Monday, December 7, 2009

Seminar Pemahaman JMB

Seminar Pemahaman JMB Bantu Komuniti Urus Dan Selenggara Bangunan
Sabtu, 05 December 2009

SHAH ALAM 5 Dis. -Bagi meningkatkan mutu dan taraf kualiti pengurusan dan penyenggaraan di kawasan pemajuan bertingkat, Kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) hari ini menganjurkan seminar Pemahaman Jawatankuasa Pengurusan Bersama(JMB).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata program seperti ini perlu diadakan bagi membantu peserta mempelajari dan memantapkan lagi pemahaman mengenai cara mengurus dan menyenggarakan bangunan dengan lebih berkesan.

“Adalah menjadi matlamat kerajaan negeri supaya seminar seperti ini dapat disertai oleh setiap ahli JMC dan penduduk agar pemahaman peranan,tugas dan tanggungjawab pengurusan dan penyenggaraan kawasan masing-masing menjadi lebih mudah dan efisyen,” katanya.

Iskandar berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Pemahaman Jawatankuasa Pengurusan Bersama Peringkat Negeri Selangor di Hotel De Palma,Shah Alam, pagi tadi.

Hadir sama Pengarah Eksekutif HPLS,Alina Ahmad.

Seminar sehari ini dihadir lebih 300 peserta yang terdiri daripada ahli majlis, JMB dan penduduk kawasan pemajuan bertingkat seluruh Selangor.

Antara pengisian seminar termasuklah pemahaman mengenai Akta Bangunan dan Harta Bersama(Pengurusan dan Penyenggaraan 2007,Akta 663), asas-asas perakaunan, perkongsian pengalaman daripada JMB yang berjaya dan kaedah serta panduan penting mengenai pengurusan dan penyenggaraan harta bersama.

Dalam majlis sama, Iskandar turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang program Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata Negeri Selangor.

Katanya, anugerah yang mula diperkenalkan Oktober lalu bertujuan untuk memberi galakan kepada semua JMB agar bergiat aktif dan bersaing secara sihat dalam menjaga keharmonian dan kebersihan kawasan masing-masing.

“Program ini diadakan untuk membentuk dan mewujudkan unit-unit komuniti yang pro aktif dengan mengekalkan keselesaan persekitaran perumahan dan kesejahteraan kaum,” katanya.

Katanya sebanyak 27 kawasan telah berjaya melepasi saringan akhir melibatkann 3 kategori iaitu pangsapuri kos rendah, sederhana dan tinggi.

Sumber: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/7989

Seminar tersebut telah dihadiri oleh 7 orang AJK pihak JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" dan dalam seminar tersebut pihak kami telah menerima ANUGERAH JMB bergred 'BAIK' di dalam program Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata Negeri Selangor, Syukur Al-hamdulillah...


Friday, November 13, 2009

PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7 BANJIR KILAT







Pada 12/11/2009 telah berlaku kejadian banjir dan mengakibatkan surau ditenggelami air hampir satu kaki. Beberapa kenderaan seperti motosikal dan kereta ditenggelami air. Di atas keperihatinan Pihak pengurusan dan beberapa ahli jawatankuasa telah membantu mengalih kenderaan tersebut di tempat selamat.


Susulan dari itu aduan telah dilaporkan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan mereka berjanji akan membuat pemantauan serta tindakan bagi membaiki saluran longkang yang tersumbat akibat dari tanah runtuh serta kerja-kerja pembangunan berdekatan.

Wednesday, October 28, 2009

Pembaikan Kebocoran Pada Bumbung Bangunan Bocor


Pengurusan JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” menerima banyak aduan daripada pemilik unit/penghuni bahawa apabila hujan rumah ditingkat atas sekali akan mengalami kebocoran .


Pemeriksaan mendapati banyak atap bumbung renggang atau pecah. Bertindak atas aduan maka pihak pengurusan telah memanggil kontraktor untuk membaiki masalah tersebut dan akan menilai serta membaiki dari masa ke semasa.


Pihak JMB telah mengupah pekerja Indonesia untuk membaiki kesemua bumbung dan telah menuntut kos tersebut daripada pihak pemaju. Surat tuntutan kepada pihak pemaju yang bertarikh 20 Januari 2010 telahpun dihantar. Pembaikan dilakukan pada 26/10/2009.


status: Selesai

Tuesday, October 13, 2009

Menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya & Majlis Perkahwinan Anggota Balai Polis Seksyen 7


Pihak pengurusan JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” turut memberi kerjasama dan sokongan pada majlis sambutan jamuan sempena hari raya yang diadakan di Balai Polis seksyen 7 dan turut meraikan dua pasang pengantin anggota balai.

