Monday, March 10, 2014

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT U1/25-A BLOK Q

PEMBERITAHUAN/ PEMGUMUMAN

SALURAN KUMBAHAN TERSUMBAT DI UNIT U1/25-A BLOK Q

Unit rumah yang terlibat:

U1/25-A
U2/25-A
DAN
U3/25-A


LAPORAN ADUAN SALURAN KUMBAHAN DI UNIT U1/25-A BLOK Q TERSUMBAT

Pada 22 Februari 2014, pihak pengurusan telah mendapat aduan dari Pemilik rumah U1/25-A iaitu Puan Ros berkenaan saluran bilik air luar (berhampiran dapur) dan kawasan yard telah tersumbat dengan limpahan air najis. 

Pihak penyelenggara telah membuat siasatan dan cubaan servis telah dilakukan oleh pihak penyelenggara pada 7 Mac 2014 akan tetapi cubaan tersebut gagal. Pihak penyelenggara mencadangkan agar pihak pengurusan menghubungi kontraktor luar bagi menjalankan kerja tersebut. 

Pembaikan selanjutnya perlu dilakukan dari dalam kedai UG/25 (Restoran Nur Qasih). Kerja terpaksa ditangguhkan kerana setelah berbincang dengan pemilik kedai perlu mendapatkan satu tarikh bersesuaian bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan tersebut. Operasi restoran perlu dihentikan sementara.

Pihak kedai turut dinasihatkan agar membuat tebukan pada plaster siling kedai tersebut dan lubang pada mainhole didapati telah tertutup oleh binaan kekal pihak kedai. 




 Lubang mainhole yang telah ditebuk bagi memudahkan kerja pembaikan



Plaster siling telah dibuka

Setelah perkara tersebut dilakukan oleh pihak kedai, maka pihak kontraktor pun segera dihubungi.

Setelah mendapat persetujuan pemilik kedai, pada 8 Mac 2014, pihak kontraktor yang bertauliah telah hadir untuk menjalankan kerja-kerja servis lubang salur utama yang tersumbat. 


Pihak pengurusan telah mengeluarkan notis larangan penggunaan air di kawasan terlibat (U1/25-A, U2/25-A dan U325-A) untuk sementara waktu bagi memudahkan kontraktor menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan menservis saluran kumbahan tersebut.




Setelah beberapa jam melakukan kerja tersebut bersama pihak kontraktor, akhirnya masalah telah berjaya diselesaikan. Menurut En Huzairi selaku pembantu ketua penyelenggara, punca sumbatan tidak dapat dipastikan dan kebiasannya adalah sisa /lemak makanan, gumpalan rambut dan pelbagai bendaasing dijumpai dan dalam kes ini bendaasing tersebut telah disembur keluar hingga ke salur lubang longkang (mainhole) utama.

Pihak Pengurusan tidak menanggung kos tersebut memandangkan ianya adalah berpunca daripada kecuaian penghuni/ penduduk/ pemilik rumah sendiri. 

Walaubagaimanapun kami berpegang pada keharmonian penduduk dan pihak pengurusan telah membayar kos tersebut dan kemudiannya akan dicaj semula kepada pemilik-pemilik rumah yang berkenaan. Ianya akan dimasukkan di dalam penyata yuran penyelenggaraan pihak pemilik rumah.

Pihak tuan rumah akan diberi surat beserta lampiran invoice pihak kontraktor sebagai rujukan. Kos harus dibahagi samarata terhadap bilangan rumah yang terlibat.

Diharap agar pihak penduduk lebih bertanggungjawab di masa hadapan. 

STATUS: SELESAI


Sekian, harap maklum..

Laporan disediakan oleh penyelenggara bertugas: Encik Muhammad Huzairi bin Rosli dan telah dikemaskinikan oleh Pentadbiran iaitu En Shamsul.

No comments:

Post a Comment