Tuesday, December 31, 2013

1 JANUARI 2014 CUTI SEMPENA TAHUN BARU 2014

MEMO PENDUDUK

Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa  Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI SEMPENA TAHUN BARU 2014

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 1hb Januari 2014 (rabu) Sempena Tahun Baru 2014 dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 2hb Januari 2014 (khamis) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti ini anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’: 
012-979 6536


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 DARIPADA KAMI
PIHAK PENGURUSAN

JMB PUSAT KOMERSIL


Monday, December 23, 2013

LONGKANG SALIRAN PEMBENTUNGAN NAJIS TERSUMBAT DI BLOK K DAN L





Pada 23 Disember 2013, Pihak Penyelenggara yang bertugas iaitu En Huzairi telah melakukan pemeriksaan rutin dibelakang kedai dan mendapati terdapat beberapa saliran longkang (najis) telah tersumbat.

Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada waktu 11:00 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Indah Water Konsortium (IWK).


Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline IWK iaitu 1800-88-3495 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi tindakan sewajarnya dapat diambil segera.

Berikut adalah aduan dan no. rujukan bagi masalah longkang najis tersumbat:-

1. Belakang kedai Unit XG/22 (Blok K)
    Nombor ruj. aduan IWK =3177339

2. Belakang kedai Unit VG/23 (Blok L)
    Nombor ruj. aduan IWK =3177382

Melalui IWK, tindakan akan diambil dalam tempoh 24 jam.

Sekian.

MEMO KHIDMAT MASYARAKAT - PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MANGSA BANJIR - KAWASAN KEMAMAN, TERENGGANU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pihak pengurusan kami telah menerima surat bertarikh 10 Disember 2013 dari Adun Kawasan Kota Anggerik iaitu Dr. Haji Yaakob Bin Sapari. Surat tersebut telah disampaikan oleh En Tahir Bin Saleng selaku wakil Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dan beliau juga adalah wakil pihak JMB. Untuk makluman anda, beliau juga adalah salah seorang sukarelawan dalam misi tersebut. 

Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik akan menjalankan misi bantuan kebajikanan masyarakat kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Kemaman, Terengganu pada:-

Tarikh: 28hb - 29hb Disember 2013 (sabtu & Ahad)
Masa: 6.00 petang - 11.00 malam

Untuk Pertanyaan lanjut sila hubungi Penyelaras Misi Bantuan Kecemasan, Cik Eja 013-399 8243 atau Puan Anizan 013-366 8222.

Dilampirkan surat sebagai rujukan pihak anda. 


Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat ikut serta dalam memberi sumbangan agar dapat meringankan beban mereka yang terlibat. 

Sebarang kerjasama dan bantuan yang dihulurkan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Shamsul Fariz Bin Salimin
Pentadbiran
JMB PK SEK 7 COMMITTEE

MEMO KHIDMAT MASYARAKAT - PERMOHONAN SUMBANGAN SEJADAH, TELEKONG DAN KAIN PELEKAT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Pihak pengurusan kami telah menerima surat bertarikh 12 November 2013 dari Adun Kawasan Kota Anggerik iaitu Dr. Haji Yaakob Bin Sapari. Surat tersebut telah disampaikan oleh En Tahir Bin Saleng selaku wakil Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dan beliau juga adalah wakil pihak JMB.

Dilampirkan surat sebagai rujukan pihak anda. 


Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya anda semua dapat ikut serta dalam memberi sumbangan agar dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

Shamsul Fariz Bin Salimin
Pentadbiran
JMB PK SEK 7 COMMITTEE


Sunday, December 15, 2013

Notis Pemberitahuan_Operasi Meroboh Struktur tanpa kelulusan MBSA


5 Disember 2013: Kerja meruntuh Awning di belakang kedai





Kerja Mengorek dan Menanggalkan binaan di belakang kedai






13 Disember 2013 : Kerja-kerja pembersihan dilakukan secara berperingkat 







Kerja-kerja pembersihan di laluan belakang oleh Jabatan Khidmat Bandar MBSA. Lubang tersebut harus disenggara dan dibersihkan segera kerana dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya longkang tersumbat hasil kerja pihak MBSA yang meruntuhkan struktur binaan yang tidak diluluskan oleh pihak MBSA. Kami juga berharap pihak MBSA peka masalah sumbatan ini.



-TamaT-


Tuesday, December 10, 2013

CUTI UMUM 11 DISEMBER 2013 SEMPENA HARI KEPUTRAAN SULTAN SELANGOR


Kepada :        Semua Pemilik/ Penduduk/ Penghuni                                 
                      Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI UMUM 11 DISEMBER 2013 SEMPENA HARI KEPUTRAAN SULTAN SELANGOR

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada 11 Disember 2013 (Rabu) SEMPENA HARI KEPUTRAAN SULTAN SELANGOR dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 12 Disember 2013 (Khamis) seperti biasa.

Sehubungan dengan cuti ini, sekiranya anda pulang bercuti, diminta untuk memastikan perkara-perkara berikut;-
  1. SILA PASTIKAN TONG GAS DAN SEMUA ALAT-ALAT ELEKTRIK TELAH DITUTUP DAN DIMATIKAN;
  2. SILA PASTIKAN SEMUA TINGKAP, PINTU DAN GRIL BESI TELAH DIKUNCI DENGAN KEMAS;
  3. SILA PASTIKAN SEMUA PILI AIR DITUTUP TERUTAMA PILI AIR DI METER SYABAS YANG TERLETAK DI BAWAH BLOK UNIT ANDA; DAN
  4. PERINGATAN SUPAYA JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG BOLEH MENGANGGU KETENTERAMAN PENGHUNI LAIN.
Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti perayaan anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ‘ON CALL’: 
012-979 6536

SELAMAT BERCUTI DARIPADA KAMI
PIHAK PENGURUSAN JMB PUSAT KOMERSIL