Wednesday, September 28, 2011

KEMPEN KEBERSIHAN & PENGHAPUSAN DENGGI

PEMBERITAHUAN

KEPADA: PEMILIK, PENDUDUK & PENYEWA UNIT KEDIAMAN, PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM


 KEMPEN MENCEGAH DENGGI BERMULA DARI SEPTEMBER - OKTOBER 2011

  1. KEPADA PEMILIK SERTA PENDUDUK PUSAT  KOMERSIL SEKSYEN 7 SHAH ALAM, ANDA  DINASIHATKAN TIDAK MEMBUANG SEGALA SAMPAH & BENDASING KE DALAM SALURAN TANDAS SEPERTI, TUALA WANITA, SIMEN SEBAGAINYA UNTUK MENGELAKKAN  BERLAKUNYA SUMBATAN.  
  2.  ANDA JUGA DILARANG MEMBUANG SAMPAH  DI  KAWASAN AIRWELL (RUANG KOSONG SEBELAH DAPUR) UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA SUMBATAN DAN MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES. 
  3. PIHAK PENGURUSAN JUGA BERHARAP AGAR PIHAK PENDUDUK TIDAK MENINGGALKAN BUNGKUSAN SAMPAH DI HADAPAN PINTU DAN KAWASAN TANGGA. SAMPAH HARUS DIBUANG DI TONG SAMPAH YANG DISEDIAKAN.

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.


"HAPUS DENGGI HIDUP SEJAHTERA"


Aduan Meter Air Syabas Tidak Berfungsi di Blok Q

Pihak Penyelenggara bertugas untuk Blok Q iaitu En Huzairi Bin Rosli telah melakukan pemeriksaan rutin pada 27/09/2011 waktu 3:00 petang mendapati terdapat beberapa meter syabas tidak berfungsi (counter meter tak bergerak/berjalan).


Laporan pemeriksaan daripada pihak Penyelenggaran telah diterima oleh pihak pengurusan dan tindakan selanjutnya adalah aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan telah menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 pada tarikh 28/09/2011 waktu 11:45 pagi untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi permasalahan tersebut:-

1. Meter Syabas unit U4/33-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 596

2. Meter Syabas unit U1/33-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 600

3. Meter Syabas unit U2/33-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 604

4. Meter Syabas unit U3/33-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 606


Mengikut Pihak Syabas, bagi aduan meter tidak berfungsi, tindakan  akan diambil dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan dibuat.

Tuesday, September 27, 2011

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor di blok Q

Pihak Penyelenggara bertugas untuk Blok Q iaitu En Huzairi Bin Rosli telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor - sebelum meter syabas.


 Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada waktu 10:40 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit U3/25-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1811711

2. Meter Syabas unit U1/43-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1811716

Tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat. 

STATUS TERKINI:-
 
Tarikh: 28 September 2011  
Waktu: 11:30pagi

Hasil pemeriksaan rutin pihak peyelenggara pengurusan mendapati masih terdapat kebocoran pada meter unit berkenaan. 


Pihak Pengurusan telah menghubungi SYABAS dan mengikut penjelasan mereka, kontraktor SYABAS telah datang membaiki masalah tersebut dengan mengetatkan 'coupling' pada meter tersebut.


Aduan baru dibuat dan nombor aduan baru telah diberi.


1. Meter Syabas unit U3/25-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1813064

2. Meter Syabas unit U1/43-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1813066

Kami berharap agar Pihak Syabas dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak lagi berlaku pembaziran air.



Thursday, September 22, 2011

BUANG SAMPAH MERATA-RATA: DI MANAKAH KESEDARAN SIVIK ANDA?


Terlebuh dahulu Pihak Pengurusan ingin meminta maaf sekiranya Entry kali ini menyinggung anda. Entry post kali nih agak TEGAS kerana kami telah berlembut sekian lama.. Harap anda faham.

Pihak Pengurusan tidak akan bertoleransi (bertolak ansur) kali ini.

TAJUK: BUANG SAMPAH MERATA-RATA: DI MANAKAN KESEDARAN SIVIK ANDA?


1.    Adakah anda memang suka membuang sampah merata-rata? Atau perbuatan itu mmg tak dapat diubah kerana mmg itu sikap & perangai anda?