Thursday, October 8, 2009

Menyertai Program Komuniti Terbaik Bagi Kawasan Pemajuan Berstrata 2009

Pada awal bulan Oktober 2009, Pihak Pengurusan telah menerima sepucuk surat rasmi daripada pihak MBSA bertarikh 27 Ogos 2009 berkenaan jemputan penyertaan Program Komuniti Terbaik Bagi Kawasan Pemajuan Berstrata 2009. Sebanyak 80 JMB sekitar selangor telah dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pihak Pengurusan telah menghubungi Pengerusi, AJK dan mereka amat berbesar-hati untuk menyertainya kerana dengan ini dapat berinteraksi dengan JMB-JMB seluruh Negeri Selangor disamping bertukar-tukar pendapat dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Berbalik kepada surat tersebut, berikut adalah beberapa isi kandungan surat:-

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri selangor akan mengadakan Program Anugerah Komuniti Terbaik bagi Kawasan Pemajuan Berstrata Negeri Selangor 2009. Program ini bertujuan mewujudkan jaringan komuniti yang erat, sihat dan sejahtra di samping meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk agar mengekalkan persekitaran perumahan yang bersih dan cantik.

Objektif Program adalah seperti berikut:-
  1. Sebagai galakan agar semua Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) bergist sktif & bersaing secara sihat dalam menjaga keharmonian dan kebersihan kawasan masing-masing;
  2. Membentuk dan mewujudkan unit-unit komuniti yang pro-aktif dengan mengekalkan keselesaan persekitaran perumahan dan kesejahteraan kaum; dan
  3. Mewujudkan model perumahan-perumahan pangsa terbaik di Negeri Selangor.
  4. Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat dan garis panduan kelayakan bagi menyertai program in. Untuk makluman tuan/puan, borang penyertaan hendaklah dihantar ke Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) sebelum atau pada 23 September 2009.
Pautan kepada borang penyertaan: http://lphs.selangor.gov.my/Anugerah.html

Wednesday, September 30, 2009

Restoran ganggu penduduk?

Sumber: Utusan Malaysia Online

Restoran ganggu penduduk?
Oleh Rasmi Abdullah

SALAH sebuah restoran 24 jam yang beroperasi di kawasan perumahan Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.


SHAH ALAM 28 Sept 2009. - "Kawasan ini kalau dilihat memang boleh dianggap syurga makanan bagi mereka yang mahu menjamu selera tetapi bagi kami di sini, ia umpama neraka".

Itulah keluhan penduduk kawasan perumahan Pusat Komersial Seksyen 7 di sini apabila kawasan kediaman mereka dipenuhi dengan kedai makan yang beroperasi 24 jam.

Mereka mendakwa, kewujudan 24 buah restoran 24 jam di kawasan itu menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai sepanjang masa sehingga ketenteraman penduduk di situ terganggu.

Malah, penduduk mendakwa pengunjung kedai makan berkenaan bersikap tidak peduli serta tidak menghormati penduduk dengan membuat bising tanpa mengira waktu termasuk pada awal pagi ketika mereka hendak tidur.

Setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam, Mohd. Razib Mustafa berkata, keadaan akan bertambah teruk apabila premis-premis makanan berkenaan menayangkan perlawanan bola sepak terutama ketika lewat malam.

"Kalau pasukan yang mereka sokong menjaringkan gol, penyokongnya akan menjerit sama seperti mereka berada di stadium. Ketika itu, saya rasa seperti tidur di tengah-tengah stadium bola pula.

"Kita yang dewasa ini tak apalah kalau terjaga pada waktu begitu (lewat malam) tetapi macam mana dengan anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa, lebih sukar lagi apabila ada keluarga yang mempunyai bayi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambah Mohd. Razib, pengusaha premis makanan 24 jam itu juga didapati mengubah suai kedai mereka sehingga ke koridor pejalan kaki menyebabkan lalu lintas di kawasan itu terganggu.

Dakwanya, ada sesetengah tangga yang digunakan penghuni untuk naik ke rumah mereka juga telah digunakan oleh pengusaha premis terbabit untuk meletakkan barang-barang perniagaan mereka.

Lebih menyedihkan, katanya, ada setengah-tengah peniaga yang tidak bertanggungjawab membakar sate berhampiran dengan kenderaan mereka termasuklah menggunakan tapak letak kereta penghuni untuk meletakkan kerusi meja mereka.

