Tuesday, December 20, 2011

INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) : SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

SISTEM PEMBETUNGAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA


Written by Foon Weng Lian   
Tuesday, 15 November 2011 04:05
 
Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami sepenuhnya jenis sistem pembetungan yang terdapat di negara ini.

Mereka beranggapan bahawa jika mereka berjaya mengepam bahan buangan mereka melalui tandas, maka mereka percaya ada pihak yang akan menguruskan segalanya.

Anggapan seperti ini menyebabkan ramai yang belum dapat menghayati kepentingan perkhidmatan pembetungan memandangkan ia tidak memberi apa-apa kesan secara terus kepada mereka.

Kefahaman terhadap sistem pembetungan yang terdapat di Malaysia akan membantu masyarakat menilai tentang perkhidmatan pembetungan  dan memahami peranan masing-masing ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan yang diinginkan.

Sistem Bersambung dan Tangki Septik
Terdapat dua jenis sistem pembetungan di Malaysia, iaitu sistem bersambung dan tangki septik. Sistem bersambung adalah satu sistem yang rangkaian paip pembetungan akan membawa kumbahan dari premis ke suatu loji rawatan kumbahan yang terletak di luar kawasan premis. Manakala sistem tangki septik pula tidak melibatkan rangkaian paip di luar kawasan premis kerana rawatan dilakukan di kawasan premis.

Sistem tangki septik telah wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Sistem rawatan kumbahan oleh tangki septik tidak menyeluruh dan tidak berupaya untuk mematuhi piawaian yang telah ditentukan. Penggunaan sistem jenis bersambung adalah lebih efisien dan sesuai untuk merawat kumbahan dalam kuantiti yang lebih banyak dan boleh dirancang bagi menerima kumbahan dari kawasan-kawasan berhampiran.

Pengesahan Jenis Sistem
Bagi memudahkan pengguna mengenal pasti jenis sistem pembetungan yang sedang dinikmati di premis masing-masing, maka perlu bagi penghuni premis untuk mengetahui sistem pembetungan yang digunakan di premis mereka. Oleh itu, cara yang paling mudah adalah dengan meneliti penutup lurang yang terdapat di luar premis. Sekiranya terdapat konfigurasi penutup lurang yang selari dan melebihi 1 buah penutup (2 atau 3 buah), maka premis berkenaan mempunyai sistem tangki septik.

Kebanyakan sistem jenis bersambung tidak mempunyai penutup lurang yang berdekatan di antara satu dengan yang lain.

Tanggungjawab Penyelenggaraan
Semua sistem bersambung yang telah diserahkan kepada Indah Water Konsortium (IWK) perlu diselenggara dengan baik supaya sistem pembetungan dapat berfungsi dengan berkesan. Bagi kawasan yang belum diambil alih oleh IWK, maka Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan masih bertanggungjawab terhadap semua sistem pembetungan bersambung.

Pada masa yang sama, terdapat juga sistem bersambung yang dimiliki oleh pihak tertentu secara persendirian, contohnya hotel, institusi pengajian dan perubatan.

Oleh itu, pemilik sistem bersambung persendirian  perlu mempunyai lesen kelas dari SPAN serta mempunyai permit khas bagi tujuan menyelenggara sistem tersebut.

Tanggungjawab Pemilik, Perbadanan Pengurusan dan Penghuni

Di bawah Seksyen 3, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, pemilik, penghuni atau perbadanan pengurusan mana-mana premis yang bersambung ke tangki septik perlu :
  1. Mengenyahenap cemar tangki septik dalam premis sekurang-kurangnya 1 kali setiap 36 bulan. Disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.
  2. Memberi akses kepada tangki septik untuk dinyahenap cemar oleh IWK / Majaari ataupun kontraktor mengenyahenap cemar yang berdaftar dengan SPAN.
  3. Menyimpan salinan perakuan penyiapan perkhidmatan penyahenap cemar.
  4. Enapcemar perlu dilupuskan di tempat yang telah diluluskan oleh JAS / SPAN.
  5. Tidak boleh melepaskan, melupuskan dan meletakkan sisa bukan domestik ke dalam tangki septik. Disabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih daripada 1 tahun.
Bayaran Perkhidmatan Mengenyahenap cemar
Tuan punya premis boleh berunding dengan pemegang permit / kontraktor yang berdaftar dengan SPAN untuk jumlah serta cara bayaran yang dikenakan. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan punya premis memerlukan perkhidmatan IWK, maka bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM300 bagi setiap meter padu.

