Wednesday, October 15, 2014

KERJA KOSONG - KERANI KAUNTER (KONTRAK)


Badan Pengurusan Bersama JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” menguruskan perihal penyelenggaraan bangunan mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kerani di pejabat pengurusan yang bertempat di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.

KERANI KAUNTER
·                     Dibuka kepada semua warganegara Malaysia termasuk di negeri sabah dan Sarawak.
·                     Keutamaan calon yang menetap di Shah Alam
·                     Lelaki dan wanita layak memohon.
·                     Umur tidak melebihi 30 tahun.
·                     Mempunyai skil komunikasi yang baik dalam bahasa Malaysia & bahasa Inggeris.
·                     Gaji RM900.00.
·                     Ada caruman KWSP dan PERKESO
·                     Jawatan secara kontrak 12 bulan (1 tahun), diperbaharui setiap tahun.
·                     Tempoh percubaan selama 3 bulan.
·                     Berkebolehan menggunakan komputer, pantas menaip dan mahir dalam pelbagai
            aplikasi termasuk Microsoft Office.
·                     Kelulusan minimum SPM.
·                     Latihan diberikan.
 TUGASAN

- Mengendalikan urusan kaunter pembayaran dan pentadbiran
- Kebolehan bekerja di bawah pengawasan yang minimum
- Keutamaan akan diberikan kepada yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjalankan tugas yang diamanahkan serta berdisiplin menjalankan tugas

Cara memohon:
Permohonan hendaklah dihantar terus ke pejabat (seperti alamat di bawah) atau melalui emel dengan menyertakan maklumat peribadi beserta dengan gambar ukuran pasport, kelulusan dan pengalaman kerja serta sijil-sijil dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut:

BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”
Aras 2, Parking Lot Pasaraya Giant, Jalan Plumbum T7/T, Pusat Komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Email : jmbpksek7committee@gmail.com 

Tel: 03-5510 1233 (Encik Sham / Puan Faizah)


Tarikh tutup : 31 Oktober 2014 (Jumaat 3:00pm)

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang panggilan setelah 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment