Thursday, September 8, 2011

Aduan Paip Sebelum Meter Syabas Bocor

Pihak Pengurusan telah menerima panggilan dari warga prihatin iaitu Haji Samad (Restoran Barra) di Blok L mengenai terdapat beberapa paip meter syabas telah bocor.



Pihak Penyelenggara Pengurusan segera ke tempat kejadian dan mendapati 3 buah meter syabas mengalami kebocoran sebelum meter dan Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Aduan beserta no rujukan aduan:-

1. Meter Syabas unit VG/21 (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1797807

2. Meter Syabas unit V3/23-A (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1797809

3. Meter Syabas unit V1/25-A (Blok L)
    Nombor ruj. aduan Syabas = 1797810

Melalui Operator/ Receptionist Syabas, kerja-kerja akan dilakukan dalam tempoh 24 jam. 


Pihak Pengurusan juga telah dihubungi oleh kontraktor Syabas beberapa minit selepas aduan dibuat.

Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.

No comments:

Post a Comment