Wednesday, March 14, 2012

Gangguan Bekalan Air: Kawasan Pusat Komersil Seksyen 7 tidak terjejas


Pihak Pengurusan JMB "PK SEK: 7 COMMITTEE" telah menghubungi Pihak Syabas/Puspel mengenai gangguan bekalan air pada 14 Mar 2012 08:00 am hingga 15 Mar 2012 08:00 pm dan telah dipastikan bahawa kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, tidak terlibat sama sekali dalam tempoh gangguan tersebut.

Sila rujuk kenyataan dibawah untuk info lanjut.

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR (SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) PADA 14 MAC 2012

by Puspel Syabas on Tuesday, 6 March 2012 at 09:36 ·
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima  permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal pada 14 Mac 2012 bersamaan hari Rabu.

Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah  penggantian ’Sluice Valve’ bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian ‘Delivery Sluice Valve’ bersaiz 1350mm pam no.7 dan ’Suction Butterfly Valve’ bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH)  dan serta kerja-kerja penyenggaraan ’Feeder’ elektrikal No.1.

SYABAS telah dimaklumkan oleh  pihak SPLASH bahawa hentitugas ini perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum menjalankan kerja-kerja penambahbaikan Pam Air Bersih untuk mencapai tahap kapasiti rekabentuk LRA berkenaan ke tahap 950 JLH (Juta Liter Sehari). Buat masa ini, loji tersebut masih belum mampu mencapai kapasiti rebentuknya dan hanya boleh mencapai pengeluaran sekitar 840 JLH sahaja dan terdapat kekurangan sebanyak 110 JLH. Justeru itu, pam-pam utama di Rumah Pam Bersih dan Rumah Pam Air Mentah memerlukan penambahbaikan bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Untuk makluman, LRA SSP1 ini membekalkan air sebanyak 840 JLH ke 7 buah wilayah iaitu Wilayah Klang, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat dengan jumlah akaun melebihi 220 ribu dan dianggarkan sebanyak 1.0 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Istana Klang, hospital dan kawasan-kawasan lain.  

SYABAS ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Negeri Selangor telah terus meningkat manakala rezab kapasiti bekalan air daripada 33 buah loji-loji sedia ada telah menyusut hingga ke tahap kurang daripada 3% kerana tiada sebarang pembinaan loji-loji baru yang boleh membantu meningkatkan rezab kapasiti bekalan air sedia ada. SYABAS ingin menjelaskan bahawa kadar agihan bekalan air yang boleh diagihkan pada masa ini adalah 4,326 JLH manakala kadar penggunaan bekalan air terkini adalah sekadar 4,230 JLH dan ini menunjukkan rezab kapasiti bekalan hanya 96 JLH sahaja. Disebabkan keadaan ini, hentitugas sementara LRA SSP1 yang membekalkan air berkapasiti 840 JLH akan mengakibatkan gangguan bekalan air.

SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.

Dengan rezab kapasiti simpanan yang kecil dan kadar permintaan yang tinggi, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa hentitugas LRA SSP1 kali ini akan menyebabkan masa pemulihan (recovery) yang lebih panjang walaupun kerja-kerja yang dilakukan pihak SPLASH mengikut jadual. Adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat dan SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air terutamanya di sekitar Petaling dan Klang adalah kawasan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat sekiranya perlu.

SYABAS akan berusaha bagi membuat sebarang penyediaan termasuk menyediakan simpanan dalam kolam air dengan secukupnya dan menyalurkan air dari sumber lain sekiranya rezab kapasiti membenarkan bagi mengurangkan tempoh masa pemulihan dan juga jumlah kawasan yang terlibat. Atas inisiatif SYABAS, kawasan-kawasan di Wilayah Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, serta sebahagian Kuala Selangor dan Gombak akan mendapat sumber bekalan alternatif daripada sumber berasingan iaitu dari LRA SSP3 dan SSP2. Sehubungan itu, dijangka kawasan-kawasan ini tidak akan menghadapi gangguan bekalan air.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 192 buah tangki statik sekiranya diperlukan untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang strategik bagi membekalkan air pada waktu kecemasan. Pihak SYABAS juga akan mengaktifkan ERP Kod Kuning (mode standby) semasa menghadapi hentitugas ini.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas LRA SSP1 tersebut. Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.


Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah

1. Wilayah Hulu Selangor
2. Wilayah Petaling
3. Wilayah Kuala Lumpur
4. Wilayah Klang/Shah Alam
5. Wilayah Kuala Langat

  WILAYAH HULU SELANGOR

  1. Kg. Sg. Serai, Kuang
  2. Kg. Kuang, Kuang
  3. Kg. Cempedak, Kuang
  4. Kg. Gombak, Kuang
  5. Kg. Baru, Kundang
  6. Kg. Melayu Sri, Kundang
  7. Kg. Permata, Kundang
  8. Taman Desa, Kundang
  9. Bandar Baru Kundang
  10. Kundang Jaya, Kundang
  11. Taman Rajmat Jaya, Kundang
  12. Taman Tasik Biru, Kundang
  13. Kawasan Industri, Kundang
  14. Keseluruhan Bandar Tasik Puteri

