PEMBERITAHUAN/ MAKLUMAN PENDUDUK
20 November 2013
Kepada : Dato/Datin/Tuan/Puan/Pemilik Rumah Pusat Komersil Seksyen 7
PERKARA : MAKLUMAN
MENGENAKAN CAJ MENAIKTARAF LALUAN TANGGA (JUBIN/ TILES TANGGA)
Perkara diatas adalah dirujuk
Pihak Badan Pengurusan Bersama JMB PK SEK 7 COMMITTEE (JMBPKS7) sedang dalam usaha untuk menaiktaraf laluan
tangga di blok D, E, F, G, H, J, K, L, M, N, P dan Q. Blok A dan B tidak
terlibat kerana ketika Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) yang meluluskan projek tersebut,
blok A dan B masih belum menyertai JMB PKS7.
Pihak JMB PKS7 amat berbesar hati di atas mandat yang telah diputuskan
di dalam mesyuarat Agung (AGM ke 5) yang telah diadakan pada 11 Mei 2013 yang
lalu agar melaksanakan projek tersebut.
Pihak JMB berpendapat kos pembinaan pada ketika ini adalah amat
berpatutan dimana satu unit rumah hanya dikenakan caj RM 250.00 sahaja. Di mana
caj berkenaan akan dimasukkan ke dalam bil penyelenggaraan. Ini bermakna setiap
unit akan membayar 5 kali sahaja [ (RM 50.00 x 5 quarter) ], kos yang berpatutan, cara pembayaran yang tidak membebankan serta bertujuan
untuk menaik taraf kawasan kediaman kita disamping memberi nilai tambah pada
unit kediaman kita.
Untuk makluman, kos sebelum ini adalah sebanyak RM 220.00 tetapi terpaksa dinaikkan kerana peningkatan harga jubin pasaran.
Untuk makluman, kos sebelum ini adalah sebanyak RM 220.00 tetapi terpaksa dinaikkan kerana peningkatan harga jubin pasaran.
Kerja-kerja telah mula dijalankan pada awal bulan November 2013 dan dimulai dengan blok L. Berikut adalah gambar proses pemasangan jubin/ tiles tangga sebagai rujukan pihak tuan/puan khasnya pemilik dan penghuni Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Notis Pemberitahuan/ makluman kepada penduduk telah digantung pada tangga-tangga berkenaan
Kerja-kerja tarahan sekitar tangga dan membuka jubin step noising yang lama
Proses pemasangan jubin oleh kontraktor
Contoh hasil jubin tangga yang telah dipasang
Untuk makluman, berikutan dari keputusan Mesyuarat Agung yang lalu, pihak penduduk telah bersetuju untuk dikenakan caj maksimum sebanyak RM 300.00 setiap unit rumah pemilik (tidak termasuk pemilik kedai).
Walaubagaimanapun, sehingga kini pihak pengurusan menilai jumlah yang terlibat adalah sebanyak RM 250.00 sahaja untuk setiap unit rumah pemilik. Jika terdapat sebarang penambahan kos, pengiraan semula akan dilakukan. Tetapi yang pasti jumlah yang akan dikenakan tidak melebihi RM 300.00.
Caj akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan setiap 3 bulan:-
OCT - DEC 2013 = RM 50.00
JAN - MAC 2014 = RM 50.00
APR - JUN 2014 = RM 50.00
JUL - SEP 2014 = RM 50.00
OCT - DEC 2014 = RM 50.00 (Untuk bayaran terakhir akan berubah bergantung kepada kos sebenar).
Keseluruhan kos adalah lebih kurang RM 400,000.00. Nisbah perkongsian tanggungan kos pemilik: pihak pengurusan JMB adalah 60:40
Sekian,
Harap maklum dan terima kasih..