Berikutan aduan yang telah dibuat tempohari kepada pihak syabas, tindakan telah diambil hari ini pada 27 Mei 2014 waktu 12:45 tengah hari. Berikut adalah gambar semasa kerja dijalankan.
Sekian, makluman dari kami.
Tuesday, May 27, 2014
Monday, May 26, 2014
Pembersihan sekitar kawasan tong sampah
Untuk makluman semua khasnya pemilik dan penduduk Pusat Komersil Seksyen 7, pihak kontraktor pembersihan telahpun diarahkan agar melakukan pembersihan dikawasan tersebut.
Pembersihan dilakukan secara berperingkat mulai 24 Mei 2014 bagi mengurangkan pencemaran bau dan dapat meningkatkan taraf kebersihan kawasan ini.
Pihak pengurusan turut membuat aduan secara online kepada pihak MBSA agar bekerjasama membersihkan kawasan tersebut.
sekian.
Friday, May 23, 2014
Kebocoran dalam tanah Paip Syabas sebelum meter kawasan longkang Blok F dan Blok H
SIASATAN RUTIN PADA 22/05/2014 waktu 11:15 pagi
Siasatan dijalankan oleh ketua penyelenggara iaitu En Junaide bin Abd Salam
Perkara: Kebocoran Paip syabas sebelum meter bocor
Lokasi: air nampak mengalir deras di dalam longkang betul-betul hadapan kedai:-
Pihak Syabas telah dihubungi pada 23 Mei 2014, 9:30 pagi. Butiran aduan:-
1. Diantara kedai unit no. YG/17 - YG/19 Blok F, Hadapan kedai Adam Moto
No. Aduan Syabas: 2964 349
Status: http://jmbpks7.blogspot.com/2014/05/status-terkini-aduan-paip-syabas-bocor.html
Status: http://jmbpks7.blogspot.com/2014/05/status-terkini-aduan-paip-syabas-bocor.html
2. Diantara kedai unit no. YG/4 - YG/6 Blok H, Hadapan kedai Iwani Foods
No. Aduan Syabas: 2964 349
3. Diantara kedai unit no. YG/12 - YG/14 Blok H, Hadapan kedai Gambar
No. Aduan Syabas: 2964 354
Pihak Syabas akan mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam harap maklum.
Saturday, May 17, 2014
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DIBELAKANG BLOK
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
Untuk makluman semua, mulai hari ini pihak pembersihan telah melakukan kerja-kerja dibelakang blok-blok Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam.
Kerja-kerja dilakukan secara berperingkat disemua blok. Sekiranya pihak anda melihat keadaan tidak terurus diharap dapat dimaklumkan kepada pihak pengurusan. Sila rujuk gambar dibawah kerja pembersihan telah dilakukan di belakang blok P dan Q.
Tanggung jawab bersama dalam memelihara kebersihan kawasan sekitar amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Monday, May 12, 2014
CUTI HARI WESAK 2014
PEMBERITAHUAN
Kepada : Semua Penduduk/ Penyewa
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
PER : CUTI HARI WESAK
Merujuk kepada perkara di
atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada:
ü 13hb Mei 2014 (Selasa- Cuti Hari Wesak) dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka
semula pada 14hb Mei 2014 (Rabu) seperti
biasa.
ü Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, kini anda boleh
membuat pembayaran secara online atau bank in ke akaun CIMB kami a/c no. 8600707971. Slip
pembayaran haruslah difax atau diemailkan kepada kami beserta nama, no. telefon
dan no. unit rumah/ kedai.
ü Untuk masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-
HOTLINE ON CALL’:
012-979 6536
012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)
Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB ”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua penduduk.
Subscribe to:
Posts (Atom)