KATA-KATA
ALUAN PEMANGKU PENGERUSI MERANGKAP BENDAHARI
JMB “PK SEK:
7 COMMITTEE”
ENCIK
SAHARUDDIN BIN LIN
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera kepada seluruh penduduk, pemilik unit pangsapuri dan kedai
Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.
Bersyukur
saya ke hadrat Illahi kerana dengan izinNYA dapat kita berkumpul di Mesyuarat
Agung Tahunan JMB PK SEK:7 COMMITTEE (JMB PKS7) Kali
ke-7 Tahun 2015 yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji
Noryzal bin Zainal Abidin, Pengerusi, Majlis Penduduk Zon 3 (Ahli Majlis MBSA).
Pada
kesempatan ini, saya mewakili seluruh warga JMB PKS7 merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’-Dato’, tuan-tuan,
puan-puan pemilik unit kedai dan kediaman sekalian kerana sudi meluangkan masa
untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini. Terima kasih kepada semua
jemputan kerana sudi hadir. Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh
Berbahagia Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan sekalian menjadikan pemangkin
untuk kami terus bergerak dengan lebih maju lagi.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan kali
ini juga, JMB PKS7 ingin merakam penghargaan yang setingi-tingginya kepada
bekas Pengerusi JMB PKS7, Tuan Haji Shahril bin Sahodin yang telah mencurah
khidmat bakti kepada JMB PKS7 sejak tahun 2008 sehingga 2014. Di bawah
pentadbiran beliau, JMB PKS7 telah berkembang pesat daripada bermodalkan
RM10,000 untuk mengurus JMB PKS7 pada awal tahun 2008 sehingga mampu berdiri
kukuh pada hari ini. Jasa dan khidmat bakti beliau akan sentiasa dikenang
sebagai perintis dan pengerusi JMB PKS7.
Mesyuarat pada tahun ini akan disusuli
dengan pemilihan ahli Jawatankuasa JMB PKS7 bagi penggal 2015 - 2017. Dikesempatan
ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa penggal
2012 - 2014 di atas komitmen yang telah diberikan. Saya amat berharap agar
barisan ahli jawatankuasa yang baru juga akan dapat memberikan komitmen
sepenuhnya dan melaksanakan mandat yang diamanahkan bagi menzahirkan visi dan
misi JMB.
Sepanjang tahun 2012 - 2014,
pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan bersama MPP Zon 3, Pejabat
Kesihatan Daerah Petaling, Unit Non-Residen UiTM, MBSA, Persatuan Penduduk
Pusat Komersil Seksyen 7 dan lain-lain NGO
telah berjaya dijalankan. Diantaranya ialah aktiviti membenteras denggi. Pusat
Komersil Seksyen 7 telah mencatat kes denggi yang tinggi. Dalam tempuh antara
Ogos 2014 sehingga Januari 2015 sebanyak 220 kes telah dicatatkan. Pihak JMB
PKS7 amat berharap agar pemilik dan penyewa dapat memastikan kebersihan dan
tempat
pembiakan
nyamuk aedes dapat dimusnahkan bagi membendung gejala demam denggi dari terus
menular. Bagi pihak JMB pula akan memastikan kawasan gunasama seperti ‘airwell’
dan lain-lain diselengara mengikut jadual.
JMB PKS7 juga telah berjaya menaik taraf laluan tangga dengan
memasang jubin (tiles) di laluan tangga semua blok kecuali Blok A dan Blok B.
Projek naik taraf ini tentu telah memberi nilai tambah kepada unit-unit
terlibat. Pihak kami juga berharap pemilik Blok A dan Blok B dapat turut sama
dalam fasa naik taraf laluan tangga yang seterusnya. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada Jawatankuasa dan juga staff yang begitu bersemangat menjayakan
aktiviti dan program yang telah dijalankan. Semoga kerjasama yang baik dan
usaha bersungguh-sungguh ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Bagi tahun 2015 ini juga Akta 757 (Akta
Pengurusan Strata 2013) akan berkuat kuasa bagi mengantikan Akta 663 (Akta
Bangunan dan Harta Bersama (Penyelengaraan dan Pengurusan) 2007). Adalah
diharap dengan penguatkuasaan akta ini maka pentadbiran JMB PK7 akan lebih
lancar dan berkesan. Pihak JMB PKS 7
juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah menghapuskan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi kediaman bertingkat. Ini tentu
memberi sedikit kelegaan kepada kita semua dalam menghadapi situasi ekonomi
semasa.
