Assalamualaikum
wbt. dan Salam Sejahtera..
LOGO
RASMI
BADAN PENGURUSAN BERSAMA
JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE"
Tujuan utama blog komuniti
ini diwujudkan oleh Pihak Pengurusan adalah kerana merasakan blog adalah satu
medium atau wadah terbaik untuk menyalurkan maklumat dan
berkongsi informasi berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku di Pusat
Komersil Seksyen 7, Shah Alam kepada semua ahli-ahli komuniti PKS7.
Untuk makluman, Badan
Pengurusan Bersama JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" telah berjaya
didaftarkan pada 7hb Mei 2008 dan bertanggungjawab mengurus,
mentadbir dan menyelenggarakan kawasan awam dan harta hakgunasama (Common
Area & Common Property) -unit rumah dan kedai sebanyak 14 blok- D, E,
F, G, H, J, K, L, M, N, P dan Q dan kemasukkan blok A dan B di bawah pengurusan JMB "PK SEK: 7
COMMITTEE" mulai Januari 2013 iaitu penyerahan secara rasmi oleh PCM Bina Sdn
Bhd yang diluluskan oleh pihak MBSA. Kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah
Alam ini diuruskan sendiri oleh pemilik tanpa menggunakan khidmat 'agen
pengurusan'.
Pelaksanaan Akta Bangunan dan Harta
Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] bertujuan bagi
memperkemaskan kaedah mengawal selia penyenggaraan dan pengurusan semua jenis
bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata bermula dari
peringkat penyerahan milikan kosong (Vacant Possession-VP) oleh pemaju
sehinggalah ke peringkat selepas Perbadanan Pengurusan (MC) diwujudkan. Akta
663 ini telah diwartakan di peringkat Persekutuan pada 13 Februari 2007 dan
mula berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan
Labuan pada 12 April 2007 setelah mendapat persetujuan daripada semua Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) melalui persetujuan mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan
Tempatan (MNKT) Ke-57 yang telah diadakan pada 23 Mac 2007.
Penguatkuasaan
Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) menggantikkan Akta 663 yang tealah
digunapakai sejak 2009 akhirnya setelah hampir 2 tahun menunggu, akta baru ini
tealah mula dikuatkuasakan pada 1. 6. 2015. Semua negeri kecuali Pulau Pinang
dan Wilayah Persekutuan akan mula menggunapakai akta yang komprehensif ini.
Bermakna dengan rasminya akta harta bersama
(pengurusan dan penyenggaraan) 2007 atau Akta 663 akan dimansuhkan.
Antara
penambahbaikan akta adalah penubuhan tribunal pengurusan strata, penubuhan
sub-mc, kawalan kutipan caj yang lebih ketat, perlantikan ejen pengurusan dan
kadar penalti yang tinggi serta keseragaman peraturan.
Selamat
menuju era baru dalam pengurusan strata. Bagi WP, dan Penang diharap dapat
selesaikan isu tertuggak dan umumkan tarikh penguatkuasaan secepat mungkin.
Admin berharap dengan adanya AKTA 757 ini, akan memberi kebaikan untuk semua
pihak yang terlibat dala pengurusa strata. Diharap pihak pemaju dapat memproses
"submission" Strata Title Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam ini
secepat mungkin.
Sehubungan dengan itu,
Pihak Pengurusan berharap dengan adanya blog komuniti ini dapat mengeratkan
lagi hubungan di antara Pihak Pengurusan dengan penduduk dan pemilik kediaman/
premis di PKS7. Insya-Allah, dari masa ke semasa blog komuniti ini akan
dikemaskini untuk memberi informasi dan maklumat berguna kepada semua komuniti
PKS7.
Matlamat badan ini
ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan, ianya lebih kepada memberi
perkhidmatan pengurusan yang terbaik kepada penduduk dan memaklumkan betapa
pentingnya pembayaran yuran bagi kerja-kerja penyelenggara bangunan &
kawasan Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.
Di sini dilampirkan sijil
perakuan bernombor siri 0015 yang telah dikeluarkan oleh pihak MBSA sebagai
rujukan pihak tuan/puan.
Kerjasama dan
sokongan dari anda amatlah kami hargai.
“MEMBAYAR YURAN
PENYELENGGARAAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA”
Sekian, terima kasih.