Monday, April 11, 2011

Pembaikan/ Penggantian Paip Baru V1/50-A Blok N





HASIL PEMERIKSAAN MAINTENANCE

Pada 5-4-2011 waktu 4:15pm, pihak maintenance telah melakukan pemeriksaan bulanan secara berkala dikawasan koridor untuk memastikan kawasan koridor bersih dari sampah-sampah dan secara tidak sengaja pihak maintenance telah terpandang meter air unit V1/50-A (N) bergerak dengan laju dan ianya tidak seperti normal.

Hasil siasatan mengenai perkara tersebut, pihak maintenance telah memeriksa kawasan tangki tersebut dan didapati tiada apa-apa kebocoran tetapi air yang masuk ke tangki adalah amat perlahan manakala paip di kawasan airwell pula tidak kelihatan apa-apa kebocoran. Pihak maintenance telah mengesyaki terdapat kebocoran dalam tanah.


TINDAKAN PENGURUSAN:

Pengurusan telah menghubungi pemilik rumah iaitu Encik Hj Salleh pada 6-4-2011 dan menasihatkan beliau perlu mengadu kepada pihak syabas.

Laporan siasatan Aduan dari pihak syabas pada tarikh 8-4-2011 telahpun kami terima beserta bil air terkini sebanyak RM 200 lebih dilampirkan. Hasil siasatan pihak Syabas mengesyaki terdapat kebocoran pada paip dalaman dan perlu dibaiki segera.

Merujuk kepada laporan pihak syabas disyaki terdapat kebocoran dan pihak pengurusan akan melakukan pembaikan sekiranya kebocoran tersebut adalah selepas meter.

Pihak pengurusan telah menjelaskan kepada Tuan rumah bahawa pihak pengurusan tidak akan menanggung bil air tersebut.


STATUS PEMBAIKAN:

Telah memanggil kontraktor untuk membaiki kebocoran tersebut & kerja-kerja pembaikan telah pun selesai dijalankan.

No comments:

Post a Comment