Akhir
kata, sekali lagi saya bagi pihak warga JMB PKS7 merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan
Haji Noryzal bin Zainal Abidin, Pengerusi, Majlis Penduduk Zon 3 kerana sudi melapangkan masa untuk merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan JMB PKS7 tahun 2015.
Sekali
lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan pemilik
unit serta mana-mana individu yang secara langsung atau tidak langsung yang
telah sama-sama menyumbang tenaga, masa dan buah fikiran bagi menjayakan
mesyuarat agong tahunan pada kali ini.
Sekian,
Selamat Bersidang dan Selamat Maju Jaya
Wabillahi
Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum
Warahmatuulahi Wabaraktuh.
Terima kasih.
SAHARUDDIN BIN LIN
Pemangku
Pengerusi
Merangkap Bendahari
BADAN
PENGURUSAN BERSAMA
JMB “PK SEK:7 COMMITTEE” (JMB PKS7)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MINIT MESYUARAT
AGENDA
1.0
UCAPAN ALUAN PEMANGKU PENGERUSI
1.1
Saharuddin bin
Lin selaku Bendahari JMB turut memangku jawatan Pemangku Pengerusi JMB sejak
Februari 2015 berikutan Pengerusi JMB sebelum ini; Hj Shahrir bin Shahodin
telahpun menjual unit rumah beliau dan tidak melayakkan beliau untuk terus
memegang jawatan tersebut.
1.2
Saharuddin bin
Lin mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Noryzal bin
Zainal Abidin selaku Ahli MBSA (MPP Zon 3), Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan
iaitu Encik Noranizam bin Alias dan pemilik-pemilik serta proksi-proksi (wakil)
pemilik rumah dan kedai Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
1.3
Saharuddin bin Lin turut memaklumkan bahawa jumlah kehadiran
bagi mesyuarat kali ini adalah 24 Orang pemilik dan 1 orang proksi daripada 272
orang pemilik yang layak mengundi pada kali ini. Merujuk Akta 663, korum ialah
¼ daripada pemilik yang layak mengundi iaitu 68 orang. Jika selepas ½ jam korum
masih belum mencukupi, maka jumlah yang hadir boleh membentuk korum untuk
memulakan mesyuarat.
2.0
PERLANTIKAN PENGERUSI MESYUARAT
2.1
Mohd Razib Bin Mustafa mencadangkan Azminudin bin Nawawi sebagai
Pengerusi Mesyuarat. Disokong oleh majoriti tetamu yang hadir.
2.2
Mohd Razib Bin Mustafa mencadangkan Syamaizar bin Abu Bakar
dan sebagai Pencatat Minit Mesyuarat pertama. Disokong oleh majoriti tetamu
yang hadir.
2.3
Syamaizar bin Abu Bakar pula mencadangkan Shamsul Fariz bin
Salimin
sebagai
Pencatat Minit Mesyuarat kedua. Disokong oleh majoriti tetamu yang hadir.
2.4
Azminudin bin Nawawi memulakan majlis dengan menjemput Imam Surau
Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam iaitu Encik Sajuri membacakan doa selamat agar
majlis ini mendapat keberkatan untuk semua dan berjalan dengan lancar.
2.5
Azminudin bin Nawawi meminta tetamu yang hadir supaya merujuk
‘booklet’ yang telah diberi sebagai
panduan perjalanan majlis.
2.6
Azminudin bin Nawawi menjemput Saharuddin bin Lin selaku
Pemangku Pengerusi agar memberikan sepatah dua ucapan permulaan majlis.
