MESYUARAT MAJLIS KERJA
BADAN PENGURUSAN BERSAMA
“PK SEK: 7 COMMITTEE 2009/2010
1. MUKADIMAH
Badan Pengurusan Bersama “PK Sek: 7 Committee” adalah sebuah badan yang ditubuhkan dibawah Akta 663 (Pengurusan & Penyelenggaraan Harta Bersama). Badan ini secara rasminya ditubuh pada 7 Mei 2008 dan dipengerusikan oleh Dato’ Haji Abdul Hanif iaitu wakil dari Pihak Pemaju PCM Bina Sdn Bhd.
Sepanjang tempoh tersebut, pengurusan penyelenggaraan dijalankan oleh agen yang dilantik oleh pihak pemaju iaitu PSD MANAGEMENT SERVICES SDN BHD. Pada mesyuarat 17 Januari 2009, En. Hj Shahrir Bin Shahodin telah dilantik sebagai pengerusi baru menggantikan Dato’ Haji Abdul Hanif. Oleh kerana dipihak PSD MANAGEMENT SERVISES SDN BHD terdapat masalah kelemahan dari segi pengurusan maka pada 18 Januari 2009, JMB telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengambil alih pengurusan penyelenggaraan. Pada 1 Februari 2009 JMB secara rasminya mengambil alih urusan penyelenggaraan di pusat komersil seksyen 7. Pada 25 Julai 2009 Mesyuarat Agung Pertama telah diadakan dan satu j/kuasa baru yang dipengerusi oleh En.Hj Shahrir Bin Shahodin telah dilantik .
2. PENYUSUNAN PENTADBIRAN
Mesyuarat Agung Pertama pada 25 julai 2009 lalu telah mengesahkan perlantikan A/jawatan kuasa baru untuk tahun 2009/2010
BIL | NAMA | JAWATAN |
1. | HJ SHAHRIR BIN SHAHODIN | PENGERUSI |
2. | MOHD RAZIB BIN MUSTAFA | SETIAUSAHA |
3. | HJH FARIDAH BINTI MOHAMED ALI | BENDAHARI |
4. | AZMINUDDIN BIN MOHD NAWAWI | AJK |
5. | SAHARUDDIN BIN LIN | AJK |
6. | ROSLAN BIN RAZALI | AJK |
7. | NOORHAYATI BIN MUHAMAD | AJK |
8. | NIK MOHD SANUSI BIN NIK MUSTAPHA | AJK |
9. | CHE ABD GHANI BIN CHE LAH | AJK |
10. | DATO’ HJ ABDUL HANIF & PN HALIMATON | WAKIL PEMAJU |
3. MESYUARAT MAJLIS KERJA
Sepanjang tempoh 1 Ogos 2009 hingga 17 April 2010 A/Jawatan kuasa JMB telah bermesyuarat adalah seperti berikut:-
Ahli Jawatankuasa Baru 2009/2010
Mesyuarat AJK 1 | 09/08/2009 |
Mesyuarat AJK 2 | 03/10/2009 |
Mesyuarat AJK 3 (Bersama Pihak Restoran) | 17/10/2009 |
Mesyuarat AJK 4 | 14/11/2009 |
Mesyuarat AJK 5 | 26/12/2009 |
Mesyuarat AJK 6 (Bersama Pihak Insuran) | 09/01/2010 |
Mesyuarat AJK 7 | 24/01/2010 |
Mesyuarat AJK 8 | 27/01/2010 |
Mesyuarat AJK 9 (Bersama Pihak Peguam) | 03/02/2010 |
Mesyuarat AJK 10 | 06/03/2010 |
Mesyuarat AJK 11 | 27/03/2010 |
Mesyuarat AGM ke-2 | 17/04/2010 |