Bayaran yang lebih tinggi yang dikenakan oleh IWK  berbanding dengan kontraktor lain adalah disebabkan IWK tidak boleh menolak mana-mana permintaan perkhidmatan nyahenap cemar yang dibuat oleh tuan punya premis.

Bahaya Kelimpahan Kumbahan atau Efluen
Sehingga kini, lebih kurang 10% daripada 1.3 juta tangki septik yang telah  dinyahenapkan di seluruh negara. Keadaan ini menyebabkan efluen yang dikeluarkan tidak dapat mencapai tahap yang dikehendaki.

Ia merupakan punca pencemaran alam sekitar yang ketara bagi sesuatu kawasan perumahan. Selain itu, risiko kesihatan umum juga timbul memandangkan tanpa rawatan kumbahan yang sempurna, efluen yang mengandungi bakteria boleh merebak dengan cepat.

Oleh sebab itu, nyahenap cemar mesti dilaksanakan dengan kadar yang segera sekiranya premis tersebut tidak pernah dinyahenap cemar tangki ataupun lebih daripada 3 tahun tidak dilakukan nyahenap cemar demi kesejahteraan hidup pengguna premis dan masyarakat setempat.

Foon Weng Lian
Forum Air Malaysia

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB APABILA MEMBELI PANGSAPURI

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB APABILA MEMBELI PANGSAPURI


Written by Matheevani Marathandan   
Tuesday, 05 April 2011 12:20 
 
Pangsapuri merupakan suatu unit rumah yang lebih murah dan mampu dimiliki berbanding rumah teres dan yang bertanah. Namun sebagai seorang pengguna yang bijak dan pembeli rumah, anda perlu berfikir dan sedia untuk mengambil beberapa risiko serta komitmen sepanjang hayat.

Kebanyakan pembeli rumah tidak bersedia mengambil tanggungjawab sebagai pembeli rumah. Umpamanya sebagai pembeli rumah pangsapuri, setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membayar yuran penyelengaraan.

Tetapi ramai mempersoalkan tanggungjawab dan tidak mahu membayar dengan pelbagai sebab.  Namun sikap ini akan mengundang kesan buruk kepada mereka kelak.

Masalah-masalah yang bakal wujud adalah seperti kerosakan lift tidak dibaiki, kawasan persekitaran yang tidak dibersihkan, bangunan tidak dapat dicat, paip umum yang bocor tidak dapat dibaiki, masalah pemotongan air dan elektrik kepada semua orang yang mendiami blok berkenaan.

Adakah anda ingin hidup dalam keadaan kesusahan seperti ini sekiranya anda tidak membayar yuran penyelenggaraan. Anda juga tidak akan terlepas kerana anda boleh didakwa di mahkamah.  Sudah tentu ini akan memberi kesan yang tidak diingini  Pengguna yang bijak akan membuat pilihan dan keputusan bijak serta laksanakan tanggungjawab mereka. Oleh itu laksanakan tanggungjawab anda sebagai pemilik atau jangan mengambil risiko dengan membeli rumah pangsapuri.

Namun sekiranya badan pengurusan pula tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka adukan kepada Pesuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk tindakan.

Matheevani Marathandan
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

SUMBER : http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/perumahan/620-laksanakan-tanggungjawab-apabila-membeli-pangsapuri

Saturday, December 10, 2011

Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Selangor (11hb Disember 2011)

Kami sekalian merafak sembah serta menjunjung kasih dengan ucapan tahniah di atas keputeraan D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj . Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Selangor serta segala jajahan takluknya ....




DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" akan ditutup pada 12hb Disember 2011 (Isnin) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 13hb Disember 2011 (Selasa) seperti biasa.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:- 

HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-9796536
(Maintenance ‘On Call’)

Di kesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk. 

DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU… DAULAT TUANKU….

Thursday, December 8, 2011

Surau ditenggelami air akibat banjir kilat (kejadian kali ke 4)

Surau ditenggelami air akibat banjir kilat (kejadian kali ke 4) 









Sekali lagi Pusat Komersil Sek. 7 dilanda musibah hujan lebat & banjir pada hari ini iaitu 8 Disember 2011 waktu pukul 1:05pm, menyebabkan sebuah surau yang diberi nama As Siddiq hampir ditenggelami air.

Syukur kerana pihak AJK Surau telah mengambil langkah awal dengan membina benteng disetiap pintu surau agar tidak dimasuki air.Ini adalah kejadian kali ke 4 surau ini mengalami kejadian banjir.