WILAYAH PETALING

  1. SS 1 – 6, PJ
  2. SS 7, Kelana Jaya
  3. SS 8, Trade Zone
  4. SS 9A, Sg. Way
  5. SS 20, Damansara Kim
  6. SS 21 & 21A, Damansara Utama
  7. SS 22, Damansara Jaya
  8. SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
  9. SS 24, Taman Megah
  10. SS 25, Taman Mayang Mas
  11. SS 26, Taman Mayang
  12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
  13. PJU 1A, Damansara Idaman
  14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
  15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara
  16. PJU 7, Mutiara Damansara
  17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
  18. Taman Megah Mas
  19. Bandar Utama
  20. Tropicana Golf
  21. TTDI & Pinggiran TTDI
  22. Sg. Pencala
  23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
  24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
  25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
  26. Seksyen 12 hingga 14, PJ
  27. Kg. Melayu Subang
  28. U3, Subang Perdana
  29. U5, Mah Sing
  30. Subang Bestari
WILAYAH KUALA LUMPUR
  1. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
  2. Kelab DiRaja Selangor
  3. Bukit Kiara Resort
  4. Pusat Sukan Bukit Kiara
  5. Pusat Sains Negara                                    
  6. Suruhanjaya Sekuriti
  7. Bahagian Teknologi Pendidikan
  8. Pusat Konvensyen Sime Darby
  9. Jalan Segambir
  10. Jalan Belimbing                                         
  11. Jalan Setia Bistari
  12. Jalan Setia Murni 1 hingga 12
  13. Jalan Setia Budi
  14. Jalan Setia Rasa
  15. Jalan Setia Raya
  16. Jalan Setia Jaya                                          
  17. Jalan Medan Setia
  18. Jalan Setia Bakti
  19. Jalan Setia Kasih
  20. Plaza Damansara
  21. Taman Seri Beringin

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM 
  1. Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
  2. Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
  3. Seluruh Kawasan Sunway Suria
  4.  Seluruh Kawasan Puncak Perdana 
  5.  Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah 
  6. Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar 
  7. Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
  8. Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri        
  9. Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam      
  10. Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru    
  11. Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
  12. Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
  13. Seluruh Kawasan Jalan Yadi
  14. Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
  15. Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
  16. Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
  17. Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
  18. Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
  19. Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
  20. Seluruh Kawasan Bandar Puteri
  21. Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
  22. Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
  23. Seluruh Kawasan Bandar Botanic
  24. Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
  25. Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
  26. Seluruh Kawasan Taman Sentosa
  27. Seluruh Kawasan Bandar parklands
  28. Seluruh Kawasan Kg. Idaman
  29. Seluruh Kawasan Taman Gembira
  30. Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
  31. Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
  32. Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
  33. Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
  34. Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
  35. Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
  36. Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
  37. Seluruh Kawasan Jalan Kastam
  38. Seluruh Kawasan Pandamaran
  39. Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
  40. Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
  41. Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran
WILAYAH KUALA LANGAT
  1. Tmn Perwira  Sijangkang
  2. Tmn Sri Medan  Sijangkang
  3. Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
  4. Tmn Sijangkang Indah  Sijangkang.
  5. Tmn Sijangkang Jaya
  6. Rancangan Rumah Murah Sijangkang
  7. Bt 8  Sijangkang
  8. Bt 8 1/2  & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
  9. Bt 9  Kg Medan
  10. Bt 9  Sijangkang
  11. Bt 10 Kebun Baru
  12. Ladang Telok, Telok Panglima Garang
  13. Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
  14. Tmn Panglima,  Telok Panglima Garang
  15. Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
  16. Tmn Emas  , Telok Panglima Garang
  17. Tmn Halijahton  , Telok Panglima Garang
  18. Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
  19. Tmn Indah Jaya  , Telok Panglima Garang
  20. Jln Kenanga  Sijangkang
  21. Tmn Telok  , Telok Panglima Garang
  22. Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
  23. Tmn Jaya Utama  , Telok Panglima Garang
  24. Tmn Pahlawan
  25. Tmn Medan Indah  , Telok Panglima Garang
  26. Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
  27. Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
  28. Kg Mujahiddin  Bt 9 Kebun Baru
  29. Jln Gotong Royong  Bt 8 Sijangkang
  30. Jln Telok Mengkuang  , Telok Panglima Garang
  31. Jln Kubur  , Telok Panglima Garang
  32. Tmn Desa Wira  , Telok Panglima Garang
  33. Jln Manggis  Kg Medan
  34. Jln Pisang  Kg Medan
  35. Jln Helang  Kebun Baru
  36. Jln Merak  Kebun Baru
  37. Jln Sekolah  Bt 9 Kebun Baru
  38. Jln Murai  Bt 9 Kebun Baru
  39. Jln Siantan  Bt 10 Kebun Baru
  40. Jln Masjid  Bt 10 Kebun Baru
  41. Jln Cempaka  Bt 10 Kebun Baru
  42. Jln Enggang  Kebun Baru
  43. Jln Rajawali  Bt 9 Kebun Baru
  44. Jln Besar Sijangkang
  45. Ladang Telok  , Telok Panglima Garang
  46. Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
  47.  Pekan Telok  , Telok Panglima Garang  
 Sekian, Terima Kasih

No comments:

Post a Comment