Friday, July 29, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

 
Umat Islam bakal menyambut RAMDHAN yang akan bermula pada 01.08.2011. 

Sabda Nabi SAW: 

"Sesungguhnya Ramadhan itu Permulaannya ialah RAHMAT, Pertengahannya KEAMPUNAN dan Pengakhirannya PEMBEBASAN DARI API NERAKA"

Firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Di kesempatan ini , Pihak Pengurusan JMB "PK SEK 7 COMMITEE" ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Berikut ialah video ceramah ramadhan dari Ustaz Ismail Kamus...






Kerja-Kerja Pembaikan & Pembersihan Main Hole Surau Sek 7 27.7.11





Aduan daripada penduduk menyatakan bahawa tandas dan bilik wuduk tersumbat. Pemeriksaan mendapati Main Hole utama saluran najis tersumbat. Kerja pembaikan serta pembersihan mendapati banyak barangan tidak sepatutnya di buang iaitu pad wanita dan pampers bayi sebagai punca berlakunya sumbatan.

Status : Selesai

Tuesday, July 26, 2011

Kerja-Kerja Mengecat Panel Meter Blok D & E 26/7/11





Kerja-kerja pembersihan dan mengecat panel meter oleh pihak penyelenggara telah siap pada 26/7/11. Pihak pengurusan berharap penduduk & penyewa, kita bersama-sama menjaga kebersihan dan menegur pihak yang tidak bertanggungjawab menconteng serta mengotorkan kawasan kita.

Saturday, July 16, 2011

Kerja Pembersihan Iklan Haram Oleh Pihak MBSA




Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan pada 16/7/2011 di kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 oleh pihak Majlis Bandararaya Shah Alam. Pihak pengurusan berharap semua penduduk dapat bekerjasama memelihara kebersihan dan keharmonian kawasan kita ini.