(untuk mengetahui kejadian banjir di Pusat Komersil sila klik di sini)

Kawasan sekitar hadapan Pasaraya Giant turut mengalami musibah yang sama.







 


Saturday, November 26, 2011

PEJABAT PENGURUSAN DITUTUP SEMENTARA SEMPENA CUTI AWAL MUHARRAM -Maal Hijrah 1433H



MEMO PENDUDUK
Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa                                         
                        Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI SEMPENA AWAL MUHARRAM -Maal Hijrah 1433H
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 28 November 2011 (Isnin) sempena Awal Muharram 1433H dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 29 November 2011 (Selasa) seperti biasa.
Sehubungan dengan cuti ini, sekiranya anda pulang bercuti, diminta untuk memastikan perkara-perkara berikut;-
  1. SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
  2. SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
  3. SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA; DAN
  4. PERINGATAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti perayaan anda boleh menghubungi:- 

HOTLINE ‘ON CALL’ : 012-9796536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1433H kepada semua penduduk terutamanya yang beragama Islam.

Ucapan Ikhlas :
Pihak Pengurusan
JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”

Saturday, November 19, 2011

Pembaikan paip incoming syabas bocor hadapan unit YG/16 & YG/18 blok H

Hasil rondaan rutin pihak penyelenggara bangunan iaitu En Junaide Abdul Salam pada 14 November 2011 mendapati bahawa terdapat paip incoming dalam tanah telah bocor.

Berdasarkan laporan pihak penyelenggara, Pihak pengurusan segera menghubungi pihak Syabas untuk memaklumkan perkara tersebut. 

Pada keesokkan harinya pihak Syabas segera melakukan kerja-kerja dan menyelesaikan masalah kebocoran tersebut. Gangguan air sementara terhadap penghuni blok H.







 Terima kasih pihak Syabas/Puspel.

Status: Selesai.

Monday, November 14, 2011

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor di Blok H & Q

Tarikh Aduan: 14 Nov 2011


Pihak Penyelenggara bertugas iaitu En Junaide Bin Abdul Salam telah melakukan pemeriksaan rutin di Blok H dan Blok Q mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter syabas.


gambar hiasan

Pihak Penyelenggara Pengurusan segera memaklumkan kepada Pihak Penguruan dan Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline SYABAS iaitu 1800-88-5252 waktu 12:30pm untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Receptionist/ Khidmat Pelanggan Syabas iaitu Pn Rozi telah membantu untuk mengambil aduan/laporan tersebut.

Aduan beserta no rujukan aduan:-

1. Meter Syabas unit YG/6 (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1852010

2. Paip sebeum meter di antara Meter Syabas unit YG/16 & YG/18 (Blok H)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1852017

3. Paip sebeum meter di antara Meter Syabas unit U  /45 & U  /47 (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1852019

Melalui Operator/ Receptionist Syabas, kerja-kerja akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.  Terima kasih Receptionist/ Khidmat Pelanggan Syabas iaitu Pn Rozi telah membantu untuk mengambil aduan/laporan tersebut.


Pihak Pengurusan juga telah dihubungi oleh kontraktor Syabas beberapa minit selepas aduan dibuat.

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

Saturday, November 5, 2011

Tempat Letak Kereta Bertingkat di Pusat Komersil Seksyen 7, menjadi sasaran remaja lepas nafsu

Akhbar: Berita Harian
Tarikh: 2 November 2011




gambar hiasan


Tempat letak kereta sasaran remaja lepas nafsu


2011/11/02

SHAH ALAM: Persekitarannya yang sunyi tanpa pengunjung, terutama pada hari bekerja, menjadikan kawasan tempat letak kereta bertingkat di atas sebuah pasar raya besar di Seksyen 7, di sini, sebagai sasaran remaja untuk melampiaskan nafsu bersama pasangan.

Tinjauan Sentral pada lewat malam mendapati, beberapa kereta diletakkan berjauhan bagi mengelakkan perbuatan maksiat mereka dihidu oleh orang awam.
Sentral turut dimaklumkan, kawasan tempat letak kereta itu menjadi sarang maksiat berikutan tiada pengawasan pihak berkuasa di tempat itu.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Aida, berkata kegiatan remaja yang sebahagiannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Katanya, kawasan itu menjadi pilihan pelajar kerana ia lebih dekat untuk ke kuliah.

