Friday, April 10, 2015

GOTONG ROYONG MEGA SEK 7, SHAH ALAM


 MAKLUMAN PENTING

Untuk perhatian      : 
         
Pemilik/ penyewa apartment/ kedai/ restoran Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Perkara diatas adalah dirujuk, untuk makluman tuan/puan, di kawasan kita ini akan diadakan GOTONG-ROYONG MEGA SEKSYEN 7 sempena Program GERAK SIHAT 5C (cakna, cergas, cegah, cuci & ceria) pada 11 APRIL 2015; waktu 7:30 pagi.

Berikutan perkara tersebut, diminta pihak tuan/puan agar turut serta membersihkan kawasan anda dan bersama-sama terlibat dalam program tersebut.

Khasnya kepada pemilik/penyewa kedai (shoplot), tuan/puan dinasihati agar memindahkan segala barangan yang diletakkan di belakang kedai bagi memudahkan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja mereka.

Dilampirkan poster program sebagai rujukan pihak tuan/puan. Kerjasama pihak tuan/puan dalam menjaga kebersihan kawasan sekitar amat kami hargai.

“KEBERSIHAN ADALAH TANGGUNG JAWAB BERSAMA”

Sekian,

BADAN PENGURUSAN BERSAMA
JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE”






No comments:

Post a Comment