"Tindakan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan tempat letak kereta tidak mencukupi dan kadang kala ada penduduk terpaksa meletak kenderaan di tengah-tengah jalan," jelasnya.

Katanya lagi, walaupun aduan telah dilakukan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Januari lalu tetapi tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa JMB, Saharuddin Lin, 44, pula berkata, kegusaran mereka memuncak pada hujung minggu kerana pada waktu itu kawasan tersebut sesak dengan kenderaan.

Kata Saharuddin, pengunjung premis makanan itu akan meletakkan kenderaan mereka secara sesuka hati sehingga menyebabkan jalan yang sepatutnya mempunyai dua lorong bertukar menjadi satu lorong sahaja.

"Keadaan seperti ini dikhuatiri mengundang kemalangan jalan raya. Saya sudah lihat sudah banyak kemalangan yang berlaku di sini," ujar beliau.

"Saya sendiri sudah banyak kali disaman oleh penguatkuasa MBSA kerana meletakkan motosikal di tempat yang salah, tetapi sebagai penghuni di situ di mana lagi kami hendak meletakkan kenderaan kalau macam inilah keadaannya," keluh beliau.

Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Jawatankuasa JMB, Roslan Razali berharap pihak MBSA menyegerakan pembinaan tempat meletak motosikal kerana dia sudah tidak mampu untuk membayar saman.

Selain itu, beliau juga turut berharap pihak MBSA dapat membuat pemantauan terhadap kedai-kedai makan yang beroperasi 24 jam itu kerana ia amat mengganggu ketenteraman penduduk di situ.

Tuesday, August 25, 2009

Kerajaan Negeri Lancar Program Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Lancar Program Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata Negeri Selangor

Bagi membentuk jaringan komuniti yang sejahtera dan harmoni di negeri ini, kerajaan negeri hari ini melancarkan Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Strata Negeri Selangor 2009.

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan penduduk perumahan strata di Selangor agar mengekalkan persekitaran perumahan yang cantik dan bersih.

Majlis pelancaran program telah disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid, di Ruang Legar Bangunan SUK, Shah Alam, petang tadi.

Turut hadir, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.

Berucap pada majlis itu, Khalid yakin program ini sangat bertepatan pada masa ini berikutan peningkatan peratusan bilangan masyarakat pemajuan berstrata di negeri ini yang dilaporkan semakin tinggi.

“Saya yakin program ini sangat relevan dan diperlukan sebagai usaha mengiktiraf sumbangan masyarakat pemajuan strata bagi membentuk komuniti yang sejahtera dan harmoni di Selangor.Usaha seumpama ini secara tidak langsung memberi impak terhadap pengukuhan teras perpaduan rakyat Selangor”,katanya.

Tambahnya berdasarkan rekod Unit Pesuruh Jaya Bangunan bagi semua pihak berkuasa tempatan,sehingga kini terdapat 3,809 kawasan pemajuan strata melibatkan 689,775 petak di seluruh Selangor.

Katanya, kerajaan negeri juga turut menjangka berlaku penambahan jumlah kawasan pemajuan strata dinegeri ini.

“Jangkaan ini berdasarkan andaian iaitu pada tahun 2008 sahaja, sejumlah 12,330 petak kos rendah dan sederhana rendah diluluskan bagi sembilan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor”,katanya.

Dalam majlis yang sama, Khalid turut melancarkan kempen ‘Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni’.

Menurut Abdul Khalid, kempen ini mengambarkan aspirasi kerajaan negeri agar semua bentuk perumahan bertingkat di negeri Selangor berada pada tahap yang standing dengan kualiti kediaman bertingkat di Singapura atau di negara maju lain.

Dalam perkembangan sama kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan dari semua Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) untuk menyertai Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata 2009.

Anugerah yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu pangsapuri kos rendah, pangsapuri kos sederhana rendah dan pangsapuri tinggi menawarkan hadiah kelengkapan pejabat bernilai RM10, 000.

Bagi yang berminat, borang penyertaan hendaklah di hantar ke Unit Pesuruhjaya Bangunan(COB) Pihak Berkuasa Tempatan sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 Oktober2009.

Sumber dari:

http://tvselangor.com/v4/news-section?t=910

Wednesday, August 19, 2009

KAEDAH DALAMAN/ HOUSE RULES PKS7

PERATURAN DALAMAN (HOUSE RULES)

BAHAGIAN I: KESELAMATAN

KESELAMATAN KAWASAN
Penghuni diminta untuk menjaga keselamatan unit (rumah atau kedai) sendiri. Sekiranya anda ingin meninggalkan rumah, pastikan pintu berkunci. Sila laporkan kepada pihak polis yang berhampiran sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti pecah rumah, kecurian barang dan seumpama dengannya.

