Friday, December 3, 2010

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1432H


Pengertian Awal Muharram:

Sumber : Wikipedia

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Di kesempatan ini Pihak Pengurusan mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram yang bakal tiba pada 7 Disember 2010.

Kepada Muslimin dan Muslimat, jangan lupa pula untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun agar kehidupan kita lebih diberkati... Insya-Allah...


Doa Akhir Tahun:
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib


Doa Awal Tahun:
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib



No comments:

Post a Comment