam ini secepat mungkin.

Sehubungan dengan itu, Pihak Pengurusan berharap dengan adanya blog komuniti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Pihak Pengurusan dengan penduduk dan pemilik kediaman/ premis di PKS7. Insya-Allah, dari masa ke semasa blog komuniti ini akan dikemaskini untuk memberi informasi dan maklumat berguna kepada semua komuniti PKS7.

Matlamat badan ini ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan, ianya lebih kepada memberi perkhidmatan pengurusan yang terbaik kepada penduduk dan memaklumkan betapa pentingnya pembayaran yuran bagi kerja-kerja penyelenggara bangunan & kawasan Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Di sini dilampirkan sijil perakuan bernombor siri 0015 yang telah dikeluarkan oleh pihak MBSA sebagai rujukan pihak tuan/puan.



Kerjasama dan sokongan dari anda amatlah kami hargai. 

“MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA”

Sekian, terima kasih.