Wednesday, April 30, 2014

CUTI HARI PEKERJA 1 MEI 2014

PEMBERITAHUAN


Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI HARI PEKERJA 2014

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada:

ü 1hb Mei 2014 (Khamis- Cuti Hari Pekerja) dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada  2hb Mei 2014 (Jumaat) seperti biasa.

ü Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, kini anda boleh membuat pembayaran secara online atau bank in ke akaun CIMB kami a/c no. 8600707971 . Slip pembayaran haruslah difax (03-55100255) atau diemailkan (jmbpksek7committee@gmail.com) kepada kami beserta nama, no. telefon dan no. unit rumah/ kedai.

Untuk masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ON CALL’: 
012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)


Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB ”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk. 

Saturday, April 19, 2014

MESYUARAT AGUNG KE 6

Mesyuarat Agung yang ke 6 pada kali ini berlangsung pada 19 April 2014. Ramai tetamu yang terdiri dari pemilik unit rumah dan pemilik unit kedai telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

UCAPAN RINGKAS OLEH HJ SHAHRIR BIN SHAHODIN (PENGERUSI JMB) Sesi 2012/2014

Beliau bersyukur ke hadrat ilahi dan berterima kasih kepada semua pemilik rumah yang berkerjasama menyokong cadangan dan keputusan sehingga siapnya keseluruhan projek menaiktaraf tangga setiap bangunan di Pusat Komersil Seksyen 7, di sini.

Beliau turut menyatakan kegembiraan dan seronok dengan keadaan tangga yang cantik dan mudah diuruskan sekaligus menaiktaraf kawasan tempat tinggal kita ini

Di dalam mesyuarat ini juga beliau akan mencadangkan beberapa jalan penyelesaian terhadap masalah yang sering pihak pemilik rumah dan penduduk hadapi seperti:
kebocoran siling tandas (tanggungjawab pemilik);dan penggantian tangki milik individu yang mengalami masalah kebocoran dan akan dibincangkan di dalam agenda mesyuarat ini.

Mesyuarat kemudiannya dirasmikan oleh Y.Bhg Puan Sarimah binti Lisut selaku Ahli Majlis MBSA & Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3, Shah Alam.

Sedikit sebanyak ucapan daripada beliau :

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan tersebut dan turut memaklumkan status beliau sebagai Ahli Majlis MBSA.

Beliau turut menjelaskan bahawa tujuan mengadakan AGM adalah sebagai untuk memaklumkan dengan telus kepada semua penduduk apa yang telah dilakukan sepanjang tahun oleh pihak Pengurusan dan pihak penyelenggara bangunan.

Pihak JMB turut melakukan setiap kerja berlandaskan Akta, undang-undang dan semua ini pihak penduduk perlu tahu dan maklum.

Beliau turus menasihati pihak penduduk agar menguruskan sisa sampah dengan bijak dengan:-

Mengasingkan setiap jenis sampah; dan Kitar semula sampah – beliau turut mencadangkan agar menyediakan tong kitar semula. 


Pihak JMB turut berusaha menangani wabak denggi dan nyamuk aedes yang turut dilakukan oleh pihak kontraktor JMB membersihkan kawasan airwell dan ini adalah tanggungjawab bersama dalam membenteras wabak tersebut.

MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 5 (AGM) – 11 Mei 2013

En. Mohd Razib B. Mustafa meminta hadirin agar mengambil sedikit masa untuk merujuk booklet muka surat 5 – 10 dan sekiranya tiada sebarang masalah bolehlah meluluskan Minit Mesyuarat Agung Ke 5 (AGM) tersebut. Beliau turut menyatakan hanya pemilik yang hadir pada mesyuarat agung ke 5 tersebut yang boleh mencadang dan menyokong kelulusan.

Pecadang: Encik Kamal wakil pemilik rumah AA1/32-A blok 
Menyokong: En. Roslan B. Razali pemilik rumah X3/14-A blok K.


TAKLIMAT PENGERUSI JMB PK SEK 7 COMMITTEE SESI 2013/2014

           Polisi JMB

Dengan merujuk ‘slideshow’ yang telah disediakan sebagai pembentangan beliau telah menjelaskan tentang Polisi JMB dengan mengatakan bahawa Pihak Pengurusan JMB amat menitikberatkan soal pengurusan lebihan dana dan perbelanjaan yang akan datang. Akaun JMB turut berjaya diaudit setiap tahun tanpa gagal iaitu pada bulan April sebelum Mesyuarat Agung diadakan.

Cadangan Pihak MBSA mengenakan Caj Parking kenderaan

Dalam bulan julai 2013, kita telah dikejutkan dengan cadangkan Bandaraya Shah Alam mengenakan bayaran letak kereta dikawasan Pusat Komersil Seksyen 7 ini.

Usaha yang gigih telah dilakukan dengan menyiapkan sebuah kertas kerja dan berjumpa dengan YAB Tan Sri Menteri Besar, YB DUN Yaakob Sapari dan Ahli MBSA iaitu Puan Sarimah binti Lisut.

Ianya telah menghasilkan kejayaan dan sehingga hari ini kawasan kita tidak dikenakan bayaran tempat letak kereta. Alhamdulillah…

Penghargaan

Hj Shahrir Bin Shahodin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sarimah binti Lisut selaku Ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 3, YB Tuan DR. Hj. Yaakob Sapari selaku ADUN Kota Anggerik yang telah membantu pihak JMB dalam banyak hal.

Tidak ketinggalan beliau turut menyatakan ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa JMB serta kakitangan yang mendukung semua aktiviti JMB sepanjang tahun 2013/2014.

Akhir kata beliau berharap agar pada pasa kini dan hadapan dapatlah bersama-sama berganding bahu untuk menjadikan pusat komersil ini menjadi tempat tinggal yang selesa, bersih, ceria dan bukan sebaliknya.

Pembentangan Laporan Penyelenggaraan

EN. TAHIR BIN SALENG SELAKU AJK BERPORTFOLIO PENYELENGGARAAN JMB SESI 2013/2014 MEMBENTANGKAN LAPORAN PIHAK PENYELENGGARAAN JMB 

LAPORAN LENGKAP MINIT MESYUARAT BOLEH DIPEROLEHI DARI PIHAK PENGURUSAN. HANYA PEMILIK SAHAJA YANG LAYAK UNTUK MENDAPATKANNYA

SEBAHAGIAN GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG DILAMPIRKAN SEBAGAI RUJUKAN.









































Wednesday, April 16, 2014

PERSEDIAAN MESYUARAT AGM KE 6

Persiapan persediaan AGM ke 6 telah dilakukan bakal berlangsung pada 19 April 2014. Persiapan yang dibuat adalah:

1. Menggantung banner
2. Menyediakan senarai pemilik yang layak hadir
3. Cenderahati
4. Booklet
5. Slideshow Presentation
6. Kad Undian
7. Susunan Kerusi Meja
8. Hiasan tempat
9. dan sebagainya...

Dilampirkan gambar sebagai rujukan