Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435

Assalamualaikum wbt..

Umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2014) pada 29 Jun ini.


Di kesempatan ini, pihak Pengurusan JMB Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam ingin mengucapkan, selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekalian.


Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual dan Tekanan Air Rendah di Lima Wilayah Akibat Pengurangan Bekalan Air Terawat: Beberapa Kawasan Terlibat Beransur Pulih

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual dan Tekanan Air Rendah di Lima Wilayah Akibat Pengurangan Bekalan Air Terawat: Beberapa Kawasan Terlibat Beransur Pulih


SIARAN SEGERA (Makluman 2)                                                                               
27 JUN 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini berhubung gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat berikutan jumlah pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan pengguna.

Kejadian yang melibatkan terputusnya bekalan air dan tekanan air rendah yang berlaku di beberapa kawasan di wilayah Gombak, Klang/Shah Alam, Petaling, dan Kuala Lumpur sejak 25 Jun 2014 lalu adalah disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah di Sungai Selangor.

Adalah dimaklumkan paras aliran air di Sungai Selangor telah bertambah baik dan LRA SSP3 telah mula beroperasi seperti biasa pada jam 3.00 pagi, 26 Jun 2014. Dengan itu, sehingga kenyataan ini dikeluarkan, beberapa kawasan di wilayah-wilayah terlibat telah mula menunjukkan pemulihan bekalan air masing-masing secara berperingkat dengan secara keseluruhannya Wilayah Petaling telah mencatatkan pemulihan sebanyak 90 peratus, Wilayah Gombak sebanyak 83.5 peratus, Wilayah Klang/Shah Alam sebanyak 77.5 peratus dan Wilayah Kuala Lumpur pula mencatatkan pemulihan sebanyak 50 peratus.

Oleh demikian, pemulihan sepenuhnya bekalan air di kawasan berkenaan amat bergantung kepada tahap pengeluaran air semasa loji rawatan tersebut bagi menampung permintaan air dari pengguna.

Bagi Wilayah Hulu Langat, kejadian terputus bekalan air dan tekanan air rendah yang berlaku sejak 17 Jun 2014 masih belum pulih disebabkan bekalan air terawat dari LRA Sungai Semenyih dan LRA Sungai Langat masing-masing di bawah kendalian Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) tidak dapat dipertingkatkan lagi dan bagi menampung permintaan air di kawasan terlibat. Ini kerana kedua-dua loji rawatan ini telah beroperasi di tahap maksimum serta melebihi kapasiti rekabentuk (overload).

Untuk makluman, walaupun kebanyakan kawasan di kelima-lima wilayah terlibat telah menunjukkan pemulihan secara berperingkat dan memberangsangkan, pihak SYABAS akan terus memantau situasi termasuklah menyediakan bantuan bekalan air kecemasan menerusi lori-lori tangki dan tangki-tangki air statik kepada pengguna-pengguna yang terlibat dengan keutamaan bantuan ini akan diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital, kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kenduri atau kematian.

Pihak SYABAS juga ingin merujuk kepada aduan-aduan pengguna yang turut menyatakan bahawa tiada sebarang notis awal yang diberikan kepada mereka untuk sebarang persiapan. Untuk makluman, situasi yang berlaku ini merupakan kejadian gangguan bekalan air tidak berjadual, yang biasanya disebabkan oleh masalah-masalah yang tidak dapat dijangkakan dan berlaku secara tiba-tiba seperti kes-kes paip pecah, pencemaran sumber air mentah atau lain-lain sebabnya. Oleh sebab itu, tiada notis awal dapat dikeluarkan kepada pengguna yang terlibat.

Dalam pada itu, SYABAS ingin menyangkal dakwaan yang menyatakan catuan bekalan air pada masa ini sedang berlaku dan sekaligus menyusahkan pengguna khususnya dalam menghadapi bulan Ramadhan. Untuk makluman,gangguan bekalan air yang berlaku ini bukanlah catuan bekalan air seperti yang didakwa. Ianya adalah disebabkan pengurangan pengeluaran bekalan air terawat yang dihadapi oleh operator loji rawatan air yang terlibat disebabkan berlakunya pengurangan paras aliran air sungai.

