Wednesday, May 30, 2012

Jadual Tahunan: Cuci Tangga oleh pekerja kebersihan

Tarikh: 29 dan 30 Mei 2012

Pihak pengurusan JMB telah mengatur jadual pembersihan cuci dan mop tangga setahun sekali.

Ianya dilakukan sendiri oleh pihak pekerja pembersihan yang telah dilantik oleh pihak JMB








Friday, May 18, 2012

Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok K dan H) pada 16 Mei 2012








Tarikh kejadian: 16 Mei 2012
Waktu : 9:00am


Laporan: Telah berlaku hujan lebat beserta ribut yang telah merosakkan beberapa keping atap genting di bumbung blok K dan H. Ini adalah kejadian kali kedua untuk tahun ini di mana kejadian yang sama telah terjadi beberapa hari lepas iaitu 7 Mei 2012 (link)Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Lawangsari (Blok K).

Mujur pada ketika itu tiada berlaku sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa tetapi terdapat kerosakan kepada sebuah kenderaan terlibat. Pihak pengurusan telah memanggil kontraktor untuk melakukan pembaikan tersebut.

Wednesday, May 9, 2012

Hujan lebat beserta ribut merosakkan bumbung (atap genting blok H, M, P & Q) pada 7 Mei 2012



Tarikh kejadian: 7 Mei 2012
Waktu : 12:00 pagi
Laporan: Sekali lagi kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 telah ditimpa musibah hujan lebat beserta ribut yang telah merosakkan beberapa keping atap genting di bumbung blok P, Q, H dan M.

Beberapa kepingan bumbung tersebut telah jatuh dan pecah berderai berhadapan Restoran Khalifah (blok P). Mujur pada ketika itu tiada sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa terlibat cuma terdapat kerosakan pada harta benda restoran iaitu awning, tiles/jubin lantai dan kerusi meja telah mengenai cebisan atap genting tersebut.

Perkara tersebut telahpun diuruskan/ dalam proses di bawah insuran Public Liability (DC-07825988).

Tuesday, May 8, 2012

Skim Rondaan Baru Tangani Jenayah di Kawasan Pangsapuri


  
KLANG, 5 MEI : Skim rondaan sendiri melibatkan penduduk bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) kawasan pangsapuri di Selangor dijangka akan dimulakan sebelum akhir Mei ini bagi menangani masalah kecurian dan vandalisme.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya menerima banyak permintaan bagi tujuan itu daripada penduduk yang mendiami kawasan pangsapuri di Selangor.
Iskandar berkata, Kerajaan Negeri akan memulakan dua projek perintis di pangsapuri di dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Sebelum ini kita terima banyak permintaan daripada penduduk di pangsapuri berkaitan kejadian jenayah dan mereka nak buat rondaan sendiri di dalam kawasan mereka. Kita rancang mulakan dengan dua projek perintis di kawasan perumahan pangsapuri di negeri ini.

“Dua projek ini dijangka bermula sebelum akhir Mei ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesra Menteri Besar Bersama JMB dan MC di sini hari ini.

Iskandar menambah, skim rondaan itu juga diwujudkan sebagai alternatif bagi penduduk dan bukan bertujuan menyaingi skim Rukun tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kerajaan Pusat.

Katanya, proses permohonan dan kelulusan skim negeri lebih cepat berbanding dengan RT dan SRS. Bagi menjayakannya, Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat insurans yang bersetuju untuk memberikan skim perlindungan kepada mereka yang terlibat dalam rondaan tersebut.

“Kalau kita lihat Rukun Tetangga dan SRS oleh Kerajaan Persekutuan ada skim insurans atau perlindungan takaful. Bagi Kerajaan Negeri, saya telah berjumpa dengn satu syarikat dan pihak tersebut bersetuju dengan satu skim insurans perlindungan untuk mereka yang buat rondaan itu.

“Dengan persetujuan itu juga maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk menanggung skim insurans bagi 1,000 peserta pertama yang terlibat dalam rondaan ini. Sekiranya berjaya skim rondaan itu akan diperluaskan ke kawasan perumahan pangsapuri yang lain.

“Bagi 1,000 peserta pertama ini kalau dua kawasan awal tidak mencapai jumlah itu maka akan diteruskan dengan kawasan perumahan lain,” katanya.