Wednesday, March 26, 2014

STATUS TERKINI PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA DI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA


KENYATAAN MEDIA

SIARAN SEGERA
25 MAC 2014

STATUS TERKINI PELAN CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT PERTAMA DAN KETIGA DI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masing-masing mula dilaksanakan pada 27 Februari 2014 dan 10 Mac 2014 yang masih diteruskan sehingga kini.

Untuk makluman, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dilaksanakan ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

SYABAS telah dimaklumkan oleh syarikat operator loji iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd bahawa LRA Cheras Batu 11 yang telah mula beroperasi sejak 17 Mac 2014 lalu telah berhenti beroperasi semenjak jam 2.00 petang hari ini (25 Mac 2014). Ini berlaku berikutan kandungan ammonia di LRA Cheras Batu 11 telah meningkat semula sejak semalam disebabkan kekurangan hujan sejak empat (4) hari yang lepas. Bacaan paras ammonia sehingga jam 2.00 petang (25 Mac 2014) adalah pada tahap 4.20 part per million (ppm) iaitu melebihi paras kandungan yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala, LRA Bukit Tampoi pula pada masa ini (2.00 petang, 25 Mac 2014) masih lagi beroperasi seperti biasa disebabkan paras ammonia masih di tahap yang dibenarkan. Keadaan yang berlaku ini juga sedang dipantau rapi oleh pihak operator loji berkenaan. Justeru, para pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperolehi bekalan air menerusi LRA tersebut akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan di dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Berhubung ini, seperti yang telah dijadualkan, pada hari ini (25 Mac 2014) kawasan yang diletakkan di bawah ZON 2 mendapat bekalan air dan ZON 1 sedang dicatu.
Oleh sebab itu, para pengguna perlu menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk kegunaan utama bagi tempoh ketiadaan air selama dua hari. SYABAS juga akan terus membuat pemantauan berterusan di kawasan-kawasan catuan ini bagi memastikan para penduduk mendapat bekalan air seperti yang telah dijadualkan.

Sementara itu, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga akan terus dilaksanakan. Ini melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam pula berlaku ekoran kekurangan bekalan air terawat disebabkan pengurangan pelepasan air mentah dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 500 JLH dan Empangan Klang Gates (30 JLH) seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

SYABAS ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa kawasan catuan bekalan air yang diletakkan d dalam ZON 2 di Wilayah Gombak dan Klang/Shah Alam lewat mendapat bekalan air seperti yang dijadualkan sejak semalam. Ini berikutan loji rawatan air yang membekalkan air ke semua kawasan ini dari Sungai Selangor telah mengurangkan pengeluaran air terawat daripada kadar pengeluaran biasa pada 24 Mac 2014 berbanding kadar pengeluaran semasa catuan. Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan SYABAS di semua kawasan gangguan ini menunjukkan bekalan air di semua kawasan tersebut telah mula mendapat bekalan air seperti biasa sejak jam 10.00 malam tadi (24 Mac 2013) dan dijangka pulih sepenuhnya pada petang 25 Mac 2014. Antara kawasan yang masih tidak mendapat bekalan air adalah:

Wilayah Gombak
Wilayah Klang/Shah Alam
  • Bukit Indah
  • Taman Sri Rasa
  • Taman Sri Bayu
  • Taman Zooview
  • Seksyen 1 dan 2
  • Kampung Tasik Permai
  • Sri Gombak
  • Kepong Baru
  • Seksyen 27
  • Seksyen 28
  • Seksyen 33
Untuk makluman, catuan bekalan air kesemua kawasan yang terlibat di Peringkat 1 dan 3 akan terus dilakukan mengikut jadual berdasarkan pelan catuan sebelum ini dan para pengguna diharapkan agar memandang serius berhubung perkembangan terkini  situasi bekalan air yang berlaku di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lalu meyebabkan tiada aliran air tambahan di Sungai Selangor  dan oleh sebab itu kedua-dua pelan catuan bekalan air ini masih lagi diteruskan sehingga 31 Mac 2014  atau dilanjutkan. Walau bagaimanapun, pihak SYABAS masih menunggu keputusan lanjutan catuan air daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Justeru, pihak SYABAS terus berharap agar para pengguna sentiasa memberikan kerjasama penuh untuk mengurangkan penggunaan air dan terus berjimat cermat bagi membolehkan bekalan air sediada dapat bertahan lebih lama. Para pengguna terus diingatkan agar tidak melakukan perkara yang terlarang dan tidak bertanggungjawab seperti melakukan kerosakan terhadap fasiliti dan infrustuktur bekalan air yang diuruskan oleh SYABAS termasuklah pada jajaran-jajaran paip kerana perbuatan ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan air bersih apabila bekalan air pulih seperti sediakala. Selain itu, SYABAS turut menanggung kerugian akibat vandalisme yang dilakukan para pengguna. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.