SYABAS akan terus memaklumkan status terkini dari masa ke semasa dan para pengguna juga digalakkan untuk melayarai laman web SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk mendapatkan info dan senarai kawasan terlibat.

Para pengguna di kawasan yang terjejas atau tidak dengan gangguan bekalan air  diminta agar sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan. Sebarang penjimatan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

-tamat-

PRISCILLA ALFRED
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

** SYABAS menyarankan pengguna yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.

Thursday, June 26, 2014

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT : Pembaikan singki dan tandas tersumbat tanpa memerlukan khidmat tukang paip

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT : 

SEGMEN DIY (DO -IT-YOURSELF) MHI 2014 Episod 124; di TV3 
Tarikh Rakaman: 20 Jun 2014
Tarikh Diterbitkan: 24 Jun 2014
Tempat: Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam
Pengurusan: Badan Pengurusan Bersama (JMB) PK SEK 7 COMMITTEE


Tujuan: Memberi tunjuk ajar kepada orang awam terutamanya suri rumah berkenaan penyelenggaraan dan membaiki masalah singki dan tandas tersumbat dengan hanya menggunakan peralatan yang sediaada di dalam rumah tanpa memerlukan khidmat tukang paip atau kontraktor (tenaga mahir).

Sekiranya masalah tersebut masih tidak dapat diselesaikan, dinasihatkan supaya segera menghubungi tukang paip yang bertauliah.

Beberapa panduan pencegahan singki tersumbat :-


1. Sisa makanan seperti nasi, bahan pepejal dan sebagainya diasingkan dan dibuang ke dalam tong sampah;
2. Elakkan membuang sisa minyak masakan ke dalam singki;
3. Lakukan pembersihan rutin terhadap perangkap sisa makanan yang berada di bawah singki;

Juga beberapa panduan pencegahan lantai tersumbat :-


1. Pastikan penutup lubang salur air keluar (floor trap) sentiasa tertutup;
2. Penyebab utama adalah rambut. Helaian/ rambut yang gugur dan terkumpul di atas penutup floor trap perlu dibuang ke dalam tong sampah dan JANGAN dimasukkan ke dalam lubang tersebut.

Juga tambahan beberapa panduan pencegahan mangkuk tandas tersumbat :-



1. Elakkan membuang tisu, tuala wanita, bahan pepejal, dan sebagainya ke dalam lubang tandas tersebut;
2. Pastikan sistem pam berfungsi dengan baik agar sisa buangan dapat mengalir dengan lancar.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Cik Nurul Amalina Zainudin selaku wartawan yang bertugas kerana sudi membuat segmen yang amat berguna kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih

Friday, June 6, 2014

CUTI UMUM – Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong



PEMBERITAHUAN

Kepada :        Semua Penduduk/ Penyewa                                    
                        Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam

PER : CUTI UMUM – Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan akan ditutup sementara pada:

ü 7hb Jun 2014 (Sabtu) dan Pejabat Pihak Pengurusan akan dibuka semula pada 9hb Jun 2014 (Isnin) seperti biasa.

ü Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, kini anda boleh membuat pembayaran secara online atau bank in ke akaun CIMB kami a/c no. 8600707971. Slip pembayaran haruslah difax atau diemailkan kepada kami beserta nama, no. telefon dan no. unit rumah/ kedai.

ü Untuk masalah teknikal di waktu cuti anda boleh menghubungi:-

HOTLINE ON CALL’: 
012-979 6536
(Maintenance ‘On Call’)



Dikesempatan ini, kami Pihak Pengurusan JMB ”PK SEK:7 COMMITTEE” dengan ikhlasnya mengucapkanSelamat Bercuti kepada semua penduduk.