Thursday, September 26, 2013

BENTERAS IKLAN HARAM/ KERETA SEWA/ RUMAH@KEDAI SEWA/ DAN LAIN-LAIN

Pihak Penyelenggara telah menjalankan aktiviti mencuci dan membersihkan segala iklan haram yang ditampal di dinding-dinding bangunan dan disekitar kawasan tangga bangunan.

Kerja-kerja telah diaturkan dan dijalankan secara berperingkat mulai awal bulan September 2013. Walaubagaimanapun sekiranya terdapat iklan yang baru kelihatan ditampal, pihak 'cleaner' yang telah ditugaskan menyapu tangga dan menjaga kebersihan bangunan telah diarahkan supaya menanggalkan terus iklan tersebut (secara harian).

Pihak Syarikat yang menawarkan khidmat sewa kereta di kawasan Pusat Komersil turut dihubungi dan diberi amaran supaya tidak menampal iklan mereka lagi.

Berikut adalah gambar yang sempat di'snap' sebagai rujukan anda.








Kerja-kerja telah dilakukan secara berperingkat mulai awal bulan September dan dijangka selesai pertengahan bulan oktober 2013.

Kepada pelaku yang sering menampal iklan haram tersebut, INGATLAH bukan sahaja pihak kami akan mengambil tindakan, pihak TNB dan MBSA juga akan mengambil tindakan ke atas anda...

HARAP MAKLUM


Saturday, September 14, 2013

Cuci Airwell Benteras denggi dan pembaikan paip bocor di airwell

Lanjutan terhadap kes denggi hasil makluman pihak PKD Petaling, pihak Pengurusan telah mengatur temujanji bersama pihak penghuni V1/16B blok M pada hari isnin 9 September 2013 bagi pembersihan airwell akibat dari penghuni di atas yang amat tidak bertanggungjawab dan sering membuang sampah di kawasan tersebut.






Pihak Penyelenggara turut mendapati bahawa kawasan dinding airwell tersebut juga terdapat kebocoran paip milik jiran bersebelahan. Pihak penyelenggara menasihati penghuni rumah agar memaklumkan kepada pengurusan sekiranya terdapat kebocoran dikawasan tersebut.



Kerja-kerja pembaikan paip bocor tersebut turut segera dijalankan. 

-selesai-



CUTI 1 MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2013

PER : CUTI 1 MALAYSIA

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup pada 16hb September 2013 (Isnin) sempena cuti Hari 1 Malaysia dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 17hb September 2013 (Selasa) seperti biasa.

Untuk sebarang masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE  : 012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)

Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.

Semoga keharmonian, kesejahteraan dan perpaduan yang terjalin dapat dikekalkan demi Malaysia tercinta. Selamat Hari Malaysia..

Ikhlas dari kami,
Pihak Pengurusan

JMB”PK SEK:7 COMMITTEE”



Friday, September 13, 2013

Thursday, September 12, 2013

Kebocoran kedai YG/1 & YG/3 Blok F

Pihak pengurusan telah menerima aduan dari penyewa kedai (FULLY SHOP) unit no. YG/3 pada 11:15pagi dan siasatan dilakukan segera dan hasil siasatan pihak penyelenggara bangunan mendapati bahawa terdapat paip milik rumah Y4/1-B telah bocor dalam sumbox.

Pemilik kedai YG/3 Mdm Wong juga telah menghubungi pihak pengurusan JMB dan Pihak pengurusan telahpun menjelaskan keadaan tersebut.

Pemilik rumah Y4/1-B telah dimaklumkan dan kerja-kerja pembaikan akan dilakukan oleh beliau sendiri pada waktu petang. Berikut adalah gambar disertakan sebagai rujukan.


Unit kedai YG/3 Blok F


Sebaik sahaja pihak penyelenggara memasuki kedai tersebut, kelihatan lantai telahpun basah


Pada siling kedai tersebut juga kelihatan kesan air yang teruk. Ianya adalah kesan kebocoran lantai dari unit rumah di atas iaitu Y1/3-B dan kesan baru iaitu kebocoran dari paip dalaman yang baru bocor dari rumah Y4/1-B.





Gambar di atas pula adalah gambaran dinding dibahagian kaunter pembayaran kelihatan basah


Pihak penyelenggar juga hadir untuk menyiasa kedai di sebelah iaitu unit YG/1


Keadaan dalaman kedai tersebut 



Kesan di dinding juga kelihatan


Gambar di atas diambil di dalam unit rumah Y1/3-B. Bahagian singki dapur juga didapati telah mengalami kebocoran dan penghuni telahpun dimaklumkan agar melakukan pembaikan dengan segera kerana kesannya boleh dilihat di dalam siling kedai unit YG/3

Kerjasama pihak pemilik amat dihargai dalam menjaga keharmonian penduduk setempat

Sunday, September 8, 2013

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Menjalankan Aktiviti FOGGING

Pada 7 September yang lalu, waktu 6:30petang admin ada buat rondaan kawasan dan telah kelihatan sebuah kenderaan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling) menjalankan aktiviti fogging.

Setelah memperkenalkan diri, Admin telah bertanyakan kepada salah seorang pegawai mereka dan beliau memperkenalkan diri sebagai En Sham. Beliau memaklumkan terdapat 2 kes denggi iaitu di blok M dan blok L. Oleh yang demikian kerja-kerja fogging harus dijalankan.





kerja kerja semburan dilakukan disekitar ruangan dalaman rumah


kawasan tangga turut disembur


Penghuni terpaksa keluar sebentar sementara kerja-kerja fogging dijalankan

Admin ada bertanyakan kepada penghuni adakah mereka pernah mengadu kepada pihak pengurusan berkenaan masalah di airwell (suspect denggi berkemungkinan dari kawasan ini) mereka mengatakan tidak pernah mengadu. Oleh yang demikian Admin menyatakan terdapat notis ditampal di sebelah pintu masuk rumah agar memaklumkan sekiranya terdapat sampah, sumbatan atau overflow tangki di bahagian dalaman airwell tersebut.

Berikut adalah notis airwell sebagai rujukan.

Temujanji untuk pembersihan airwell telahpun dibuat dan akan dijalankan pada 9 September 2013.

status cuci airwel yang telah dijalankan:
http://jmbpks7.blogspot.com/2013/09/cuci-airwell-benteras-denggi-dan.html





Kerja-kerja semburan (fogging) turut dijalankan di dalam kedai

Pihak Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PKD Petaling atas usaha mereka dalam mengambil tindakan pantas membenteras kes denggi. Kami juga amat berharap agar pihak penghuni dapat menjaga kebersihan dan bersama-sama membenteras penyakit denggi ini demi keselamatan dan kesejahteraan bersama...