Selain dari itu, bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung pelan catuan yang dilaksanakan ini seperti kawasan terlibat dan jadual catuan bekalan air, para pengguna disarankan untuk terus melayari laman web SYABAS (www.syabas.com.my) dari masa ke semasa. 

Sunday, March 16, 2014

AKTIVITI PEMBERSIHAN AIRWELL

16 MAC 2014


Pembersihan Airwell PKS7 bersama kempen mencegah wabak Denggi. Sampah yang dibuang oleh penghuni yang tidak bertanggungjawab walaupun notis larangan telah dikeluarkan.

Diharap penghuni lebih bertanggungjawab dimasa hadapan. Terima kasih kpd semua Penghuni/ penyewa tingkat satu kerana memberi kerjasama dan laluan untuk masuk ke airwell. 

Kerja dilakukan oleh En Tahir dan En Syamaizar selaku AJK JMB yang begitu komited demi menjaga kebersihan dan keharmonian penduduk setempat.






Gambar ihsan dari facebook En Tahir bin Saleng https://www.facebook.com/tahir.saleng

Friday, March 14, 2014

MESEJ KHIDMAT MASYARKAT: INFO TERKINI JEREBU PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera

Pihak pengurusan JMB telah membuat pemerhatian disekitar kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam dan dari pagi sehingga waktu 2 petang mendapati keadaan cuaca berjerebu dan mencatat bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) 160 = tidak sihat. info: http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

Sumber dalaman Punca Jerebu

Petikan dari: Utusan Melayu (M) Bhd 


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Fenomena jerebu yang melanda ketika ini dikenal pasti berpunca daripada sumber dalaman seperti pembakaran hutan, pembebasan asap kilang dan kenderaan serta pembakaran terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, fenomena itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan kejadian letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara baru-baru ini atau berdasarkan faktor luaran lain.

Beliau berkata, cuaca panas dan kering tanpa kehadiran hujan untuk beberapa hari memburukkan lagi keadaan.

"Sumber-sumber dalaman itu beserta dengan ketiadaan hujan menyebabkan partikel seperti gas, debu, habuk dan zarah terkumpul di udara dan tidak dapat turun ke bumi," katanya kepada Bernama.

Mengikut rekod JMM, jerebu kini tertumpu di kawasan bandar besar yang aktif dengan aktiviti ekonomi dan perindustrian serta memiliki jumlah kenderaan yang banyak seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Selangor (Subang) dan Pulau Pinang (Seberang Perai).

Che Gayah berkata, cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini agak tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac.

"Bagaimanapun keadaan jerebu masih terkawal namun langkah pencegahan awal bagi mengelak ia menjadi lebih teruk perlu dilakukan, antaranya mengelak pembakaran terbuka dan mengurangkan jumlah kenderaan awam di jalan raya," katanya.

Menurut bacaan Indeks Pencemaran Udara yang direkod Jabatan Alam Sekitar pada tengah hari ini, sebanyak 23 kawasan mencatat status kualiti udara tahap baik dan 26 kawasan tahap sederhana. - BERNAMA

Berikut adalah gambar yang telah diambil oleh admin sebagai rujukan anda:


berhampiran i-City


Jalan dari Shah Alam menghala ke Kuala Lumpur


Jalan dari Shah Alam menghala ke Klang


Gambar seterusnya diambil dari bumbung Pasaraya Giant, Seksyen 7, Shah Alam 





Oleh yang demikian, berikut adalah langkah mencegah kesan akibat jerebu

Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu :
  • Kanak-kanak. 
  • Orang tua. 
  • Perokok. 
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah. 