3.0
UCAPAN RINGKAS OLEH SAHARUDDIN BIN LIN (PEMANGKU PENGERUSI
JMB)
3.1
Beliau memulakan ucapan dengan memaklumkan berkenaan Akta 663,
Akta Bangunan & Harta Bersama yang selama ini menjadi rujukan dan panduan
pihak JMB telahpun digantikan Akta 757, Akta
Pengurusan Strata 2013. Telah Diperkenan Diraja pada 5 Febuari 2013 dan
diwartakan pada 8 Febuari 2013. Akta ini dikuatkuasakan pada April 2015
dan ianya turut mengandungi tindakan tribunal dimana tuntutan boleh dilakukan
bagi mencapai tujuan dan keputusan.
3.2
Isu denggi yang amat membimbangkan di kawasan sekitar
terutamanya di seksyen 7, Shah Alam turut dikupas oleh beliau. Kes mencatatkan
sebanyak 220 kes dengan 1 kematian (pelajar Unisel), 55 unit rumah turut
disaman (RM 200.00 setiap rumah) oleh pihak berkuasa tempatan.
3.3
Tindakan pihak Pengurusan JMB mengambil tindakan menghantar
NOTIS TUNTUTAN melalui peguam yang dilantik oleh JMB iaitu Shahrullah Khan
& Mazri kepada pihak PCM BINA Sdn Bhd terhadap beberapa perkara iaitu:-
i.
Penyerahan Audit Akaun
ii.
Pemulangan Wang Deposit
iii.
Pemulangan Yuran Penyelenggaraan & Sinking Fund
iv.
Pemasangan Sistem Pintu Keselamatan/ Access Card
v.
Pembayaran Bil Elektrik
3.4
Beliau turut memaklumkan kepada hadirin bahawa pihak JMB
telah menghantar 3 orang termasuk beliau sendiri untuk menghadiri kursus informasi
Goods & Sales Tax (GST) yang bakal dikenakan terhadap pihak pemilik melalui
yuran penyelenggaraan dan Alhamdulillah kemudiannya mendapat berita TV3 bahawa
GST tidak dikenakan terhadap yuran penyelenggaraan.
3.5
Berkenaan perkongsian kos sebanyak RM 250.00 Pemasangan
Jubin/tiles tangga JMB bersama pemilik rumah, Jumlah yang dibilkan kepada pemilik
rumah adalah sebanyak RM 266,000.00. Sehingga hari ini, hanya tinggal RM
129,900 amaun yang masih belum dikutip. Oleh yang demikian, pihak JMB telah
berjaya mengutip RM 136,100.00 iaitu 51.16% daripada jumlah yang dibilkan.
4.0
UCAPAN OLEH ENCIK BADRUL WAKIL PESURUHJAYA BANGUNAN (COB
MBSA)
Fokus
utama ucapan ringkas beliau adalah berkenaan perihal denggi dan semakin
menjadi-jadi; tindakan masyarakat dalam menjaga kebersihan dalam rumah,
tindakan dan kerjasama pihak MBSA dalam menangani masalah tersebut dan aktiviti
kemasyarakatan amat dititikberatkan.
5.0
UCAPAN OLEH HAJI NORYZAL BIN ZAINAL ABIDIN (AHLI MBSA MPP ZON 3)
5.1
Beliau memulakan ucapan dengan menyatakan kepentingan
penglibatan aktiviti bermasyarakat, peranan JMB dan komitment AJK.
5.2
Beliau turut membangkitkan isu parkir kereta yang menjadi
masalah setiap penghuni dan Pihak MBSA bakal mengenakan caj parkir ditentang
oleh Pihak JMB bersama Persatuan Penduduk dan Alhamdulillah kawasan ini tidak
dikenakan caj parkir.
5.3
Isu denggi turut mendapat perhatian beliau. Beliau turut
mencadangkan tindakan seperti kenderaan MBSA akan mengeluarkan bunyi nyamuk
melalui pembesar suara bertujuan ingin memaklumkan kepada penghuni bahawa kawasan
ini dilanda wabak denggi.
5.4
Beliau turut mencadangkan agar semua aktiviti menggunakan
khidmat kontraktor menggunakan kontraktor JMB sendiri agar faedah/ keuntungan
boleh disalurkan untuk aktiviti kebajikan JMB.
