Saturday, November 1, 2014

KEMPEN BENTERAS DENGGI 2 NOVEMBER 2014

PEMBERITAHUAN KEPADA SEMUA WARGA PUSAT KOMERSIL SEKSYEN 7 SHAH ALAM

KEMPEN BENTERAS DENGGI 

TARIKH : 2 NOVEMBER 2014 (AHAD)
WAKTU : 7 PAGI
TEMPAT : BERKUMPUL DI HADAPAN BILIK GERAKAN PERSATUAN PENDUDUK DAN STOR MAINTENANCE (BERSEBELAHAN TAMAN PERMAINAN)



Ingin dimaklumkan pihak Pusat Kesihatan Daerah(PKD) Petaling akan menjalankan mes forgging bagi membasmi nyamuk aedes di Pusat Komersil Seksyen 7 pada 2hb November 2014. 

Projek akan bermula dengan semburan kenderaan seawal jam 7.00pagi. Seluruh kawasan PKS7 akan terlibat dari blok A hingga blok  Q. Oleh yang demikian, sila beri kerjasama untuk setiap unit kediaman supaya berkerjasama membuka pintu supaya PKD dapat membuat semburan (fogging) ke unit-unit anda. Sila juga pastikan airwell di blok anda bersih. Jika terdapat sampah di airwell sila laporkan kepada JMB PKS7 dengan segera.

Jumlah kes demam denggi dari 22 ogos sehingga 29 september 2014 ialah 93 kes. Sehingga 21 oktober, jumlah kes ialah 111 kes. Segera bertindak sebelum denggi menyerang anda dan keluarga anda. Bersihkan takungan air di dalam unit anda 10 minit sahaja seminggu. Jangan fikir air yang sedikit seperti di dalam gelas menyimpan berus gigi tidak akan membiak jentik-jentik. Begitu juga air yang bertakung di dalam bekas menyimpan pinggan dan bekas yang diguna untuk menadah air walaupun sedikit. Kesedaran dan pengetahuan tentang nyamuk aedes amat penting. Hentikan pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes.

Harap semua penduduk dapat turut serta pada 2hb November 2014 nanti. Berkumpul di Pejabat Persatuan Penduduk jam 8.00 pagi. Pihak NR UiTM akan juga mengadakan advokasi denggi ke rumah-rumah pelajar UiTM. Turut serta bersama ialah JMB PKS7. Sarapan pagi disediakan.

Harap sebarkan makluman ini. Sekian, terima kasih.

SAHARUDDIN LIN
Pengerusi  
Persatuan Penduduk Pusat Komersil Seksyen 7.
Merangkap Bendahari 
Badan Pengurusan Bersama
JMB PK SEK 7 COMMITTEE




Gambar semasa aktiviti dijalankan.










No comments:

Post a Comment