Golongan berpenyakit seperti :
  • Asma. 
  • Bronkitis. 
  • Radang paru-paru. 
  • Penyakit paru-paru yang kronik. 
  • Penyakit jantung. 
  • Alahan. 

Kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah :


  • Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. 
  • Sukar bernafas atau sesak nafas. 
  • Mata pedih dan berair. 
  • Hidung berair dan kerap bersin. 
  • Kulit badan terasa gatal-gatal. 
  • Sakit-sakit dada.


Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut.
Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah :
  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.


  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

MESEJ KHIDMAT MASYARAKAT: BACAAN TERKINI IPU JEREBU SELANGOR 14 MAC 2014 INDEKS PENCEMARAN UDARA

MESEJ KHIDMAT MASYARATKAT:

Bacaan Terkini IPU Jerebu Selangor 14 Mac 2014: Indeks Pencemaran Udara

Kualiti udara di kawasan di negeri Selangor merosot pada Jumaat, malah beberapa kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang “berbahaya”


Setakat jam 6 pagi, dua kawasan yang berada di tahap “Berbahaya” adalah Banting (318) dan Pelabuhan Kelang (350) manakala tiga kawasan mencatat IPU “Tidak Sihat” iaitu Kuala Selangor (154), Petaling Jaya (186) dan Shah Alam (166)

Berikut adalah paparan IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang direkodkan, sumber menerusi laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia di capaian http://apims.doe.gov.my
Petunjuk
APIStatus
0-50Baik / Good
51-100Sederhana / Moderate
101-200Tidak Sihat / Unhealthy
201-300Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>300Berbahaya / Hazardous
Lokasi6AM7AM8AM9AM10AM11AM12PM1PM2PM3PM4PM5PM
Banting318*316*311*306*304*301*294*
K. Selangor154*152*149*147*148*144*134*
P.Klang350*352*358*353*345*315*304*
P.Jaya186*186*185*184*184*184*182*
S.Alam166*165*164*163*162*161*160*
Tempoh Kemaskini
IPU setiap jam dikira berdasarkan cerapan data dari stesen pengawasan kualiti udara automatik yang dikawal secara jarak jauh (remote). Proses cerapan memerlukan kitaran masa selama 1 jam yang lengkap sebelum bacaan IPU dipaparkan
Sebagai contoh, bacaan IPU pada jam 7 pagi hanya akan lengkap selepas 1 jam cerapan iaitu pada jam 8 pagi sebelum dapat dikemaskini di laman APIMS (http://apims.doe.gov.my)
Sementara itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat status IPU di negeri masing-masing melalui laman web APIMs, klik judul capaian:-
Klik- Bacaan Terkini Indeks IPU Jerebu 14 Mac 2014 Malaysia
mysumber : BACAAN TERKINI IPU JEREBU SELANGOR 14 MAC 2014 INDEKS PENCEMARAN UDARA http://www.mysumber.com/bacaan-terkini-ipu-jerebu-selangor-14-mac-2014-indeks-pencemaran-udara.html#ixzz2vurq1kXW




Monday, March 10, 2014

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT U1/25-A BLOK Q

PEMBERITAHUAN/ PEMGUMUMAN

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT U1/25-A BLOK Q

Unit rumah yang terlibat:

U1/25-A
U2/25-A
DAN
U3/25-A


LAPORAN ADUAN SALURAN KUMBAHAN DI UNIT U1/25-A BLOK Q TERSUMBAT

Pada 22 Februari 2014, pihak pengurusan telah mendapat aduan dari Pemilik rumah U1/25-A iaitu Puan Ros berkenaan saluran bilik air luar (berhampiran dapur) dan kawasan yard telah tersumbat dengan limpahan air najis. 

Pihak penyelenggara telah membuat siasatan dan cubaan servis telah dilakukan oleh pihak penyelenggara pada 7 Mac 2014 akan tetapi cubaan tersebut gagal. Pihak penyelenggara mencadangkan agar pihak pengurusan menghubungi kontraktor luar bagi menjalankan kerja tersebut. 