PEMASANGAN GRIL KESELAMATAN
Anda dinasihatkan agar menjaga keselamatan unit masing-masing misalnya dengan memasang gril keselamatan pada pintu, tingkap atau balkoni. Bagaimanapun, bagi menjaga keindahan bangunan dan untuk menentukan keseragaman, gril keselamatan hendaklah mengikut reka bentuk yang ditetapkan. Sila hubungi pihak pengurusan untuk menyemak reka bentuk yang dibenarkan.

BAHAGIAN II: KEBERSIHAN

KEBERSIHAN KAWASAN BERSAMA
Kerja-kerja menyenggarakan kebersihan di kawasan bersama akan dikendalikan oleh syarikat/pekerja yang dilantik oleh pihak pengurusan. Sila beri kerjasama kepada mereka agar tugas mereka dapat dijalankan dengan sempurna. Apa-apa aduan mengenai ketidaksempurnaan tugas yang dijalankan hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan menggunakan borang aduan yang disediakan.

PEMBUANGAN SAMPAH
Anda dilarang sama sekali membuang sampah merata-rata. Sekiranya kami mendapat aduan berkenaan unit anda, pihak pengurusan akan membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Tentukan sampah dibuang dengan sempurna seperti memasukkannya dengan baik dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Barang-barang lusuh yang besar seperti perabot atau alat elektrik hendak tidak dibuang di tempat pembuangan sampah awam. Anda bertanggungjawab melupuskannya sendiri melalui cara yang sesuai. Sekiranya didapati barang-barang lusuh tersebut dibiarkan di kawasan bersama, pihak pengurusan akan melupuskannya dan kos akan dituntut daripada penghuni petak berkenaan.

Anda juga dilarang membuang sampah di kawasan ‘airwell’ (kawasan di sebelah dapur) bagi mengelakkan sistem paip tesumbat dan boleh mengakibatkan pembiakan nyamuk.

Bagi pemilik unit di tingkat satu, sekiranya kawasan airwell tersebut dipenuhi sampah dan ditakungi air, sila maklumkan segera kepada pihak pengurusan. Grill besi (sekiranya ada) hendaklah dibuka untuk memudahkan pekerja pembersihan menbuat kerja penyelenggaraan.

Bagi pemilik dan penyewa restoran pula, anda tidak dibenarkan membuang sisa-sisa makanan, lemak dan sebagainya ke dalam longkang untuk mengelakkan berlakunya sumbatan yang juga akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

BAHAGIAN III: PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN HARTA BERSAMA

Harta bersama meliputi bahagian bangunan dan tanah di mana bangunan yang tidak termasuk dalam sebarang petak atau petak aksesori dan baki lot yang tidak terkandung dalam mana-mana blok sementara.

Contoh harta bersama ialah papan notis, tangga, gril untuk masuk dan keluar(berhampiran tangga), koridor, tong sampah, rumah sampah, kawasan longkang, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak; bahagian luar semua bahagian bersama bangunan, surau, padang permainan dan kawasan rekreasi, jalan masuk, ruang terbuka, kawasan landskap, dan segala kemudahan dan pemasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu.

Kerjasama anda adalah dipohon untuk menentukan harta bersama dapat dijaga dengan baik agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan dan tiada seorang pun daripada kita dinafikan daripada menikmati kemudahan tersebut. Dengan itu anda atau mana-mana orang yang menjadi penghuni bersama atau tetamu anda DILARANG daripada melakukan perkara yang berikut:

1. Merosakkan atau mencacatkan mana-mana bahagian harta bersama;
2. Membiarkan binatang belaan aatau ternakan di luar unit masing-masing sehingga mengganggu atau menimbulkan kemarahan penghuni lain;
3. Memasak atau mengadakan jamuan atau apa-apa majlis di kawasan bersama tanpa mendapat kelulusan pihak pengurusan;
4. Menyidai pakaian seperti di balkoni, tingkap atau koridor sehingga merosakkan pandangan kawasan;
5. Membuat bising sehingga mengganggu penghuni lain;
6. Menggunakan perkataan atau mempamerkan perilaku yang menimbulkan kemarahan panghuni lain atau yang memalukan;
7. Meletakkan kereta, motorsikal atau apa-apa jenis kenderaan lain tidak ditempat yang dikhaskan;
8. Meletakkan tanda arah, menampal poster atau notis di mana-mana bahagian harta bersama tanpa kebenaran pihak pengurusan;
9. Mengubah lokasi mana-mana struktur atau bahagian harta bersama seperti yang telah disebutkan di atas;
10. Membiarkan tetamu atau pelawat menggunakan kemudahan harta bersama seperti padang permainan atau yang seumpamanya tanpa diiringi oleh penghuni. Penghuni bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kecacatan yang disebabkan oleh tetamu atau pelawat mereka dan perlu memaklumkan jabatan keselamatan atau pihak pengurusan segera;
11. Membiarkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun menggunakan kemudahan harta bersama tanpa diiringi oleh ibu bapa atau orang dewasa;
12. Berpakaian tidak sopan atau tidak sesuai semasa berada di kawasan luar daripada unit sendiri.
13. Dilarang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian unti kediaman atau kedai pada hari ahad, cuti umum dan selepas waktu pejabat.

PENGGUNAAN SURAU
1. Kepada umat Islam khasnya, penting bagi kita menjaga kebersihan surau;
2. Menjaga peralatan dan harta benda surau;
3. Padamkan lampu dan kipas setelah selesai menggunakan surau;
4. Tutup pili air selepas habis berwuduk; dan
5. Sentiasa laporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat sebarang kerosakan.

BAHAGIAN IV: PENJAGAAN UNIT INDIVIDU

Sebagai pembeli petak atau penyewa, anda bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara petak atau unit masing-masing. Sekiranya anda menyewakan atau menyerahkan unit anda untuk diduduki oleh orang lain, anda bertanggungjawab memaklumkan kepada pihak pengurusan beberapa maklumat tentang penyewaan ini seperti nama penyewa atau penghunl, bilangan isi rumah dan tempoh penyewaan. Anda juga bertanggungjawab memaklumkan segera kepada pihak pengurusan apabila berlaku pertukaran penyewa atau penghuni.

Untuk menjaga keselamatan dan mengekalkan keharmonian komuniti kita, anda dipohon untuk mematuhi beberapa peraturan berikut dan pastlkan juga mereka yang menghuni unit anda diberitahu tentang peraturan-peraturan ini.

1. Menjaga dan menyelenggara unit masing-maslng dan menjalankan kerja-kerja pembaikan yang sewajarnya dari semasa ke semasa agar unit sentiasa dalam keadaan baik dan selamat daripada kebakaran dan bencana lain yang boleh dikawal, Pihak pengurusan hanya menguruskan penyelenggaran kawasan harta bersama sahaja;
2. Menggunakan unit hanya untuk tujuan yang ditetapkan dalam syarat-syarat penggunaan unit dan perjanjian jual beli. Pihak pengurusan akan melaporkan kepada plhak berkuasa berkenaan jika didapati unit digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang;
3. Tidak menggunakan dan membenarkan unit digunakan untuk suatu maksud yang boleh menyebabkan berlakunya kacau ganggu atau bahaya kepada mana-mana penghuni lain atau keluarga penghuni itu;
4. Tidak menggunakan bahan api atau apa-apa bahan atau material yang boleh mendatangkan asap atau wasap (fumes) atau bau yang buruk;
5. Tidak membuang atau membenarkan jatuh, apa-apa kotoran atau sampah atas harta bersama atau airwell iaitu ruang kosong bersebelahan dapur; kecuali ke dalam tong-tong sampah yang disenggarakan sendiri oleh anda;
6. Tidak membuat apa-apa pemasangan yang boleh merosakkan pandangan atau sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan halangan atau kacau ganggu, misalnya memasang antena TV di tempat yang tidak sesuai atau menyimpan barang persendirian di kawasan harta bersama seperti di tepi koridor, tangga atau tempat letak kereta atau kawasan lapang lain;
7. Tidak menyebabkan keadaan bising atau apa-apa keadaan yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu jiran atau penghuni lain;
8. Melaksanakan segera tindakan atau apa-apa kerja yang diarahkan oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dengan unit dan membayar segala taksiran, caj dan belanja pasti yang kena dibayar berkenaan dengan unit berkenaan; dan
9. Membenarkan pihak pengurusan atau mana-mana orang yang diberi kuasa untuk memasuki unit individu untuk tujuan yang berikut:
a) Memeriksa unit berkenaan;
b) Menyenggara, membaiki atau membaharui paip, wayar, kabel dan saluran yang digunakan atau boleh digunakan berkaitan dengan penikmatan mana-mana petak lain atau harta bersama;
c) Menyelenggara, membaiki dan membaharui harta bersama; atau
d) Melaksanakan apa-apa tindakan yang perlu bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan tugas pihak pengurusan atau penguatkuasaan undang-undang atau peraturan yang melibatkan unit atau bangunan.
Pihak pengurusan akan mengeluarkan notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tindakan berkenaan dilakukan, kecuali dalam hal kecemasan yang memerlukan tindakan segera.