2.      Adakah anda memang suka menghuni tempat yang kotor? Atau adakah anda memang pengotor?

3.    Anda memang penghuni.. anda TAHU buang sampah merata2 tu salah, tapi anda buang juga.. kenapa ye.. adakah anda beranggapan:-  “ohh.. tak pa.. orang tak nampak.. nanti cleaner pengurusan atau pekerja Alam Flora datang angkatlah sampah tu… “  anda perlu ingat “what GOES around COMES around…” tak faham? Ini maksudnya:  Tindakan Seseorang, sama ada baik atau buruk, selalunya akan mempunyai kesan-kesan bagi orang itu..

4.    Jangan angan-angan nak maju kalau sikap kita masih buruk dan busuk!

5.    Kami seru, pada semua…. Tolonglah jangan ada sikap sebegini pada diri kita.

6.    Apa salahnya, kumpul dulu sampah dalam plastik tu, ikat elok2 dan buang la plastik tu ke dalam tong sampah yang disediakan…

Wahai penghuni,  lihatlah apa yang telah anda lakukan... 


ADAKAH INI YANG ANDA MAHUKAN?

Adakah anda TERASA? Kalau ya anda terasa bermakna belum terlambat untuk anda ubah sikap.

Semua agama menerapkan nilai-nilai murni dan menolak kepada kekotoran dan tabiat pentingkan diri sendiri dengan melakukan kemungkaran di muka bumi..

Budak kecil pun tahu tempat di mana sepatutnya sambah dibuang.. anda pula bagaimana?


Pihak Pengurusan telah memasang notis tersebut di setiap tingkat & di atas peti surat pada akhir bulan Ogos 2011 dan berharap SANGAT agar penduduk dan penghuni MENJAGA KEBERSIHAN....


 
Kepada yang mempunyi sikap terpuji kami ucapkan ribuan TERIMA KASIH, TAHNIAH… dan SYABAS.. anda adalah seorang yang BERSIVIK, BERTANGGUNGJAWAB & SIKAP ANDA HARUS DICONTOHI.








Sekitar Majlis Perasmian Pembukaan Pusat Khidmat Pelajar (NR) UITM & Kempen Mencegah Pembiakan Denggi 2011






Pada 21/9/2011 telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Pusat Khidmat Pelajar (NR) UITM dan serentak dengan itu Pelancaran Program Mencegah Denggi dengan kerjasama JMB PK SEK 7 COMMITTEE & HEPA UITM.....Kempen berterusan selama 2 bulan.

Diharap mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua penduduk Pusat Komersil Sek 7, Shah Alam.

" BENTERAS DENGGI, HIDUP SIHAT SEJAHTERA.."


Sunday, September 18, 2011

Hari Malaysia dan Hari kemerdekaan disambut gemilang

Hari Malaysia dan Hari kemerdekaan disambut gemilang

16/09/2011 12:30pm


KUALA LUMPUR 16 Sept – Buat julung kalinya, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak hari ini dan diraikan dengan penuh gilang-gemilang dan warna-warni di Dataran Merdeka sebagai lokasi utamanya.

Bertemakan ”1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 pada tahun ini didominasi golongan belia yang merupakan peserta terbesar yang mengambil bahagian dalam persembahan kemerdekaan yang merangkumi empat segmen.

Kira-kira 10,000 peserta daripada pelbagai peringkat iaitu pelajar sekolah, guru, polis, tentera, kakitangan kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dalam acara sambutan itu mula berkumpul seawal 5 pagi.
Acara sambutan dalam keadaan cuaca cerah bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada 8 pagi.

Kira-kira 15 minit sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman tiba di perkarangan Dataran Merdeka.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah Abdullah, selain menteri-menteri Kabinet.

Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan lambaian dan sorakan ratusan ribu penonton yang berbaris di sepanjang jalan, bermula dari Jalan Raja hingga persimpangan Jalan Sultan Ismail. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Thursday, September 15, 2011

Cuti 1 Malaysia - 16 September 2011

MEMO PENDUDUK


Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa                           
                        Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam


PER :  CUTI 1 MALAYSIA 2011

 
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pihak Pengurusan akan ditutup sementara sempena Perayaan Cuti 1 Malaysia bermula dari tarikh 16hb Sept. 2011 (Jumaat) dan pejabat pengurusan akan dibuka semula pada  17hb Sept. 2011 (hari Sabtu) seperti biasa.