Pembaikan selanjutnya perlu dilakukan dari dalam kedai UG/25 (Restoran Nur Qasih). Kerja terpaksa ditangguhkan kerana setelah berbincang dengan pemilik kedai perlu mendapatkan satu tarikh bersesuaian bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan tersebut. Operasi restoran perlu dihentikan sementara.

Pihak kedai turut dinasihatkan agar membuat tebukan pada plaster siling kedai tersebut dan lubang pada mainhole didapati telah tertutup oleh binaan kekal pihak kedai. 




 Lubang mainhole yang telah ditebuk bagi memudahkan kerja pembaikan



Plaster siling telah dibuka

Setelah perkara tersebut dilakukan oleh pihak kedai, maka pihak kontraktor pun segera dihubungi.

Setelah mendapat persetujuan pemilik kedai, pada 8 Mac 2014, pihak kontraktor yang bertauliah telah hadir untuk menjalankan kerja-kerja servis lubang salur utama yang tersumbat. 


Pihak pengurusan telah mengeluarkan notis larangan penggunaan air di kawasan terlibat (U1/25-A, U2/25-A dan U325-A) untuk sementara waktu bagi memudahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan menservis saluran kumbahan tersebut.




Setelah beberapa jam melakukan kerja tersebut bersama pihak kontraktor, akhirnya masalah telah berjaya diselesaikan. Menurut En Huzairi selaku pembantu ketua penyelenggara, punca sumbatan tidak dapat dipastikan dan kebiasannya adalah sisa /lemak makanan, gumpalan rambut dan pelbagai bendaasing dijumpai dan dalam kes ini bendaasing tersebut telah disembur keluar hingga ke salur lubang longkang (mainhole) utama.

Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. 

Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan. 

STATUS: SELESAI


Sekian, harap maklum..

Laporan disediakan oleh penyelenggara bertugas: Encik Muhammad Huzairi bin Rosli dan telah dikemaskinikan oleh Pentadbiran iaitu En Shamsul.

Terkini! Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor khasnya di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

Terkini! Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor khasnya di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pada 10 Mac 2014 waktu 10 pagi admin telah menghubungi pihak Syabas tentang perkara berkenaan untuk mengesahkan adakah Kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam terlibat sama atau pun tidak.

Pihak Syabas hanya mengesahkan MULAI 10 Mac 2014 - 31 Mac 2014 bahawa kawasan berhampiran yang terlibat adalah:-

ZON 1 - TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT RAJA SELATAN, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

ZON 2 - KAWASAN DALAM PERUMAHAN PKNS, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

            - I-CITY, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Mengikut penjelasan operator syabas, sekiranya kawasan berhampiran telah terlibat bermaksud Kawasan Pusat Komersil juga berkemungkinan terlibat sama.



Diharap agar penduduk dan penghuni dapat menyimpan bekalan air yang mencukupi selama 2 hari kerana catuan tersebut dilakukan selang 2 hari.


Berikut adalah kenyataan rasmi pihak Syabas:-

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengeluarkan notis untuk melakukan catuan bekalan air di beberapa kawasan di Negeri Selangor. Syabas akan melaksanakan Pengagihan Air Berjadual mulai hari Ahad, 2 Mac 2014

Sila lakukan persiapan yang sewajarnya. Berikut adalah Notis dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air (2) yang dikeluarkan oleh Syabas :

NOTIS CATUAN BEKALAN AIR DI ENAM (6) DAERAH EKORAN PENGURANGAN PELEPASAN AIR MENTAH EMPANGAN SUNGAI SELANGOR DAN EMPANGAN KLANG GATES DAN PENGURANGAN PENGELUARAN AIR TERAWAT DARI LOJI-LOJI RAWATAN AIR YANG BERKAITAN 
Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Februari 2014 telah mengeluarkan arahan kepada SPLASH untuk mengurangkan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor sehingga 200 Juta Liter Sehari (JLH) dan pada 26 Februari 2014 mengarahkan PNSB untuk menghadkan pengambilan air mentah dari empangan Klang Gates kepada 100 JLH. Berikutan arahan tersebut, loji-loji rawatan air yang menerima bekalan air mentah dari kedua-dua empangan terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat sekaligus mengurangkan bekalan air terawat yang diagihkan oleh SYABAS ke kawasan pengguna yang berkaitan. 


Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor



Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 26 Februari 2014 telah meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). 

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air untuk makluman semua pengguna yang terlibat:- 

Perhatian! Pihak Syabas telah mengemaskini kawasan dan zon terlibat dengan catuan bekalan air ini melalui Notis Dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Ke 3 yang akan dilaksanakan pada hari Isnin, 10 Mac 2014. Sila dapatkan senarai terkini kawasan terlibat melalui link berikut :  

1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR 

  • Bermula pada 2 Mac 2014 (Ahad) hingga 31 Mac. 2014 (Isnin)
  • Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN. 



2. KAWASAN TERLIBAT 

  • Kawasan yang terlibat dibahagikan kepada 2 zon seperti di dalam JADUAL 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. Anda boleh lihat jadual ini di SINI







3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR 

  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air. 
  • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. 
  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. 
  • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan

JADUAL AGIHAN AIR MENGIKUT TARIKH DAN ZON

Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor



ZON DAN KAWASAN DAERAH HULU SELANGOR

Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Negeri Selangor

Daerah-daerah serta Kawasan-kawasan lain yang terlibat dengan catuan bekalan air adalah seperti berikut :

   GOMBAK (ZON 1)

  • 1.        Taman Keramat AU 1
  • 2.        Taman Keramat AU2
  • 3.        Taman Keramat AU4
  • 4.        Taman Keramat AU5
  • 5.        Seksyen 10 Wangsa Maju
  • 6.        Villa Wangsa Maju
  • 7.        Bukit Wangsa Mas
  • 8.        Bandar Manjalara
  • 9.        Sunway Harmoni
  • 10.        Sunway SPK
  • 11.        Desa Aman Puri
  • 12.        Taman Industri Ehsan Jaya
  • 13.        Seksyen 5 Wangsa Maju
  • 14.        Seksyen 6 Wangsa Maju
  • 15.        Seksyen 10 Wangsa Maju
  • 16.        Villa Wangsa Mas
  • 17.        Sebahagian kawasan AU4 Keramat
  • 18.        Tmn Bukit Wangsa Mas

   GOMBAK (ZON 2)

  • 1.        Kg Sungai Merali
  • 2.        Kg Puah
  • 3.        Kg Pandan Balang
  • 4.        Kg Bandar Dalam
  • 5.        Taman Ibukota
  • 6.        Air Panas Setapak
  • 7.        Taman Setapak
  • 8.        Kg Lee Kong Chian
  • 9.        Kg Sungai Mulia
  • 10.        Taman Suria Setapak
  • 11.        Taman Setapak Permai
  • 12.        Kg Kuantan Gombak
  • 13.        Taman Bukit Maluri
  • 14.        Sektor A Bandar Sri Damansara (SD 7 – SD 13)
  • 15.        Seksyen 1, Wangsa Maju
  • 16.        Seksyen 2, Wangsa Maju
  • 17.        Seksyen 4, Wangsa Maju
  • 18.        Danau Kota (kawasan A)
  • 19.        Jln Usahawan
  • 20.        Wangsa Melawati
  • 21.        Wangsa Delima



   KUALA LUMPUR (ZON 1)