6.0
MELULUSKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KE 6 (AGM) – 19 April 2014
Mohd
Razib bin Mustafa meminta hadirin agar mengambil sedikit masa untuk merujuk
booklet muka surat 6 – 13 dan sekiranya tiada sebarang masalah bolehlah meluluskan
Minit Mesyuarat Agung Ke 6 (AGM) tersebut. Beliau turut menyatakan hanya
pemilik yang hadir pada mesyuarat agung ke 6 tersebut yang boleh mencadang dan
menyokong kelulusan.
Pecadang : Ha
Kee Yunn UG/17 blok P
Menyokong : Roslan B. Razali X3/14-A blok K.
7.0
TAKLIMAT PEMANGKU PENGERUSI JMB PK SEK 7 COMMITTEE SESI
2014/2015
7.1 Polisi JMB
Dengan merujuk ‘slideshow’
yang telah disediakan sebagai pembentangan beliau telah menjelaskan tentang
Polisi JMB dengan mengatakan bahawa Pihak Pengurusan JMB amat menitikberatkan
soal pengurusan lebihan dana dan perbelanjaan yang akan datang. Akaun JMB turut
berjaya diaudit setiap tahun tanpa gagal iaitu pada bulan April sebelum
Mesyuarat Agung diadakan.
7.2 Akaun simpanan tetap
dan semasa JMB
Beliau turut menyatakan
pada 1 Mac 2015, baki untuk akaun simpanan JMB telah tersimpan di akaun tetap (fixed account) sebanyak RM 1,000,000.00
(RM 1 Juta) dan akaun semasa (current
account) pula adalah sebanyak RM 290,000.00.
Ini membuktikan bahawa
pihak Pengurusan JMB telahpun berjaya dalam membuat kutipan untuk
penyelenggaraan dan ini semua adalah hasil kerjasama pihak penduduk Pusat
Komersil Seksyen 7 dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Syabas dan
ribuan terima kasih diucapkan kepada semua.
7.3 Penghargaan
Saharuddin
bin Lin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas pengerusi JMB iaitu
Hj Shahrir bin Shahodin kerana jasa beliau selama menjadi Pengerusi sepanjang
penubuhan JMB dari tahun 2008 sehingga berjaya mengumpul dana didalam simpanan
tetap sebanyak RM 1 Juta. Jasa Puan Sarimah binti Lisut selaku bekas Ahli
Majlis MBSA dan MPP Zon 3 turut dihargai.
Tidak
ketinggalan beliau turut menyatakan ribuan terima kasih kepada semua
jawatankuasa JMB serta kakitangan yang mendukung semua aktiviti JMB sepanjang
tahun 2014/2015.
Akhir
kata beliau berharap agar pada masakini dan hadapan dapatlah bersama-sama
berganding bahu untuk menjadikan pusat komersil ini menjadi tempat tinggal yang
selesa, bersih, ceria dan bukan sebaliknya.
8.0
MOHD RAZIB B. MUSTAFA SELAKU SETIAUSAHA JMB SESI 2014/2015
MEMBENTANGKAN LAPORAN PIHAK PENGURUSAN JMB (minta hadirin rujuk juga booklet
muka surat 16 dan dengan pembentangan slide
show sebahagian gambaran aktiviti pihak pengurusan sepanjang tahun).
8.1 Beliau memulakan pembentangan dengan
membentangkan senarai ahli jawatankuasa JMB sesi 2014/2015 dan juga makluman
kepada hadirin berkenaan mesyuarat yang telah diadakan sepanjang tahun.
8.2 Beliau turut membentangkan aktiviti
peristiwa tahunan berpandukan slideshow
yang telah dipamirkan kepada para hadirin.
8.3 Setelah selesai pembentangan tersebut,
beliau menjemput En Tahir bin Saleng selaku AJK berportfolio penyelenggaraan agar
membentangkan aktiviti berkenaan perihal penyelenggaraan.