Sehubungan dengan cuti ini, anda diminta untuk memastikan beberapa perkara berikut;
  1. Sila pastikan tong gas dan semua alat-alat elektrik telah ditutup dan dimatikan; 
  2. Sila pastikan semua tingkap, pintu dan gril besi telah dikunci dengan kemas dan jangan tinggalkan barang berharga di dalam rumah; 
  3. Sila pastikan semua pili air ditutup terutama pili air di meter syabas yang terletak di bawah blok unit anda; dan 
  4. Kepada mereka yang tidak balik kampung atau tidak ke mana-mana, jika ada sebarang kacauganggu dan aktiviti mencurigakan, segera laporkan dengan kadar segera kepada balai polis yang berhampiran.

Untuk sebarang masalah berkaitan & pertanyaan anda boleh menghubungi:-

HOTLINE : 012-979 6536
 
Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB "PK SEK:7 COMMITTEE” dengan seikhlasnya mengucapkan Selamat Menyambut Cuti 1 Malaysia dan temanya pada tahun ini ialah "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”...

Sekian, terima kasih.


Pihak Pengurusan      
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”

Monday, September 12, 2011

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor

Pihak Penyelenggara bertugas untuk Blok H, J, K dan L iaitu En Junaide Bin Abdul Salam telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter syabas.


Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada waktu 11:00 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit YG/6 (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1800337

2. Meter Syabas unit YG/18 (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1800340

3. Meter Syabas unit YG/22 (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1800342

4. Meter Syabas unit X1/3-B (Blok J)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1800351

5. Meter Syabas unit X3/17-A (Blok J)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1800358

6. Meter Syabas unit X1/19-B (Blok J)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1800361

7. Meter Syabas unit X1/16-B (Blok K)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1800371

8. Meter Syabas unit VG/1 (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas =1800378



Melalui Operator/ Receptionist Syabas, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam.  

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

RUANGAN MENUNGGU & SUDUT BACAAN

Pihak Pengurusan telah menyediakan ruangan menunggu dan sudut bacaan dihadapan pejabat pengurusan sebagai langkah untuk mewujudkan suasana menunggu yang lebih selesa disamping menanamkan sikap suka membaca dikalangan pelawat dan pelanggan yang hadir untuk membuat aduan ataupun membuat pembayaran yuran penyelenggaraan.






Sementara menunggu giliran tiba, masa yang terluang boleh dipenuhi dengan membaca pelbagai bentuk majalah dan akhbar yang telah disediakan.




Sekian, terima kasih....




Thursday, September 8, 2011

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor

Pihak Pengurusan telah menerima panggilan dari warga prihatin iaitu Haji Samad (Restoran Barra) di Blok L mengenai terdapat beberapa paip meter syabas telah bocor.



Pihak Penyelenggara Pengurusan segera ke tempat kejadian dan mendapati 3 buah meter syabas mengalami kebocoran sebelum meter dan Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Aduan beserta no rujukan aduan:-

1. Meter Syabas unit VG/21 (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1797807

2. Meter Syabas unit V3/23-A (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1797809

3. Meter Syabas unit V1/25-A (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1797810

Melalui Operator/ Receptionist Syabas, kerja-kerja akan dilakukan dalam tempoh 24 jam. 


Pihak Pengurusan juga telah dihubungi oleh kontraktor Syabas beberapa minit selepas aduan dibuat.

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

Monday, September 5, 2011

Pemasangan Notis Jangan Buang Sampah



Dipasang pada akhir bulan Ogos 2011 bertempat di tingkat 1, 2, 3 & 4 dan di atas peti surat. 

Salah satu usaha Pihak Pengurusan JMB agar dapat menangani masalah pembuangan sampah di kawasan tangga dan kawasan sekitar.

Diharap dapat memberi sedikit peringatan kepada penghuni, pelawat dan sesiapa sahaja yang membacanya.