  • 1.        Taman Sri Sinar
  • 2.        Taman Sri Bintang
  • 3.        Taman Bkt Sri Bintang
  • 4.        Taman Prima Pelangi
  • 5.        Taman SSPK Segambut
  • 6.        Taman Segambut
  • 7.        Taman Segambut Permai
  • 8.        Taman Segambut Damai
  • 9.        Taman Segambut Muda
  • 10.        Taman Segambut Aman
  • 11.        Taman Bukit Segambut
  • 12.        Taman Indah Murni
  • 13.        Taman Prima Impian
  • 14.        Taman Desa Segambut
  • 15.        Kg Segambut Dalam
  • 16.        Kg Segambut Bahagia
  • 17.        Kg Segambut Tengah
  • 18.        Kg Segambut Gate
  • 19.        Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta
  • 20.        Kesington Park
  • 21.        Changkat Kiara Bayu
  • 22.        Changkat Kiara Surya
  • 23.        Prima Duta
  • 24.        Menara Duta
  • 25.        Duta Ria
  • 26.        Kawasan Mount Kiara
  • 27.        Arkib Negara
  • 28.        Kompleks Kerajaan Jalan Duta
  • 29.        Masjid Wilayah KL
  • 30.        Lembaga peperiksaan
  • 31.        Ibu Pejabat BPR
  • 32.        Persiaran Duta
  • 33.        Pusat Perkembangan Kokurikulum
  • 34.        Stadium Hoki
  • 35.        Flat DBKL Dato Keramat
  • 36.        Jalan Padang Tembak
  • 37.        Jalan Semarak
  • 38.        Jalan Gurney
  • 39.        UTM, Jalan Semarak
  • 40.        Bangunan FELDA
  • 41.        Jalan Kent 1 hingga 7
  • 42.        Desa Pandan
  • 43.        Keseluruhan Kawasan Permaisuri
  • 44.        Taman Shamelin Perkasa
  • 45.        Taman Bandar Damai Perdana A & B
  • 46.        Taman Seri Bahagia
  • 47.        Taman Bukit Angsana
  • 48.        Taman Minang
  • 49.        Taman Damai Indah
  • 50.        Taman Bukit Anggerik 1 & 2
  • 51.        Taman Desa Baiduri
  • 52.        Taman Bukit Segar
  • 53.        Taman Bukit Segar Masera
  • 54.        Bandar Baru Segar Utama
  • 55.        Taman Bukit Segar Jaya
  • 56.        Alam Damai & Taman Len Seng
  • 57.        Bukit Cheras

   KUALA LUMPUR (ZON 2)

  • 1.        Jln Ipoh Batu 4 hingga Batu 5
  • 2.        Jalan Cenderuh
  • 3.        Jalan Kuala Kangar
  • 4.        Jalan VethavanamF
  • 5.        Jalan St. Thomas
  • 6.        Jalan Khalsa
  • 7.        Taman Kok Lian
  • 8.        Taman City
  • 9.        Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris
  • 10.        Kem Batu Kentomen
  • 11.        Taman Impian
  • 12.        Taman Eastern
  • 13.        Taman Rainbow
  • 14.        Taman Bamboo
  • 15.        Taman Million
  • 16.        Taman Sheng Cheng
  • 17.        Taman Kaya
  • 18.        Kawasan Perindustrian Segambut
  • 19.        Tmn Sri Hartamas
  • 20.        Kiaraview
  • 21.        Kiaramas
  • 22.        Tmn Duta Nusantara
  • 23.        Tmn Duta Tropika
  • 24.        Hartamas Heights
  • 25.        Tmn Pandan Jaya
  • 26.        Tmn Cempaka
  • 27.        Tmn Bakti
  • 28.        Tmn Nirwana
  • 29.        Taman Putra Sulaiman
  • 30.        Tmn Cahaya
  • 31.        Pandan Cahaya
  • 32.        Tmn Dagang
  • 33.        Tmn Tenaga
  • 34.        Tmn Miharja
  • 35.        Tmn Kobena
  • 36.        Flat Sri Melaka
  • 37.        Taman Saga
  • 38.        Taman Teratai
  • 39.        Taman Bukit Permai
  • 40.        Taman Mega Jaya
  • 41.        Taman Seraya
  • 42.        Taman Melur
  • 43.        Kg. Cheras Baru
  • 44.        Taman Muda & Taman Mawar
  • 45.        Taman Putra



   PETALING (ZON 1)

  • 1.        Desa Petaling
  • 2.        Kampung Malaysia
  • 3.        Taman Salak Selatan
  • 4.        Kampung Baru Salak Selatan
  • 5.        Taman Gembira
  • 6.        Keseluruhan Jalan Kuchai Lama
  • 7.        Taman Lian Hoe
  • 8.        Taman Salak Jaya
  • 9.        Pantai Dalam
  • 10.        Mah Sing U5
  • 11.        Tropicana Golf

   PETALING (ZON 2)