"Ramai pelajar menjadikan kawasan tempat letak kereta itu tempat melepaskan rindu dan akibat tiada pengawasan serta kawalan, mereka tidak takut dan menjadikan aktiviti itu sebagai sesuatu yang biasa.

"Mereka bukan saja melakukannya pada lewat malam, waktu siang pun selalu ada," katanya.
Seorang penduduk yang enggan dikenali turut menyarankan supaya kegiatan pelajar tidak bermoral itu dibongkar.

Dia yang membuka perniagaan alat tulis di kawasan itu berkata, sehingga kini, tiada mana-mana pihak menggempur kawasan maksiat itu yang tidak lagi menjadi rahsia bagi sesetengah penduduk di sini.

"Saya sedih kerana ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada anak-anak, tetapi mereka melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depan sendiri tanpa berfikir kesan bakal dihadapi," katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Tempatletakkeretasasaranremajalepasnafsu/Article/

Friday, November 4, 2011

Selamat Menyambut Aidil Adha (Raya Haji/Qurban)


MEMO PENDUDUK



Kepada :       Semua Penduduk/ Penyewa                              
                        Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam


PER : CUTI RAYA AIDILADHA (RAYA HAJI/QURBAN)

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sempena Perayaan AidilAdha pada 7hb November 2011 dan akan dibuka semula pada  8hb November 2011(Selasa) seperti biasa.

Sehubungan dengan cuti perayaan ini, anda diminta untuk memastikan perkara-perkara berikut;


1.        Sila pastikan tong gas dan semua alat-alat elektrik telah ditutup dan dimatikan;
2.       Sila pastikan semua tingkap, pintu dan gril besi telah dikunci dengan kemas dan jangan tinggalkan barang berharga di dalam rumah;
3.       Sila pastikan semua pili air ditutup terutama pili air di meter syabas yang terletak di bawah blok unit anda; dan
4.      Kepada mereka yang tidak balik kampung, laporkan segera jika ada sebarang aktiviti mencurigakan di balai polis berhampiran.


Untuk sebarang masalah & pertanyaan anda boleh menghubungi:-

HOTLINE : 012-979 6536

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan seikhlasnya mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha, kepada anda semua khasnya yang beragama Islam.


Sekian,




Pihak Pengurusan
JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”







SUMBATAN SALURAN AIR KUMBAHAN BLOK P

Aduan telah diterima dari Mastura binti Omar (pemilik unit U1/17-B) pada malam 28/11/2011 dan siasatan pada 29/11/2011 9:30am dilakukan oleh pihak penyelenggara, berkenaan unit beliau telah dinaiki air kumbahan.

Siasatan mendapati bahawa saluran paip kumbahan telah tersumbat dan punca sumbatan tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Pihak penyelenggara telah cuba membaiki tetapi tidak berjaya kerana sumbatan tersebut terlalu teruk. Pihak penyelenggara menyarankan supaya pihak pengurusan menghubungi kontraktor yang bertauliah yang mempunyai kelengkapan yang cukup dalam membaiki dan menyelesaikan masalah tersebut.

Kontraktor telah dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut.






 Pihak penyelenggara memantau kerja-kerja pihak kontraktor.

Hasil dari laporan pihak kontraktor mendapati bahawa penyebab utama sumbatan tersebut adalah, sampah-sarap, gumpalan rambut, tuala wanita, lemak makanan (yang telah membeku) dan sebagainya.

Pihak Pengurusan bersama pihak AJK telah mengambil keputusan agar kos tersebut harus ditanggung oleh pihak pemilik rumah.

Kos pembaikan adalah sebanyak RM 1150.00 dan telah dibahagi kepada 4 unit. Setiap pemilik unit perlu membayar RM 383.30 dan kos tersebut telah dimasukkan dalam bil penyelenggaraan.Bil telah pun dihantar.

Pihak Pengurusan menasihatkan pihak pemilik rumah agar sentiasa menjaga kebersihan.

Wednesday, October 19, 2011

Sekitar Kempen Mencegah & Menghapus Denggi 15/10/11





Ucapan sekalung tahniah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti kempen mencegah dan menghapus denggi pada hari sabtu 15/10/11 yang lalu. Pihak JMB PK SEK 7 COMMITTEE berharap semoga kempen ini akan menjadi agenda tahunan pada masa-masa akan datang. Sekali lagi terima kasih pihak MBSA,JPPNR UITM, PKD & Penduduk Pusat Komersil yang mengambil bahagian....

