Thursday, May 2, 2013

Aduan kepada TNB


Assalmualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman pihak pemilik dan penghuni Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, Pihak Pengurusan JMB telahpun membuat aduan kepada pihak TNB berikutan terdapat aduan daripada penghuni yang tidak menerima bil elektrik mereka.

Dalam pemerhatian pihak penyelenggara yang membuat rondaan sekitar blok, mendapati pihak kontraktor TNB telah mengambil jalan mudah dengan meletakkan sebahagian bil elektrik tersebut di atas peti-peti surat dan bukannya dimasukkan ke dalam peti surat seperti yang sepatutnya.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan JMB terpaksa membuat aduan rasmi kepada pihak TNB agar perbuatan tersebut tidak berulang lagi.