Saturday, March 16, 2013

Aduan Sebelum Paip Meter Air Syabas Bocor di Blok E

Pihak Penyelenggara bertugas iaitu En Huzairi & En Jamal telah melakukan pemeriksaan rutin dan mendapati terdapat beberapa paip bocor sebelum meter syabas.


gambar hiasan

Laporan pemeriksaan telah diterima oleh pihak pengurusan pada waktu 11:30 pagi untuk urusan rekod data dan tindakan selanjutnya aduan kepada Pihak Syabas.

Pihak Pengurusan segera menghubungi talian hotline Syabas iaitu 1800-88-5252 untuk memaklumkan kejadian tersebut bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pembaziran air.

Berikut adalah aduan dan no rujukan bagi kebocoran paip sebelum meter syabas:-

1. Meter Syabas unit AAG/36 (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas =13-2375403

2. Meter Syabas unit AA3/34-A (Blok E)
    Nombor ruj. aduan Syabas =13-2375407


Melalui Operator/ Receptionist Syabas, mereka akan memaklumkan aduan tersebut kepada pihak teknikal dan tindakan akan diambil dalam jangkamasa 24 jam.  


Sila rujuk gambar di bawah berkenaan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh kontraktor syabas.




 
Tindakan Kontraktor Syabas hadir kurang 1 jam selepas aduan dibuat. Terima kasih Pihak Syabas kerana mengambil serius setiap aduan daripada pengguna.
 

No comments:

Post a Comment