9.0
TAHIR BIN SALENG SELAKU AJK BERPORTFOLIO PENYELENGGARAAN JMB
SESI 2014/2015 MEMBENTANGKAN LAPORAN PIHAK PENYELENGGARAAN JMB (minta hadirin rujuk
juga booklet muka surat 17 sehingga 26 dan dengan pembentangan slide show sebahagian gambaran aktiviti
pihak penyelengaraan yang telah dijalankan sepanjang tahun).
10.0
SAHARUDDIN BIN LIN SELAKU BENDAHARI JMB SESI 2014/2015
MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGAN JMB
(minta
hadirin rujuk juga booklet muka surat 31 sehingga 55 dan dengan pembentangan slide show)
10.1
Laporan Juru Audit Luar
10.2
Laporan Kewangan JMB Tahun 2014 (Pendapatan &
Perbelanjaan)
10.3
Perbandingan Kutipan & Perbelanjan (Status kutipan
sehingga 31 Disember 2014)
10.4
Status Kutipan pada 3 Disember 2014 (Peratus baki penghutang)
10.5
Belanjawan 2015
10.6
Saharuddin bin Lin memohon hadirin meluluskan laporan
kewangan tersebut bersama belanjawan yang telah dicadangkan dan sekiranya
terdapat sebarang kemusykilan boleh bertanya terus dalam mesyuarat.
10.7
Mohd Sofian bin Abdul Rahman Proksi/ wakil pemilik X1/22-B
blk K bertanyakan berkenaan maksud status kutipan 4% pada tahun 2008 – Jan 2009.
10.8
Saharuddin bin Lin menjelaskan bahawa 4% adalah bermaksud baki peratus kutipan
penghutang yang pihak JMB belum kutip (baki RM 19,935.00); 96% telah berjaya
dikutip oleh JMB.
10.9
Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q bertanyakan mengenai
faedah disalurkan ke mana.
10.10 Saharuddin
bin Lin menjelaskan ianya disimpan dalam simpanan tetap (fixed deposit) JMB
Cadangan
meluluskan Laporan Kewangan
10.11 Pencadang : Norhayati bt Yusof AA1/2-A Blk D
Menyokong : Syarifah Alawiyah bt Syed Abdul Rahman
Y1/5-A Blk F menyokong cadangan tersebut diluluskan
Majoriti
hadirin bersetuju
Cadangan
meluluskan Laporan Belanjawan 2015
10.12 Pencadang : Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q
Menyokong : Mohd Jamil Eshak AA4/46-b blk E menyokong
cadangan tersebut diluluskan
Majoriti
hadirin bersetuju
10.13 Wong
Kon Seng bertanyakan tentang belanjawan RM 50,000.00 untuk pemasangan paip
baharu.
10.14 Saharuddin
bin Lin menjelaskan ianya adalah untuk membiayai kos penukaran paip-paip yang
kerap bocor dan yang telah reput di atas bumbung bangunan. Tahun lepas tidak
digunakan kerana pihak JMB telah mengeluarkan kos yang tinggi untuk membiayai
kos pemasangan jubin/ tiles tangga.
11.0
PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN – PEMBUBARAN AJK
11.1
Azminuddin bin Mohd Nawawi mencadangkan pembubaran AJK.
11.2
Saharuddin bin Lin memaklumkan kepada hadirin bahawa
pembubaran AJK yang akan dibuat tersebut adalah bagi sesi 2014/2015 dan
menggantikan 3 orang AJK yang telah menarik diri iaitu Hj Shahrir bin Shahodin,
Hj Nik Mohd Sanusi bin Nik Mustapha dan Won Kon Seng.
11.3
Pencadang: Mohd
Razib B. Mustafa mencadangkan En Azminuddin bin Mohd Nawawi sebagai pengerusi
sementara
Menyokong: Tahir
bin Saleng menyokong cadangan tersebut.
Majoriti
hadirin bersetuju
12.0
PERLANTIKAN JAWATANKUASA JMB SESI 2015/2017
12.1 CADANGAN PERLANTIKAN JAWATAN PENGERUSI
JMB
Pencadang: Abdul
Rahim bin Awang U1/31-B blk Q mencadangkan En Saharuddin bin Lin dilantik
sebagai Pengerusi JMB sesi 2015/2017.
