Saturday, November 27, 2010

Aduan Penduduk






Aduan penduduk mengenai penutup longkang berhadapan dengan Restoren Kamal yang pecah dilanggar bas dan tanda arah jalan yang tercabut berhadapan blok F.


Status : Telah dilaporkan kepada pihak MBSA dan menunggu tindakan selanjutnya.





Tuesday, November 23, 2010

Sekitar Seminar Badan Pengurusan Bersama (JMB) Di Putrajaya 20/11/10





Terima kasih kepada AJK JMB PK SEK 7 COMMITTEE kerana dapat menhadirkan diri pada seminar tersebut. Semoga dengan program ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan usaha terus berkhidmat pada masa hadapan.

Thursday, November 11, 2010

Buletin Badan Pengurusan Bersama (JMB )

JMB hadapi pelbagai kekangan ( Sinar Harian 11 November 2010 )

SHAH ALAM – Sejumlah 575 daripada 1,087 Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang ditubuhkan di Selangor aktif beroperasi.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad bagaimanapun berkata, JMB menghadapi beberapa cabaran seperti isu peruntukan, kerenah pembeli serta pemaju dan sebagainya.

Malah katanya, terdapat sebahagian kawasan pemaju strata masih gagal menubuhkan JMB kerana pembeli tidak bersedia menjadi ahli jawatankuasa kerana masalah sedia ada di pangsapuri.

“Antara isunya adalah peruntukan kewangan untuk menyenggara dan mengurus bangunan tidak mencukupi akibat daripada peratusan kutipan caj rendah dalam kalangan pembeli. Selain itu, isu kerenah pembeli yang tidak mahu mengambil berat mengenai tanggungjawab membayar caj penyenggaraan serta menjaga harta bersama.

“Terdapat juga isu pemaju enggan memulangkan lebihan wang kepada JMB atau membelanjakan semua wang akaun penyenggaraan bangunan dan kumpulan wang penjelas. Juga isu kecacatan bangunan yang tidak dibaikpulih semenjak tempoh liabiliti kecacatan serta bangunan dan harta bersama yang tidak disenggarakan dengan baik oleh pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan mulut dari Ahli Dewan Undangan Datuk Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras).
Dalam pada itu, Iskandar berkata terdapat JMB yang tidak mempunyai pengetahuan dan kepakaran mengenai perundangan, pengurusan dan penyenggaraan harta bersama.

Ketika ditanya bagaimana mendapatkan kerjasama penduduk, beliau berkata, ahli jawatankuasa bersama (JMC) yang dilantik mengendalikan JMB hendaklah mengamalkan sikap ketelusan.

Malah mereka juga perlu proaktif agar pembeli menaruh kepercayaan pada setiap urusan perbelanjaan dilaksanakan JMC serta memahami bahawa menjaga harta bersama adalah tanggungjawab bersama.

“Kerajaan Negeri meminda dan dalam proses mewartakan pindaan Jadual Pertama Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] supaya lebih jelas bertujuan memastikan pengurusan JMC mengikut peruntukan Akta 663.

“Bagi mewujudkan semangat kekitaan serta kerjasama antara pembeli dan JMB, Kerajaan Negeri meneruskan Program Kempen ‘Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni’ di kawasan perumahan bertingkat khususnya perumahan kos rendah yang membawa mesej penghargaan kepada pembeli menjelaskan bayaran caj penyenggaraan mereka” katanya.

Beliau berkata, matlamat dan objektif kempen ini untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pendidikan kepada komuniti perumahan bertingkat kos rendah.

Katanya, ia juga bertujuan supaya setiap pembeli mempunyai inisiatif sendiri dan bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.


Seminar Badan Pengurusan Bersama (JMB ) Zon Tengah

Tarikh : 20 November 2010
Masa : 8.00 Pagi - 5.30 Petang
Tempat : Pusat Konvensyen Putrajaya Presint 5

Semua ajk dijemput hadir. Seminar anjuran Jabatan Perumahan Negara,
Kementerian Perumahan Dan kerajaan Tempatan.TQ

Tuesday, November 2, 2010

Kerja Pembaikan Saluran Najis Tersumbat Blok M






Kerja-kerja pembaikan saluran najis tersumbat telah di lakukan dengan kerjasama kontraktor . Pelbagai bendasing terdapat didalam paip yang menybabkan berlakunya sumbatan. Antaranya botol plastik, kayu, kain,pad dan lain-lain. Di harap penduduk selepas ini tidak membuang bendasing tersebut ke dalam saluran najis...

Alatan:-

  1. Water jet pressure
  2. Lori 1 tan
  3. Tangki air

Status :- Selesai