 "KEBERSIHAN  ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Monday, October 10, 2011

Mesyuarat Bersama Pihak PKD Petaling berkenaan Kesihatan & Benteras Denggi

Mesyuarat diadakan pada 10/10/2011 bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD).

Membincangkan pelbagai perkara berkenaan kesihatan, kebersihan & keselamatan.

Fokus utama:-

Merancang untuk mengadakan Kempen Benteras Denggi
  • Kegiatan pembersihan kawasan 'airwell'
  • Siasatan kebersihan kawasan sekitar terutamanya sekitar kedai dan restoran
sila rujuk gambar:-














Tuesday, October 4, 2011

Pemasangan tong sampah baru di koridor

Tujuan utama adalah supaya penduduk/ penghuni dan pelawat/orang awam yang melalui kawasan koridor hadapan kedai dapat menjaga kebersihan.

Pihak pengurusan berharap agar pihak penduduk/ penghuni dan pelawat/orang awam dapat sentiasa menjaga kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Sampah yang berkapasiti besar harus dibuang di tempat tong sampah yang besar.

Sekian, terima kasih.





Monday, October 3, 2011

1 Oktober 2011 - Pekerja Kontrak Pembersihan Baru

Pihak AJK bersama Pihak pengurusan telah memutuskan untuk mengambil kontrak pembersihan baru mulai 1 Oktober 2011,  iaitu seramai 3 orang dan kontrak pihak pekerja pembersihan yang sedia ada akan ditamatkan secara berperingkat mengikut tempoh kontrak masing-masing.

Surat tawaran kepada Pihak Black Rider Enterprise bertarikh 1 September 2011 telah dikeluarkan.

Dokumen perjanjian telah ditandatangi oleh kedua-dua pihak,

Tempoh kontrak:  1 Oktober 2011 sehingga 30 September 2012 (kontrak selama setahun)

Diharap perkhidmatan yang akan diberikan oleh kontrak pembersihan tersebut dapat menaiktaraf lagi keadaan dan kebersihan kawasan blok-blok di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam. 

Wednesday, September 28, 2011

KEMPEN KEBERSIHAN & PENGHAPUSAN DENGGI

PEMBERITAHUAN

KEPADA: PEMILIK, PENDUDUK & PENYEWA UNIT KEDIAMAN, PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM


 KEMPEN MENCEGAH DENGGI BERMULA DARI SEPTEMBER - OKTOBER 2011

  1. KEPADA PEMILIK SERTA PENDUDUK PUSAT  KOMERSIL SEKSYEN 7 SHAH ALAM, ANDA  DINASIHATKAN TIDAK MEMBUANG SEGALA SAMPAH & BENDASING KE DALAM SALURAN TANDAS SEPERTI, TUALA WANITA, SIMEN SEBAGAINYA UNTUK MENGELAKKAN  BERLAKUNYA SUMBATAN.  
  2.  ANDA JUGA DILARANG MEMBUANG SAMPAH  DI  KAWASAN AIRWELL (RUANG KOSONG SEBELAH DAPUR) UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA SUMBATAN DAN MENJADI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES. 
  3. PIHAK PENGURUSAN JUGA BERHARAP AGAR PIHAK PENDUDUK TIDAK MENINGGALKAN BUNGKUSAN SAMPAH DI HADAPAN PINTU DAN KAWASAN TANGGA. SAMPAH HARUS DIBUANG DI TONG SAMPAH YANG DISEDIAKAN.

KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.


"HAPUS DENGGI HIDUP SEJAHTERA"


Aduan Meter Air Syabas Tidak Berfungsi di Blok Q

Pihak Penyelenggara bertugas untuk Blok Q iaitu En Huzairi Bin Rosli telah melakukan pemeriksaan rutin pada 27/09/2011 waktu 3:00 petang mendapati terdapat beberapa meter syabas tidak berfungsi (counter meter tak bergerak/berjalan).


Laporan pemeriksaan daripada pihak Penyelenggaran telah diterima oleh pihak pengurusan dan tindakan selanjutnya adalah aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan telah menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 pada tarikh 28/09/2011 waktu 11:45 pagi untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi permasalahan tersebut:-

1. Meter Syabas unit U4/33-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 596

2. Meter Syabas unit U1/33-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 600

3. Meter Syabas unit U2/33-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 604

4. Meter Syabas unit U3/33-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =111 812 606


Mengikut Pihak Syabas, bagi aduan meter tidak berfungsi, tindakan  akan diambil dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan dibuat.