BAHAGIAN V: KERJA-KERJA PENAMBAHAN DAN PENGUBAHSUAIAN

Tertakluk kepada Perjanjian Jual dan Beli, anda boleh membuat tambahan atau pengubahsuaian pada unit anda. Bagi menentukan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur, anda dipohon untuk mematuhi beberapa peraturan berikut:

1. Kerja-kerja penambahan atau pengubahsuaian mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan;

2. Sebelum kerja-kerja tersebut dimulakan, salinan pelan yang diluluskan hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan;

3. Bagi kerja-kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan pendawaian elektrik dan bekalan air atau yang tidak memerlukan kelulusan pihak berkuasa, kelulusan perlu diperoleh daripada pengurusan sebelum kerja-kerja dimulakan (Peraturan yang lebih terperinci dan khusus kepada kerja-kerja berkenaan boleh dimasukkan dalam surat kelulusan);

4. Pengawasan rapi hendaklah dilakukan untuk menentukan kerja-kerja yang dijalankan tidak menjejaskan struktur bangunan atau harta bersama serta tidak menimbulkan kacau ganggu kepada penghuni lain;

5. Bertanggungjawab ke atas apa-apa kecacatan atau kerosakan pada bangunan atau harta bersama yang disebabkan oleh kerja-kerja ini;

6. Tidak melibatkan pihak pengurusan dalam apa-apa prosiding undang-undang yang berbangkit. Untuk maksud ini anda perlu menandatangani satu surat jaminan sebelum kerja-kerja dimulakan;

7. Memastikan bahawa sekiranya berlaku apa-apa kerosakan atau kecacatan pada bangunan atau harta bersama, ia hendaklah diperbaiki dengan sempurna. Sekiranya pihak pengurusan tidak berpuas hati, pihak pengurusan berhak melantik kontraktor menyempurnakan kerja-kerja ini dan kosnya akan dibuat ke atas anda;

8. Memastikan bahawa semua barang terbuang atau sampah dilupuskan segera dengan sempurna. Sekiranya pihak pengurusan tidak berpuas hati dengan cara pelupusan ini, pihak pengurusan berhak melantik kontraktor menyempurnakan kerja-kerja pelupusan ini dan kosnya akan ditolak daripada wang deposit dan jika tidak mencukupi tuntutan ke atas tambahan ini akan dibuat ke atas anda.

9. Dilarang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian unit kediaman atau kedai pada hari ahad, cuti umum dan selepas waktu pejabat.


Saturday, June 20, 2009

PEMASANGAN NOTIS BOARD DI SETIAP BLOK


PEMASANGAN NOTIS BOARD DI SETIAP BLOK
Dipasang pada 19/6/2009

Di atas permintaan penduduk/penghuni untuk mendapatkan maklumat, notis dan memo dari pihak pengurusan maka pihak JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” telah memutuskan untuk memasang papan kenyatan/notis board di setiap blok seperti yang dijanjikan pada Mesyuarat Agung lalu.

Notis board tersebut adalah untuk kegunaan pihak Pengurusan sahaja. Tidak dibenarkan untuk menampal iklan-iklan sewa rumah, iklah barangan, iklan perniagaan dan sebagainya, harap maklum.

Monday, January 12, 2009

Jangan Hampiri Zina

Gambar di atas ihsan dari : ceritakakilima.blogspot.com


Kami tidak mahu jadi pengampu. Kami tidak mahu jadi "al-Muttayyibin" ataupun orang baik-baik yang tidak 'kacau' orang lain walaupun apa yang mereka perbuat. Tidak pernah ada satupun ayat al-Quran perkataan "amar makruf wa nahi munkar" yang tidak ada perkataan "wa" bermaksud DAN. Perkataan DAN digunakan untuk menunjukkan menyuruh perkara baik mestilah berjalan serentak dengan melarang perkara mungkar. Mana-mana golongan yang hanya menyuruh orang berbuat baik tetapi tidak pernah melarang orang membuat mungkar, mereka adalah golongan yang cacat dalam dakwah. Antara sebab kerosakan orang yahudi pada masa lampau adalah kerana golongan agama mereka menyuruh berbuat baik tetapi tidak melarang orang berbuat mungkar.

