PEMBAYARAN


ONLINE BANKING 


Yuran Bulanan Penyelenggaraan:

RM40.00 (kediaman) & RM110.00 (premis/kedai)

Pemilik, penduduk dan penyewa boleh membuat pembayaran yuran penyelenggaraan melalui 3 cara iaitu;
  1. Tunai & Cek* - datang terus ke Pejabat Pengurusan dan resit rasmi akan terus dikeluarkan kecuali Cek Tertunda/Post dated cheque. Resit rasmi Cek Tertunda/Post dated cheque hanya akan dikeluarkan mengikut tarikh cek.
  2. Pos Cek* - resit rasmi akan dikeluarkan pada tarikh cek diterima dan resit tersebut akan dipos ke alamat surat-menyurat pemilik. (sila sertakan bersama RM 0.50 komisyen bank/ bank commission untuk cek luar daerah/outstation cheque)
  3. Wang Pos - resit akan dipos ke alamat surat-menyurat pemilik.
  4. Online Banking - Pembayaran boleh dilakukan di CIMB Counter, Mesin ATM dan Online Banking menerusi CIMB akaun kami : 8600707971 di atas nama JMB "PK SEK : 7 COMMITTEE". Transaksi slip harus dihantar kepada pihak kami menerusi fax (talian 03-5510 0255) atau emailkan kepada kami jmbpksek7committee@gmail.com. Sila nyatakan juga Nama, no telifon, unit no. dan blok anda.
  5. Online Banking: MAYBANK2U ---> http://jmbpks7.blogspot.com/2013/02/pembayaran-online-secara-maybank2u.html
  6. Perubahan terhadap no. akaun CIMB bank yang terdahulu anda boleh rujuk pautan ini: http://jmbpks7.blogspot.com/2014/02/penukaran-nombor-akaun-cimb-yang-baru.html
PENTING!!!

* Pembayaran melalui cek/wang pos hendaklah dibuat di atas nama;
JMB "PK SEK : 7 COMMITTEE" 
Sila nyatakan:-
  • Nama Penuh Pembayar/Pemilik Permis
  • No.Telefon yang mudah dihubungi.
  • No. Unit Kediaman/ Premis dan Blok.

* Pihak pembayar juga diwajibkan untuk membayar tunggakan yuran penyelenggaraan (sekiranya ada) sebelum menyelesaikan bil semasa.
* Yuran penyelenggaraan adalah termasuk cukai tanah dan insurans kebakaran bangunan (sijil insuran kebakaran akan diberikan selepas pembayaran dibuat).

PANDUAN PEMBAYARAN MELALUI MAYBANK 2U
http://jmbpks7.blogspot.my/search/label/maybank2u

* Sila kemaskinikan alamat surat menyurat dan nombor telefon sekiranya terdapat sebarang perubahan.


Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan  menjelaskan yuran penyelenggaran amatlah kami hargai demi kepentingan, keharmonian & kesejahteraan penduduk Pusat komersil Seksyen 7, Shah Alam.

“PEMBAYARAN YURAN PENYELENGGARAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA”

Sekian, terima kasih.
 
BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

Nota:-

Sekiranya anda ingin tahu secara lanjut mengenai jenis perkhidmatan yang disediakan, sila klik --> di sini. 

Jika anda ingin mengetahui aktiviti pihak JMB, sila klik--> di sini. 

Kepentingan Pembayaran Yuran Penyelenggaran (Maintenance Fees) mengikut Akta 663 sila klik --> di sini.