Tuesday, August 16, 2011

Selamat Menyambut Nuzul al-Quran : 17 Ramadan 1432/17 Ogos 2011

Adalah dimaklumkan bahawa 17 Ogos 2011 ( Rabu) merupakan cuti Hari Nuzul Quran 1432 yang merupakan cuti umum bagi syarikat seperti kami yang berada di Selangor.

Sehubungan dengan itu semua staf akan bercuti pada hari tersebut dan mula bekerja semula pada 18 Ogos 2011 ( Khamis ).

Kami yakin ramai yang akan mengambil kesempatan pada cuti ini dengan aktiviti 'shopping' maklumlah persediaan menyambut rayalah katakan....

Dikesempatan ini Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Quran dan selamat ber'shopping' (jangan boros ye...)

Berikut ialah sedikit lampiran mengenai Nuzul Quran 1432 Hijrah...


                                              
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w. secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran kita baca pada hari ini. 
 
Peristiwa ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

No comments:

Post a Comment