Saturday, July 6, 2013

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT AC1/9-B BLOK B

Unit-unit rumah yang terlibat: AC1/9-B, AC2/9-B, AC3/9-B dan AC4/9-B)

Lokasi: atas unit kedai Cuci Kereta (ACG/9)

3/06/2013 - Aduan dari pemilik unit AC1/9-B blok B iaitu Puan Siti Zaharah Arshad hadir ke pejabat pengurusan mengatakan floor trap di kawasan dalam bilik air (dapur) telah tersumbat dengan air najis.

4/06/2013 - Pemeriksaan oleh pihak maintenance (En Zulkhairul) mendapati sumbatan tersebut agak serius sehingga sisa-sisa najis melimpah naik atas lantai dan hampir ke ruang tamu kawasan tersebut. Pihak penyelenggara mencadangkan memanggil kontraktor yang bertauliah agar kerja-kerja dapat dijalankan dengan segera. Sila rujuk gambar dibawah. 





8/06/2013 - Pihak Pengurusan telah mengatur temujanji bersama pemilik tingkat 1 dan Penyewa kedai Car Wash tersebut pada hari kontraktor hadir untuk melakukan kerja-kerja. Kami amat berterima kasih kepada pemilik kedai dan penyewa kedai kerana memberikan kerjasama kepada kami agar kerja-kerja dapat dijalankan. Pihak Kontraktor datang dan kerja-kerja segera dijalankan.


Gambar diambil dari dalam kedai VG/9, lokasi paip najis. 


Kerja-kerja mengetuk dan membuka paip saluran najis oleh kontraktor


Lori Pihak kontraktor 'Jetting System'


Kerja-kerja juga dilakukan di dalam tandas rumah AC1/9-B



Kerja membuang air najis yang bertakung






Gambar dari dalam kedai, Saluran paip panjang dibuat agar dapat menyalurkan air najis ke luar kedai..




Kerja-kerja telah berjaya diselesaikan oleh kontraktor mengambil masa selama hampir 6 jam. 

Pihak kami mendapati masalah berpunca daripada pihak penduduk/ pemilik rumah yang tidak bertanggungjawab membuang kain berupa kain mop dengan sengaja atau tidak sengaja ke dalam saluran paip lubang tandas atau floortrap sehingga tersumbat.

Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekian, harap maklum...

No comments:

Post a Comment