Monday, March 25, 2013

Majlis Keluarga AJK & Kakitangan JMB 2013 (SEMPENA 5 TAHUN BEROPERASI DENGAN JAYANYA)

Majlis Hari Keluarga JMB telah diadakan pada 9 Mac 2013 (Sabtu) sempena meraikan kejayaan 5 tahun (2008 - 2013)pihak Pengurusan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam: JMB "PK SEK: 7 COMMITEE" beroperasi dan telah mencapai banyak kejayaan dalam menguruskan perihal penyelenggaraan dan kebersihan kawasan sekitar.

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai memberi penghargaan terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) dan kakitangan pengurusan dan penyelenggara bangunan yang selama ini bekerja penuh berdedikasi tanpa mengira waktu demi pembangunan dan kesejahteran kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

Pihak kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya Bangunan (COB) iaitu Tuan Said Bin Ibrahim dan Ahli Majlis MBSA (MPP ZON 3) iaitu Puan Sarimah Lisut yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasam yang tidak berbelah bagi terhadap kami.

Tentatif Majlis

8.00 – 8.30mlm         : Ketibaan jemputan termasuk jemputan V.I.P.
8.30 – 8.45mlm         : Bacaan doa oleh Ustaz Sajuri
8.45 – 9.30mlm         : Jamuan Makan
9.30 – 9.45mlm         : Ucapan Aluan dan Perasmian Majlis oleh Hj. Shahrir Shahodin
9.45 – 10.30mlm       : Pertandingan Karaoke dan meniup belon untuk dewasa dan kanak-kanak
10.30 – 11.00mlm     : Pertandingan Kerusi Berirama untuk Dewasa dan kanak-kanak
11.00 – 11.30mlm     : Cabutan Bertuah dan pemberian hadiah kepada pemenang pertandingan.

11.30 – 11.45mlm     : Ucapan penutup oleh Pengerusi Hj. Shahrir Shahodin dan Bersurai.

Jemputan

1.         Ahli Jawatankuasa JMB “PK Sek : 7 Committee”
2.         Kakitangan-kakitangan JMB “PK Sek : 7 Committee”
3.          Pekerja Pembersihan
4.          Tuan Said bin Ibrahim (C.O.B MBSA)
5     Pn. Sarimah bt Lisut (Ahli MBSA & MPP Zon 3)
5.          Pekerja pembersihan dan Keluarga
6.          NR UiTM 
7.          Pihak Balai Polis Sek 7 dan Keluarga
8.          Wakil AJK Persatuan Penduduk PKS7

bacaan doa oleh Tuan Sajuri selaku Imam Surau Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam










 MC BERSAMA EN RAZIB (AJK) DAN EN HUZAIRI


SESI KARAOKE : EN SAHRUDDIN BIN LIN (BENDAHARI) MENDENDANGKAN LAGU UNTUK PARA TETAMU


PUAN HAYATI & ANAK BELIAU


PUAN FAIZAH & ANAK BELIAU



ORANG KUAT PERSIAPAN MAJLIS 


MUSICAL CHAIRS FOR CHILDREN


 SESI KARAOKE - HJ SHAHRIR MENDENDANGKAN LAGU 


DJ ZUL




PUAN SARIMAH LISUT MENYAMPAIKAN UCAPAN


 SESI BARBEQUE (BBQ)


 ACARA TIUB BELON KANAK-KANAK
 

AJK & TETAMU YANG HADIR TUAN SAID IBRAHIM AMAT SPORTING


EN FAIZ (FOTOGRAPHER)
 



PUAN SARIMAH LISUT TURUT BERMAIN MUSICAL CHAIRS, BELIAU JUGA AMAT SPORTING

 
TERIMA KASIH DIATAS KEHADIRAN TUAN PUAN DALAM MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI YANG TIDAK SEBERAPA INI..

ALHAMDULILLAH...



Tuesday, March 19, 2013

Aduan Sebelum Paip Meter Syabas Bocor di Blok Q

Pada 18 Mac 2013, Pihak Penyelenggara bertugas iaitu En Huzairi telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter syabas.


gambar hiasan

Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada waktu .3:30 petang untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit U1/29-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =13-2378026

2. Meter Syabas unit U2/47-A (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =13-2378030

3. Meter Syabas unit U4/33-B (Blok Q)
    Nombor ruj. aduan Syabas =13-2378022





Melalui Operator/ Receptionist Syabas, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam. 

Saturday, March 16, 2013

Pembaikan jalan berlubang sekitar Pusat Komersil Sek. 7 oleh kontraktor MBSA


Kerja-kerja penurapan jalan berlubang sekitar pusat komersil seksyen 7 Shah Alam telah dilakukan secara berperingkat.

 Terima kasih diucapkan kepada Pihak MBSA kerana memandang serius setiap aduan yang telah pihak JMB adukan dan diharap agar tindakan yang diambil tidak memakan masa yang panjang.

kerja-kerja menyimen laluan kereta di hadapan blok A & B

Kerja-kerja menyimen laluan jalan rosak di hadapan blok A & B telah dilakukan oleh pihak penyelenggaran bangunan Pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE". 

Pihak JMB menampal jalan tersebut bertujuan untuk kesenangan masyarakat bersama.





Aduan Sebelum Paip Meter Air Syabas Bocor di Blok E

Pihak Penyelenggara bertugas iaitu En Huzairi & En Jamal telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter syabas.


gambar hiasan

Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada waktu 11:30 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit AAG/36 (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas =13-2375403

2. Meter Syabas unit AA3/34-A (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas =13-2375407


Melalui Operator/ Receptionist Syabas, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam.  


Sila rujuk gambar di bawah berkenaan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh kontraktor syabas.




 
Tindakan Kontraktor Syabas hadir kurang 1 jam selepas aduan dibuat. Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.