Monday, February 7, 2011

CARA PENCEGAHAN KES PECAH RUMAH DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM


PEMBERITAHUAN

Kepada : Semua Pemilik/Penduduk
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

PER : CARA PENCEGAHAN KES PECAH RUMAH DI PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Pihak pengurusan telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan meminta pihak Pemilik rumah/ penduduk agar lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah walaupun pada tempoh masa yang singkat seperti keluar makan, pergi ke kuliah, pergi kerja dan tempoh balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah pada lampiran ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat.

Bagaimana boleh berlaku

• Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap.
• Menggunakan "jack' untuk membuka jerjak besi pintu/ tingkap.
• Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
• Menggunakan kunci pendua.

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah

• Pintu/ grill besi yang tidak berkunci/terbuka.
• Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
• Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing,
• Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar (seperti Komputer Riba, Laptop/ Notebook, telefon bimbit dan lain-lain barang berharga)
• Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
• Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
• Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.

Cara Pencegahan

• Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.
• Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
• Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan, mangga(yang berkualiti) dan selak keselamatan.
• Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
• Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
• Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
• Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
• Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik untuk rumah/bangunan.
• Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.
• Membawa bersama barang berharga seperti laptop, telefon bimbit dan barang kemas.

Nasihat Apabila Berlaku Pecah Rumah

• Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
• Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

# sebahagian sumber diperolehi dari pihak Polis Diraja Malaysia.

Akhir kata, pihak Pengurusan berharap agar komuniti penduduk dapat bekerjasama dalam menangani kes tersebut demi keharmonian dan kesejahteraan kita bersama.


“BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KESELAMATAN DIRI & HARTA BENDA KITA”


Sekian, Harap Maklum.


Khidmat Nasihat oleh,

Pihak Pengurusan
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
JMB “PK SEK:7 COMMITTEE”

No comments:

Post a Comment