MENGAPA PERLU TERLALU KERAS DALAM HAL BERDUA-DUAAN? Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. perkataan "Jangan mendekati zina" adalah perkataan yang sangat tepat. Kerana tidak akan berlaku zina sebelum mendekatinya terlebih dahulu. Di sini diberikan analogi bagaimana zina boleh berlaku: bertentang mata > tegur menegur > berbual mesra > bersms dan bergayut > ajak keluar shopping > berdua-duaan di tempat awam > berdua-duaan dalam kereta > bersentuhan > berciuman > BERZINA. Sahabat sudah berada di peringkat mana? Allah Ta'ala Maha Mengetahui bahawa jika ingin dielakkan zina, perkara terawal yang menjurus kepadanya mesti dihalang. Jika tidak berzina tidak dapat dielakkan lagi. Sebab itu selalu ramai remaja yang berkhalwat dewasa ini. Kerana masyarakat sudah mengambil ringan hal-hal seperti dating, bergayut, shopping bersama, berduaan dalam kereta dan lain-lain.

Gejala zina tidak akan dapat dibenteras sekiranya perkara yang mendekatkan kepada zina tidak dihalang. Sesiapa sekalipun yang pernah berzina, pada awalnya mereka berkata "nak berkenalan aje.."

KUALA LUMPUR: Pekerja kilang, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah kini berada di dalam kelompok utama tangkapan khalwat jabatan agama Islam di negara ini.

Di Pulau Pinang, rekod Jabatan Agama Islam negeri itu menunjukkan pekerja kilang paling ramai ditangkap kerana berkhalwat sepanjang tahun lalu iaitu 187 daripada 630 kes manakala pelajar IPT dan sekolah menengah berada pada kedudukan kelima dengan 44 kes. Paling mengejutkan sepanjang tahun lalu kami menahan 10 pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun kerana berkhalwat, kata Ketua Unit Penguat Kkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Faizal Ibrahim.

Di Johor, daripada 4,618 kes kesalahan syariah termasuk berkhalwat yang dikendalikan Jabatan Agama Johor (JAJ) sepanjang Januari hingga November lalu, 1,179 membabitkan pekerja kilang, diikuti ˜lain-lain pekerjaan iaitu seramai 1,064. Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata jumlah tangkapan khalwat membabitkan pelajar pula seramai 282 orang. Biarpun angka ini agak rendah berbanding golongan lain iaitu penganggur (972), pekerja swasta (824) dan kakitangankerajaan (297), ia perkembangan membimbangkan kerana golongan pelajar ini masih muda dan mereka tidak sepatutnya terbabit dalam aktiviti negatif,katanya.

Di Selangor, berdasarkan perangkaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kakitangan swasta termasuk pekerja kilang diikuti pelajar sekolah, IPT dan kolej swasta serta penganggur mengungguli tiga carta teratas maksiat sejak 2002 hingga 2004. Pegawai Perhubungan Awam Jais, Fakhrul Azam Yahya, berkata jabatan itu mengendalikan 3,782 kes maksiat termasuk khalwat pada 2002 dan meningkat kepada 3,992 (2003) dan 3,998 (2004). Melihat kepada perangkaan tangkapan khalwat sejak 2002, tidak dinafikan pekerja swasta terutama kilang, pelajar dan penganggur berada di tiga kelompok teratas yang ditahan, katanya. Ini terbukti apabila pada 2002, seramai 3,607 kakitangan swasta termasuk pekerja kilang ditangkap diikuti 1,201 (penganggur) dan 1,072 (pelajar). Carta itu berubah pada 2003 apabila pelajar mengambil alih tempat kedua dengan jumlah tangkapan seramai 2,113 orang manakala penganggur hanya 1,398 orang. Bagaimanapun, pekerja swasta masih di tempat teratas dengan tangkapan berjumlah 3,205 orang. Pada 2004 pula, kakitangan swasta terus kekal teratas dengan tangkapan berjumlah 3,491 orang diikuti pelajar (1,957) dan penganggur (1,525).

