Mesyuarat Agung yang ke 6 pada kali ini berlangsung pada 19 April 2014. Ramai tetamu yang terdiri dari pemilik unit rumah dan pemilik unit kedai telah hadir dalam mesyuarat tersebut.
UCAPAN RINGKAS OLEH HJ SHAHRIR BIN SHAHODIN (PENGERUSI JMB) Sesi 2012/2014
Beliau bersyukur ke hadrat ilahi dan berterima kasih kepada semua pemilik rumah yang berkerjasama menyokong cadangan dan keputusan sehingga siapnya keseluruhan projek menaiktaraf tangga setiap bangunan di Pusat Komersil Seksyen 7, di sini.
Beliau turut menyatakan kegembiraan dan seronok dengan keadaan tangga yang cantik dan mudah diuruskan sekaligus menaiktaraf kawasan tempat tinggal kita ini
Di dalam mesyuarat ini juga beliau akan mencadangkan beberapa jalan penyelesaian terhadap masalah yang sering pihak pemilik rumah dan penduduk hadapi seperti:
kebocoran siling tandas (tanggungjawab pemilik);dan penggantian tangki milik individu yang mengalami masalah kebocoran dan akan dibincangkan di dalam agenda mesyuarat ini.
Mesyuarat kemudiannya dirasmikan oleh Y.Bhg Puan Sarimah binti Lisut selaku Ahli Majlis MBSA & Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3, Shah Alam.
Sedikit sebanyak ucapan daripada beliau :
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan
tersebut dan turut memaklumkan status beliau sebagai Ahli Majlis MBSA.
Beliau turut
menjelaskan bahawa tujuan mengadakan AGM adalah sebagai untuk memaklumkan
dengan telus kepada semua penduduk apa yang telah dilakukan sepanjang tahun
oleh pihak Pengurusan dan pihak penyelenggara bangunan.
Pihak JMB turut melakukan setiap kerja
berlandaskan Akta, undang-undang dan semua ini pihak penduduk perlu tahu dan
maklum.
Beliau turus menasihati pihak penduduk agar menguruskan sisa
sampah dengan bijak dengan:-
Mengasingkan setiap jenis sampah; dan Kitar semula sampah – beliau turut mencadangkan agar
menyediakan tong kitar semula.
Pihak JMB turut berusaha menangani wabak denggi dan nyamuk
aedes yang turut dilakukan oleh pihak kontraktor JMB membersihkan kawasan
airwell dan ini adalah tanggungjawab bersama dalam membenteras wabak tersebut.
MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 5 (AGM) – 11 Mei 2013
En.
Mohd Razib B. Mustafa meminta hadirin agar mengambil sedikit masa untuk merujuk
booklet muka surat 5 – 10 dan sekiranya tiada sebarang masalah bolehlah meluluskan
Minit Mesyuarat Agung Ke 5 (AGM) tersebut. Beliau turut menyatakan hanya
pemilik yang hadir pada mesyuarat agung ke 5 tersebut yang boleh mencadang dan
menyokong kelulusan.
Pecadang:
Encik Kamal wakil pemilik rumah AA1/32-A blok
Menyokong: En.
Roslan B. Razali pemilik rumah X3/14-A blok K.
TAKLIMAT PENGERUSI JMB PK SEK 7 COMMITTEE SESI 2013/2014
Polisi JMB
Dengan merujuk ‘slideshow’
yang telah disediakan sebagai pembentangan beliau telah menjelaskan tentang
Polisi JMB dengan mengatakan bahawa Pihak Pengurusan JMB amat menitikberatkan
soal pengurusan lebihan dana dan perbelanjaan yang akan datang. Akaun JMB turut
berjaya diaudit setiap tahun tanpa gagal iaitu pada bulan April sebelum
Mesyuarat Agung diadakan.
Cadangan Pihak MBSA
mengenakan Caj Parking kenderaan
Dalam
bulan julai 2013, kita telah dikejutkan dengan cadangkan Bandaraya Shah Alam
mengenakan bayaran letak kereta dikawasan Pusat Komersil Seksyen 7 ini.
Usaha
yang gigih telah dilakukan dengan menyiapkan sebuah kertas kerja dan berjumpa
dengan YAB Tan Sri Menteri Besar, YB DUN Yaakob Sapari dan Ahli MBSA iaitu Puan
Sarimah binti Lisut.
Ianya
telah menghasilkan kejayaan dan sehingga hari ini kawasan kita tidak dikenakan
bayaran tempat letak kereta. Alhamdulillah…
Penghargaan
Hj
Shahrir Bin Shahodin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sarimah binti
Lisut selaku Ahli Majlis MBSA dan MPP Zon 3, YB Tuan DR. Hj. Yaakob Sapari
selaku ADUN Kota Anggerik yang telah membantu pihak JMB dalam banyak hal.
Tidak
ketinggalan beliau turut menyatakan ribuan terima kasih kepada semua
jawatankuasa JMB serta kakitangan yang mendukung semua aktiviti JMB sepanjang
tahun 2013/2014.
Akhir
kata beliau berharap agar pada pasa kini dan hadapan dapatlah bersama-sama
berganding bahu untuk menjadikan pusat komersil ini menjadi tempat tinggal yang
selesa, bersih, ceria dan bukan sebaliknya.
Pembentangan Laporan Penyelenggaraan
EN. TAHIR BIN SALENG SELAKU AJK BERPORTFOLIO PENYELENGGARAAN JMB SESI
2013/2014 MEMBENTANGKAN LAPORAN PIHAK PENYELENGGARAAN JMB
LAPORAN LENGKAP MINIT MESYUARAT BOLEH DIPEROLEHI DARI PIHAK PENGURUSAN. HANYA PEMILIK SAHAJA YANG LAYAK UNTUK MENDAPATKANNYA
SEBAHAGIAN GAMBAR SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG DILAMPIRKAN SEBAGAI RUJUKAN.