Menyokong: Mohd
Sofian bin Abdul Rahman proksi X1/22-B blk K menyokong cadangan tersebut.
Ahmad
Azam bin Ismail X4/22-B blk K mencadangkan cadangan ditutup.
Majority
bersetuju.
12.2 CADANGAN PERLANTIKAN JAWATAN BENDAHARI
JMB
Pencadang:
Wong Kon Seng mencadangkan En Azminudin bin Nawawi dilantik sebagai Bendahari
JMB
Menyokong: Sinaidah
bt Aspar Y1/43-B blk G menyokong cadangan tersebut
Mohd
Razib bin Mustafa mencadangkan cadangan ditutup.
Rahmat
Rasul AA3/8-B blk D menyokong cadangan ditutup.
Majoriti
hadirin bersetuju
12.3 CADANGAN MENGEKALKAN JAWATAN SETIAUSAHA
DAN 4 ORANG AJK JMB TERDAHULU DIKEKALKAN
Pencadang: Abdul
Rahim bin Awang U1/31-B blk Q mencadangkan agar mesyuarat dapat memutuskan 4
orang AJK JMB terdahulu dikekalkan
Menyokong: Majoriti
hadirin bersetuju
12.4 CADANGAN PERLANTIKAN 3 ORANG AHLI
JAWATANKUASA JMB YANG BAHARU
Pencadang: Mohd
Razib B. Mustafa mencadangkan Abdul Rahim bin Awang U1/31-B blk Q dilantik
sebagai AJK
Menyokong: Saharuddin bin Lin menyokong cadangan tersebut
Pencadang:
Tahir bin Saleng mencadangkan Rahmat Rasul AA3/8-B blk D dilantik sebagai AJK
Menyokong: Hj. Nik Mohd Sanusi menyokong cadangan
tersebut
Pencadang:
Wong Kon Seng mencadangkan Ha Kee Yunn UG/17 blok P dilantik sebagai AJK
Menyokong: Mohd Jamil Eshak AA4/46-b blk E menyokong
cadangan tersebut
Pencadang:
Norhayati bt Yusof AA1/2-A Blk D mencadangkan Syarifah Alawiyah Y1/5-A Blk F
dilantik sebagai AJK
Menyokong: Mohd Razib bin Mustafa menyokong cadangan
tersebut.
Pencadang:
Rahmat Rasul AA3/8-B blk D mencadangkan Norhayati bt Yusof AA1/2-A Blk D
dilantik sebagai AJK
Menyokong: Roslan B. Razali menyokong cadangan tersebut
Pencadang:
Wong Kon Seng mencadangkan cadangan ditutup
Menyokong: Azminudin
bin Nawawi menyokong cadangan tersebut
Majoriti
hadirin bersetuju
5
CALON TELAH DIPEROLEHI TETAPI JMB HANYA MEMERLUKAN 3 ORANG SAHAJA MAKA, UNDIAN
PERLU DILAKUKAN
Abdul Rahim bin Awang = 16
Rahmat Rasul = 15
Ha Kee
Yunn = 10
Norhayati bt Yusof = 15
Syarifah
Alawiyah = 12
KEPUTUSAN PENJAWAT JAWATANKUASA JMB SESI 2015/2017:
PENGERUSI : SAHARUDDIN
BIN LIN
BENDAHARI : AZMINUDIN
BIN NAWAWI
SETIAUSAHA : MOHD RAZIB BIN MUSTAFA
AJK
1 : TAHIR BIN SALENG
AJK
2 : NOORHAYATI BT MUHAMAD
AJK
3 : ROSLAN BIN RAZALI
AJK 4 : SYAMAIZAR BIN ABU BAKAR
AJK
5 : ABDUL RAHIM BIN AWANG
AJK
6 : NORHAYATI BT YUSOF
AJK
7 : RAHMAT RASUL
13.0 PEMBENTANGAN
USUL DAN CADANGAN / LAIN-LAIN HAL
ISU
KEBOCORAN DALAMAN RUMAH/ KEDAI
13.1
Wong Kon Seng unit kedai mengalami kebocoran dalaman berpunca
dari rumah atas dan memohon JMB menanggung kos pembaikan.