Di Kedah, seramai 776 orang dicekup berkhalwat sejak Januari hingga November lalu di empat daerah terbesar dan termaju di negeri itu, masing-masing di Kota Star, Kuala Muda, Langkawi dan Kulim. Ketua Operasi Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Mohd Nasir Md Dali, berkata dalam tempoh itu, pekerja kilang adalah yang paling ramai ditangkap iaitu 300 orang diikuti golongan pelajar sekolah semuda 14 tahun sehingga di IPT yang berusia 25 tahun yang berjumlah 200 orang. Kebanyakan mereka ditahan di hotel murah sekitar empat daerah berkenaan. Bagi pekerja kilang dan pelajar IPT, mereka mengambil kesempatan berjauhan daripada keluarga untuk berbuat sesuka hati. Kami juga mengesan pelajar sekolah yang menipu keluarga dengan berpura-pura tidur di rumah rakan sebelum ke hotel untuk bermadu kasih bersama pasangan mereka, katanya.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelajar dan penuntut IPT turut dikenal pasti antara golongan tertinggi daripada sejumlah 3,171 yang ditangkap berkhalwat dari 2000 hingga September lalu. Penolong Pengarah Rekod dan Maklumat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Damithah Iberahim, berkata kebanyakan mereka ditangkap di rumah kediaman seperti rumah sewa dan hotel sederhana mewah. Kita bertindak atas maklumat orang ramai. Biasanya pelajar ini tinggal di rumah sewa seperti di taman-taman perumahan selain hotel murah sama ada di dalam bandar atau luar bandar. Selain golongan itu, orang dewasa daripada pelbagai kerjaya juga antara golongan yang dikesan paling ramai melakukan khalwat, katanya.

Di Kelantan, pergaulan bebas di kalangan remaja menyebabkan mereka dikesan tidak segan berpelukan di khalayak ramai, bercumbuan dalam kereta serta membawa teman wanita ke bilik hotel atau rumah untuk melakukan maksiat. Ini terbukti apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) berjaya mengesan 368 kes khalwat hasil daripada operasi cegah maksiat dari Januari hingga November lalu dengan sebahagian besarnya membabitkan golongan pelajar belasan tahun dan awal 20-an. Pengarah JHEAIK, Datuk Ismail Latif, berkata pihaknya mengesan kebanyakan `lubuk maksiat' remaja itu adalah sekitar tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), kawasan perindustrian Padang Tembak di Pengkalan Chepa dan hotel murah sekitar bandar Kota Bharu. Menurutnya, beberapa kawasan perkelahan termasuk air terjun, kawasan letak kereta yang tersembunyi dan gelap turut menjadi tumpuan pasangan remaja melakukan perkara terkutuk itu.

Di Perak pula sebanyak 460 kes tangkapan khalwat sepanjang tahun ini sehingga 30 Disember lalu yang mana menunjukkan penurunan berbanding 528 kes khalwat sepanjang 2004. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang Syarie Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Zakaria Abd Razak, berkata sebahagian besar kes khalwat itu membabitkan golongan remaja dan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun. Katanya, daripada segi kategori pula, golongan pekerja kilang adalah penyumbang terbesar bagi kes khalwat di negeri ini berbanding golongan seperti anggota pasukan beruniform, kakitangan kerajaan atau swasta yang lain selain pelajar.

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) pula melakukan 346 tangkapan mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat selain Seksyen 75(1) hamil luar nikah (30). Jurucakap jabatan itu berkata, kebanyakan kes dikesan di kawasan perumahan di beberapa bandar utama di negeri ini seperti di Seremban, Jempol, Bahau dan Nilai dengan pekerja kilang dan pelajar adalah jumlah yang tertinggi. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila hasil daripada operasi yang dijalankan itu, kita (Jains) mendapati masalah sosial di kalangan remaja semakin serius apabila kerap ditangkap kerana berkhalwat dan menonton filem lucah.

Sementara itu, statistik Kementerian Pendidikan Tinggi pula menunjukkan seramai 1,710 pelajar IPT awam dikenakan tindakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sepanjang tahun 2000 hingga pertengahan tahun lalu kerana pelbagai kesalahan undang-undang termasuk berkhalwat. Perkara itu didedahkan Menteri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, di Dewan Negara, baru-baru ini. http://pasbukitbendera.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=196 kita terlalu mengikut masyarakat dalam melakukan sesuatu. Jika orang ramai lakukannya, maka ia baik bagi kita. Firman Allah yang bermaksud: "Jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." (al-an'am:116) sokonglah kempen menjauhi zina ini dengan download poster ini dan sebarkan. Moga usaha sahabat diberkati Allah. "Kita benteras maksiat hingga ke akar umbi!!!"

Sumber: http://baitulmuslim.com/content/jangan-dekati-zina

Sila beri komen di bawah.