  • 1.        Seksyen 1, Petaling Jaya
  • 2.        Seksyen 2, Petaling Jaya
  • 3.        Seksyen 3, Petaling Jaya
  • 4.        Seksyen 5, Petaling Jaya
  • 5.        Seksyen 6, Petaling Jaya
  • 6.        Seksyen 7, Petaling Jaya
  • 7.        Seksyen 8, Petaling Jaya
  • 8.        Seksyen 9, Petaling Jaya
  • 9.        Seksyen 18, Petaling Jaya
  • 10.        Seksyen 51A
  • 11.        Taman Sri Sentosa
  • 12.        Kampung Pasir Baru
  • 13.        Taman OUG
  • 14.        Taman Yarl
  • 15.        Taman Perindustrian Bukit Jalil
  • 16.        PPRT Kampung Muhibbah
  • 17.        Ara Damansara
  • 18.        Bandar Utama 1 - 11



   KLANG/SHAH ALAM (ZON 1)

  • 1.        Sg Kapar Indah
  • 2.        Bandar Bukit Rajah
  • 3.        Putra Height/ Bukit Lancung
  • 4.        Bukit Tinggi 1
  • 5.        Bukit Tinggi 2
  • 6.        Bandar Botanik
  • 7.        Bandar puteri

   KLANG/SHAH ALAM (ZON 2)

  • 1.        Taman Aman Perdana
  • 2.        Bandar Setia Alam
  • 3.        Seksyen 27
  • 4.        Seksyen 28
  • 5.        Megahub



   KUALA SELANGOR (ZON 1)

  • 1.        Kawasan Sungai Darah (Kiri dari Batang Berjuntai)
  • 2.        Sepanjang Jalan Raja Musa dari Batang Berjuntai hingga ke Batu 7 Tanjung Karang
  • 3.        UNISEL dan Taman Ilmu
  • 4.        Kampung Bestari Jaya
  • 5.        Seluruh Kawasan Bukit Belimbing dan Hujung Permatang
  • 6.        Seluruh Kawasan Tanjung Karang dari Pasir Penambang ke Pekan Tanjung Karang
  • 7.        Sungai Gulang-Gulang dan Parit Serong
  • 8.        Sungai Tengi Kanan
  • 9.        Seluruh kawasan Puncak Alam Fasa 1,2,3 dan Shah Alam 2

   KUALA SELANGOR (ZON 2)

  • 1.        Kawasan Sungai Darah (kanan dari Batang Berjuntai)
  • 2.        Pekan Batang Berjuntai
  • 3.        Batu 7 Ijok Dari Jalan Datuk Muskam hingga Bukit Badong
  • 4.        Bukit Badong
  • 5.        Sepanjang Jalan Rawang dari Pekan Batang Berjuntai hingga Kg Kuantan
  • 6.        Jalan Kelab
  • 7.        Jalan Bukit Rotan
  • 8.        Seluruh Bandar Seri Coldfields / Desa Coldfields Sungai Buloh
  • 9.        Seluruh Seri Pristana
  • 10.        Seluruh Alam Perdana
  • 11.        Kampung Sentosa
  • 12.        Kampung Seri Aman
  • 13.        Saujana Utama 3
  • 14.        Taman Alam Jaya
  • 15.        Kawasan Industri Batu 23, Ijok
  • 16.        Jalan Meru Puncak Alam (McDonalds)



Anda juga boleh semak zon dan kawasan anda melalui Link berikut : 

syabas.com.my (pdf file) 

jika bermasalah loading, sila ke link :
kemudian klik : Pengagihan Air Berjadual (2)
4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR

  • Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan
  • Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada dikawasan tinggi atau dihujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan



5. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA

  • Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan 
  • Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi. 
  • Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL. 



6. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan sila hubungi Puspel 

  • Talian bebas tol : 1-800-88-5252
  • SMS : 39222



Semoga maklumat ini dapat membantu anda melakukan persiapan yang sepatutnya agar tidak berlaku sebarang masalah dikemudian hari.

Perhatian! Pihak Syabas telah mengemaskini kawasan dan zon terlibat dengan catuan bekalan air ini melalui Notis Dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat Ke 3 yang akan dilaksanakan pada hari Isnin, 10 Mac 2014. Sila dapatkan senarai terkini kawasan terlibat melalui link berikut :  


rujukan maklumat : http://www.syabas.com.my/