Tarikh : 5 OGOS 2010 ( KHAMIS )Tempat :Bilik Latihan RenaTanda | ||||||||||||||||
Aktiviti kawalan dan pencegahan nyamuk aedes di tempat kerja khususnya di kawasan kilang dapat membantu pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menangani masalah peningkatan demam denggi di kawasan pentadbiran MBSA.
Seramai 100 peserta seminar yang terdiri daripada pegawai sumber manusia, penyelia asrama pekerja, pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja dan pengusaha serta pemilik kilang sekitar Shah Alam telah diberikan penerangan dan pendedahan berhubung prosedur pengawalan nyamuk. Hasil pemantauan di kawasan premis kilang dan asrama pekerja didapati antara punca pembiakan nyamuk adalah keadaan struktur bangunan yang membenarkan air bertakung seperti “gutter” yang tersumbat, floor trap yang terbuka serta kurang kesedaran di antara segelintir pekerja yang tidak memahami bagaimana nyamuk boleh membiak.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) amat serius dalam menangani masalah nyamuk aedes ini dan berharap untuk mendapat kerjasama warga kota Shah Alam untuk bersama-sama berganding tangan bagi memastikan Shah Alam bebas daripada penyakit demam denggi ini. Ini termasuklah memastikan kawasan sekitar bebas daripada sampah sarap dan sentiasa mengamalkan cara pembuangan sampah yang betul. Melalui seminar setengah hari ini diharapkan dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada peserta cara-cara untuk mengenalpasti dan memusnahkan punca-punca pembaikan nyamuk di tempat bekerja dan asrama pekerja.
Pada masa yang sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru dan mengingatkan kepada warga kota Shah Alam supaya dapat mengambil masa selama 10 minit sahaja pada setiap minggu untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah sama ada di dalam mahupun luar rumah dengan memastikan tiada tempat atau bekas yang boleh menakung air seperti pam tandas, pasu bunga dan juga tangki simpanan air atau kolah serta bekas-bekas lain yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebarang pertanyaan berhubung masalah denggi boleh berhubung dengan Bilik Gerakan Denggi, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di talian 03-55222793 (waktu pejabat). | ||||||||||||||||
|
Thursday, August 5, 2010
Seminar Pengawalan Nyamuk Di Tempat Kerja Anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
New comments are not allowed.