Wednesday, July 30, 2014

KECURIAN KABEL DI PENCAWANG ELEKTRIK (FEEDAR PILLAR) BLOK L

Pihak penyelenggara bangunan telah mendapat panggilan aduan dari penghuni blok L berkenaan ketiadaan bekalan elektrik pada 30 Julai 2014 waktu 6 petang dan dikenalpasti masalah adalah disebabkan oleh kecurian kabel di peeder pillar TNB.

Pihak TNB turut berada ditempat kejadian dan kerja-kerja pembaikpulih bekalan elektrik dilakukan segera oleh pihak TNB.

Satu laporan polis turut dibuat sebagai rekod pihak pengurusan JMB. Dilampirkan salinan report polis dan gambar sebagai rujukan.

sekian.





Saturday, July 19, 2014

KERJA KERJA MENAMPAL JUBIN TANGGA YANG TERTANGGAL

Kerja-kerja pembaikan jubin tangga yang tertanggal dijalankan pada 19 Julai 2015. Keseluruhan 12 blok telah diperiksa dan kerja-kerja segera dijalankan oleh penyelenggara bangunan.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan. Diharap kerjasama pihak penghuni dan penduduk agar dapat memaklumkan kepada pihak pengurusan sekiranya kelihatan jubin tertanggal atau pecah.







Thursday, July 17, 2014

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN BLOK L, M DAN N

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera khasnya kepada Pemilik dan penghuni Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Untuk makluman semua, pada hari ini bermula seawal waktu 9 pagi pihak kontraktor pembersihan telah melakukan kerja-kerja pembersihan di blok L, M dan N. Kerja yang dilakukan adalah pembersihan sawang dan mengemop keseluruhan kawasan tangga bangunan.






Diharap semua pemilik dan penduduk dapat bersama-sama menjaga kebersihan.

Sekian.


Saturday, July 12, 2014

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor

Pihak Pengurusan telah mendapat aduan pada 11 Julai 2014 dari penghuni berhampiran berkenaan terdapat paip bocor berhampiran mesin air / vending machine di blok H.



Hasil siasatan pihak penyelenggara pada hari yang sama mendapati bahawa terdapat kebocoran sebelum meter syabas milik unit rumah Y3/26-B dan Y3/26-B. Pihak Pengurusan dan penyelenggara mengucapkan penghargaan terima kasih kepada penghuni yang perihatin tersebut.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit Y2/26-B (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 3039134

2. Meter Syabas unit Y3/26-B (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 3039140

Pada 12 Julai 2014 pula, Pihak Penyelenggara bertugas iaitu En Huzairi bin Rosli telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter Syabas.

Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada hari yang sama untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit AA2/50-A (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 143039808

2. Meter Syabas unit AA4/48-B (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 143039810

Melalui Operator/ Receptionist Syabas, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam. 

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

Friday, July 11, 2014

MENUKAR MENTOL (BULB) LAMPU DI KAWASAN TANGGA SEMUA BLOK

Tarikh : 11 Julai 2015

Kerja-kerja menukar mentol lampu dari lampu biasa (kalimantan) kepada mentol jimat tenaga(energy saving) telah dijalankan bertujuan agar pihak pengurusan dapat melakukan penjimatan. dalam pembayaran bulanan bil elektrik dikawasan awam terutamanya di kawasan tangga.

Sebahagian gambar dilampirkan sebagai rujukan.





Monday, July 7, 2014

KERJA-KERJA MENGECAT RAILING TANGGA

Kerja-kerja mengecat railing tangga yang kini telah kelihatan kusam dan berkarat dilakukan secara berjadual dan berperingkat di sekitar blok-blok Pusat Komersil Seksyen 7 mulai pada 7 Julai 2014.

Dilampirkan gambar sebagai rujukan.