13.2
Syarifah Alawiyah bt Syed Abdul Rahman Y1/5-A Blk F dan Ha
Kee Yunn UG/17 blok P turut mengalami masalah yang sama dan ianya berpunca dari
kebocoran paip dalaman milik rumah di atas. Berharap agar pihak JMB mengambil
tindakan.
13.3
Azminuddin menjelaskan kepada mereka bahawa tanggungjawab
pihak Pengurusan JMB mengikut AKTA 663 tidak termasuk dalam membaiki kerosakan
dalaman pemilik. Pihak JMB hanya boleh
hadir memeriksa berdasarkan aduan dari pengadu dan untuk makluman hadirin ianya
bukan tanggungjawab sebenar pihak JMB.
13.4
Sofian bin Abdul Rahman X4/22-B blk K mengalami masalah paip
kumbahan tersumbat di dalam kedai XG/22 (Restoran Ayam Dara) dan melalui
pemeriksaan pihak penyelenggara mendapati ianya mungkin berpunca dari paip
dalam kedai. Kontraktor menguruskan hal sumbatan telah dipanggil oleh pihak JMB
tetapi masalah masih tidak dapat diselesaikan. Beliau mencadangkan agar pihak
JMB membuat paip baharu kerana ianya adalah paip bersama.
13.5
Azminudin bin Nawawi akan mendapatkan laporan lengkap dari
pihak penyelenggara.
13.6
Syarifah Alawiyah bt Syed Abdul Rahman Y1/5-A Blk F
menyatakan agar pihak JMB dapat menangani masalah sumbatan mainhole yang kerap memberi impak/kesan terhadap pemilik tingkat 1.
Beliau turut berharap JMB dapat membuat tindakan susulan terhadap perkara
tersebut.
13.7
Ha Kee Yunn UG/17 blok P mencadangkan agar pihak JMB
mengunakan sistem 60% 40% bagi menangani
isu kebocoran paip
13.8
Hashim bin Yusof Y1/47-B blk G mengusulkan agar pihak JMB
menyaman pihak pemaju di atas masalah yang sedia ada seperti structure design.
13.9
Hadirin sebulat suara bersetuju
13.10 Mohd
Sofian bin Abdul Rahman Proksi/ wakil pemilik X1/22-B blk K mencadangkan agar
pihak JMB membuat tangga dari dasar airwell hingga ke dalam bumbung bangunan
agar memudahkan pihak penyelenggara melakukan kerja-kerja pembaikan paip bocor
dan pencucian airwell.
13.11 Azminuddin
bin Nawawi menjawab pertanyaan tersebut dengan mengatakan ianya akan terdapat
isu keselamatan. Pihak yang tidak bertanggungjawab mungking menggunakan kawasan
bumbung untuk memasuki rumah-rumah pemilik menggunakan tangga tersebut.
13.12 Abdul
Rahim bin Awang U1/31-B blk Q mencadangkan:
13.12.1Pekerja Bangladesh JMB diberi baju/ uniform.
13.12.2Kempen parkir kereta di atas Bangunan parkir bertingkat
13.12.3Mewujudkan wakil setiap blok
13.12.4Isu Strat Title
13.12.5Nama Facebook ‘JMB Pusat Komersil’ dipanjangkan agar
lebih
jelas
lokasinya
13.13 Azminudin
bin Nawawi menyatakan tiada masalah untuk pihak JMB menyediakan baju tersebut
walaubagaimanapun terdapat isu permit yang dialami oleh pekerja tersebut. Perkara
13.10.1 – 13.10.5 akan diusahakan
------------------
14.0
UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PENGERUSI
Saharuddin bin Lin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap
hadirin kerana dapat bekerjasama melancarkan mesyuarat bagi mencapai sesuatu
keputusan untuk kebaikan dan faedah bersama. Pihak hadirin juga dijemput untuk
menjamu selera terhadap hidangan yang telah disediakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PERJALANAN MESYUARAT