Wednesday, August 29, 2012

Pembaikan bumbung beberapa bangunan oleh pihak penyelenggara


Tarikh: 29 Ogos 2012

Pihak penyelenggara bangunan telah mengenalpasti beberapa blok yang mengalami masalh atap bumbung pecah dan dibaiki sendiri oleh pihak penyelenggara dengan mengambil kira ciri2 keselamatan.







Friday, August 24, 2012

TALIAN BARU PIHAK PENGURUSAN 03-55101233

 MAKLUMAN

Kepada:  
Semua penghuni/pemilik apartment, penyewa/pemilik kedai di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.


Maaf kerana lama tidak mengemaskini blog. Untuk pengetahuan saudara semua, penyedia khidmat telefon, fax & internet di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam iaitu syarikat Info'age Technology Sdn Bhd  terpaksa memberhentikan perkhidmatan dan operasi syarikat mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ini mengakibatkan seluruh kawasan pusat komersil seperti 'terputus hubungan' dengan dunia luar. Lebih kurang tempoh sebulan talian ini bermasalah..

Terkini, pihak JMB telah berurusan bersama pihak Telekom agar dapat menyediakan perkhidmatan telefon dan internet untuk pelanggan pusat komersil. Alhamdulillah pada 9 Ogos 2012 pihak kontraktor TM telah datang untuk membuat penyambungan. 



Sehubungan itu, sukcita dimaklumkan kepada semua penghuni/pemilik apartment, penyewa/pemilik kedai di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, anda kini boleh melanggan perkhidmatan Telekom/ TM NET/ Streamyx dan mendaftar di TM POINT yang berhampiran.

Untuk makluman juga, kini Pihak Pengurusan boleh dihubungi di talian baru iaitu 03-55101233. 


Thursday, August 23, 2012

JAWATAN KOSONG PENYELENGGARA BANGUNAN




PEJABAT PENGURUSAN
BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) "PK SEK: 7 JAWATANKUASA"
 PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7, SHAH ALAM, SELANGOR



JAWATAN KOSONG
PENYELENGGARA

GAJI RM 1,100.00 - RM 1,500.00

Tanggungjawab:
  • Perihal kerja-kerja penyelenggaraan kawasan bangunan/ kawasan hakgunasama  kawasan apartmen  dan kedai komersial. 
  •  Termasuk kerja-kerja penyelenggaraan Elektrik, Mekanikal dan Paip. 
  •  Stanby On Call (Kerja-kerja kecemasan)
 Kelayakan:
  • Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil kemahiran Penyelenggaraan Bangunan/ Diploma yang setaraf dengannya. 
  •  Pemohon tinggal disekitar Shah Alam digalakkan memohon. 
  •  Graduan baru tamat pengajian digalakkan untuk memohon. 
  •  Boleh mengendalikan komputer dan kemahiran komunikasi yang baik. 
  •  Kesihatan yang baik, dari segi fizikal dan mental. 
  • Rajin, boleh bekerja dalam berpasukan atau kumpulan. 
  •  Warganegara Malaysia 
  •  Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun  pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
Calon-calon yang berminat adalah dijemput untuk menghantar e-mel, faks atau menulis dengan resume yang lengkap dengan menyatakan nombor telefon kenalan, gaji semasa dan jangkaan bersama-sama dengan gambar terkini bersaiz pasport:

BADAN PENGURUSAN BERSAMA "PK SEK: 7 JAWATANKUASA"
Aras 2, Pasaraya Giant,
Jalan plumbum T/7T, Pusat Komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

atau email ke: jmbpksek7committee@gmail.com atau faks ke no: 03-55101233

Tarikh Tutup: 15 SEPTEMBER 2012

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012


Pihak Pengurusan dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri terutamanya kepada semua penduduk/ penghuni di PK Sek.7, Shah Alam dan semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia. 

Bagi yang merancang untuk pulang ke kampung, pastikan semua peralatan elektik di rumah saudara ditutup/ dipadam, rancang perjalanan anda dan jangan lupa servis kenderaan.


Friday, August 3, 2012

Penukaran 3 Buah tong sampah baru


Tarikh : 3 Ogos 2012

Penukaran 3 Buah tong sampah baru sebagai penggantian tong sampah yang telah rosak




Thursday, August 2, 2012

Pembersihan kawasan di bawah tong sampah (kotor, berbau, berair dan lecak)

Tarikh: 2 Ogos 2012

Kerja-kerja pembersihan di kawasan bawah tong sampah yang kotor berbau busuk, berair dan lecak telah dijalankan bersama-sama pihak penyelenggara dan pihak pembersihan.