Pages

Wednesday, December 31, 2014

CUTI SEMPENA TAHUN BARU 2015

MEMO PENDUDUK

Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa  Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam                                         

PER : CUTI SEMPENA TAHUN BARU 2015

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 1hb Januari 2015 (khamis) Sempena Tahun Baru 2015 dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 2hb Januari 2015 (jumaat) seperti biasa.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti ini anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’: 012-979 6536

hari berganti bulan berganti tahun pun berganti tahun baru harapan baru tetap semangat masa lalu adalah kenangan hari ini adalah goresan hari esok adalah harapan selamat tahun baru 2015 selamat tinggal kenangan selamat datang harapan…” 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015 
DARIPADA KAMI
PIHAK PENGURUSAN
JMB PUSAT KOMERSIL



 


Friday, December 19, 2014

ADUAN TERHADAP RESTORAN YG/5

Pihak Pengurusan telah menerima satu aduan dari salah seorang jawatankuasa kami mengenai Restoran yang meletakkan barangan seperti tidak terurus di kawasan belakang restoran.

Wakil restoran telah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.






Wednesday, December 17, 2014

KERJA MEMASANG LAMPU DI DALAM BUMBUNG BANGUNAN

Kerja memasang lampu di dalam bumbung bangunan dilakukan berikutan keadaan di dalam bumbung tersebut amat gelap dan menyukarkan pihak penyelenggara membuat pembaikan.

Ianya dilakukan secara berperingkat ke atas semua blok. Lampiran gambar sebagai rujukan.







Monday, December 15, 2014

MENUKAR LAMPU ROSAK DI ATAS PETI SURAT

Kerja Menukar Lampu Rosak Di Atas Peti Surat dijalankan secara berperingkat di semua blok.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.
 










Wednesday, December 10, 2014

CUTI 11 DISEMBER 2014 SEMPENA ULANGTAHUN KEPUTERAAN YANG KE-69 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

MEMO PENDUDUK

Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam


SEMBAH TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT SEMPENA HARIULANG TAHUN KEPUTERAAN YANG KE-69 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR 
PADA 11 DISEMBER 2014

PER : CUTI SEMPENA HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M SULTAN SELANGOR

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada 11hb Disember 2014 (Khamis) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada  13hb Disember 2014 (Jumaat) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.

DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU….

Sekian, harap maklum.

Pihak Pengurusan

JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”

Tuesday, December 9, 2014

KERJA MEMBAIKPULIH ATAP BUMBUNG & SALURAN PAIP (REBUNG)

Kerja-kerja membaikpulih atap bumbung dijalankan secara berperingkat mulai 9 Disember 2014. Dilampirkan gambar sebagai rujukan.





Wednesday, December 3, 2014

ADUAN KEPADA TELEKOM MENGENAI WAYAR KABEL TIDAK DIKEMAS OLEH KONTRAKTOR TM

Hasil pemeriksaan pihak penyelenggara bangunan dengan kerjasama AJK JMB iaitu En Tahir Bin Saleng telah bersama dalam pemeriksaan tersebut mendapati hampir keseluruhan blok wayar/ kabel Telekom tidak diuruskan dengan baik oleh pihak kontraktor telekom yang hadir untuk membuat pemasangan telefon dan internet.

Aduan mengenai perkara tersebut telah dibuat dan tindakan oleh pihak TELEKOM yang hadir pada 3 Disember 2014 telah berjaya mengemaskinikan dan menyusun kembali wayar tersebut dan dimasukkan kedalam peti wayar yang sedia ada. Terima kasih pihak TELEKOM kerana memandang serius perkara tersebut. Diharap agar pada masa hadapan perkara tersebut tidak berulang lagi.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.





Tuesday, December 2, 2014

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LUBANG LONGKANG (MAINHOLE) DI DALAM RESTORAN OMBAK UNIT KEDAI VG/50 BLOK N

Perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dimaklumkan bahawa Pihak pengurusan telah mendapat aduan dari pemilik restoran iaitu Encik Nasarudin pada 19 November 2014. 

Pihak penyelenggara telah menjalankan siasatan pada 22 November 2014 dan mendapati kawasan yang dinyatakan dipenuhi lemak tepu dan cecair yang keluar melalui celahan penutup lubang membawa keluar bersama bau yang kurang menyenangkan.

En Tahir Bin Saleng selaku AJK berportfolio penyelenggara turut hadir untuk melihat sendiri masalah tersebut.


Kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pihak penyelenggara 22 November 2014 waktu 10 pagi. Tetapi malangnya sumbatan tidak berjaya ditangani. Sila rujuk gambar dibawah.





Pihak penyelenggara mencadangkan agar pihak pengurusan menghubungi kontraktor yang bertauliah agar melakukan kerja tersebut. Pihak pengurusan melalui En Sham telah mendapat persetujuan  En Tahir Bin Saleng selaku AJK berportfolio penyelenggara agar menghubungi kontraktor yang kebiasaannya membuat kerja-kerja sumbatan longkang.

En Sham telah menghubungi pihak kontraktor dan mereka telah hadir pada 26 November 2014 bagi melakukan kerja-kerja tersebut. Pihak restoran turut dimaklumkan mengenai kerja tersebut.

Kerja-kerja mula dilakukan pada 26 November 2014 waktu 2:30 petang dan Alhamdulillah masalah telah berjaya ditangani. Sila rujuk gambar dibawah.








Selesai...

Thursday, November 20, 2014

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH BUMBUNG BANGUNAN

Perkhidmatan kontraktor telah diambil bagi melakukan kerja membaik pulih bumbung bangunan yang kelihatan beberapa keping telah tercabut, pecah dan ada susunan kepingan tersebut telah melurut berkemungkinan akibat dari cuaca dan bencana alam.

kerja-kerja dilakukan pada 20 & 25 November 2014. Kerja tersebut berjaya diselesaikan.





Wednesday, November 19, 2014

AKTIVITI MEMBUANG IKLAN/STIKER HARAM DAN KERJA MENGECAT

Kerja dijalankan secara berjadual dan berperingkat terhadap semua blok mulai 6 Disember 2014. Kesan dari iklan tersebut telah mengotori dinding-dinding bangunan dan kerja mengecat terus dijalankan. Dilampirkan gambar sebagai rujukan.













AKTIVITI MENANGGAL STIKER HARAM

Kerja menanggalkan iklan haram di sekitar blok dijalankan secara berperingkat. Ianya juga telah menjadi kerja rutin dan kerjasama pihak pekerja pembersihan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan




Monday, November 10, 2014

KERJA MENGETATKAN PAIP PADA METER (SELEPAS METER) SYABAS

Pemeriksaan rutin pihak penyelenggara disekitar kawasan mendapati beberapa paip selepas meter syabas telah mengalami kebocoran. Tindakan segera membaiki diambil kerana dikhuatiri pemilik akan menanggung bil air yang tinggi akibat kebocoran ini.

Gambar dilampirkan sebagai rujukan.